"Aku nak tukar plan."Mata Shanina terbuntang setelah mendengar ayat yang dituturkan oleh Harry.
"Gila! Kau nak buat apa pula kali ni?!" Naik turun nafas Shanina menahan geram terhadap Harry.
"Plan baru aku ni, mungkin akan menguntungkan kau sebab kau tak perlu susah-susah untuk kahwin dengan Hayder."
"Apa maksud kau?" Shanina bertanya keliru.
"Kau tak perlu kahwin dengan Hayder. Tapi... Kau perlu pisahkan Hayder dan Laura."
Shanina memegang perlahan dahinya. Masih tidak mengerti niat sebenar lelaki di dalam talian itu.
"Kenapa pulak?"
"Kalau kau kahwin dengan Hayder, kita hanya akan dapat harta Hayder. Tapi... Kalau aku dapat Laura, dengan sekali harta dia pun aku dapat. Apa orang panggil, 2 in 1 eh?" Hujung ayatnya disudahi dengan tawa besar.
Shanina terasa hendak menjerit. Lepas satu, satu masalah datang.
"Dah kenapa kau tiba-tiba berkenan dekat si Laura tu pulak? Sebelum ni kau biasa je bila tengok dia." Shanina merengus kasar.
"Sebelum ni aku tengok dalam gambar je. Tadi aku jumpa dia, and wow! She's more beautiful kalau jumpa depan-depan. Plus, she's rich."
"Habis, aku dapat apa?" Shanina bertanya tidak puas hati. Apa kelebihan buat dirinya, jika dia berjaya pisahkan Hayder dan Laura.
"Kau? Entahlah. Aku suruh kau kahwin dengan Hayder, kau tak nak. Tapi memandangkan aku dah tukar plan, ikut suka hati kau lah. Aku tak kisah kau nak ke tak dengan si Hayder tu. Janji Laura jatuh ke tangan aku." Bibirnya Harry menarik satu senyuman sini sebelum mematikan panggilan tanpa menghiraukan Shanina yang terpekik terlolong memanggil namanya itu.
Telefon pintarnya dibaling ke atas lantai sebaik sahaja Harry mematikan panggilan. Rambutnya diramas kasar. Menggambarkan betapa tertekannya dia ketika itu.
*•*•*•*
Seminggu kemudian,
"Cantik."
Satu suara yang menegur membuatkan Laura berpaling. Bibirnya menarik senyuman kecil kepada Hayder yang kacak memakai sepasang sut berwarna hitam.
"You pun nampak handsome hari ni."
"Hari ni je I nampak handsome? Sebelum-sebelum ni I tak handsome ke macam mana?" Soal Hayder sambil menganggkat kening.
"Sebelum ni handsome lah, tapi malam ni you extra handsome." Laura tersenyum nakal sebelum menyambung kembali merapikan rambutnya.
Hayder mendekati Laura lalu pinggang ramping itu dipeluk erat. Bahu Laura dijadikan tempat untuk dagunya berlabuh.
"Good luck. I know you can do it."
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...