HEATHER 9

3.9K 184 2
                                    

Laura memandang sekeliling pejabat barunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Laura memandang sekeliling pejabat barunya itu. Konsep pejabat itu sama seperti dipintanya. Simple but luxury. Tagline itu digunakan bagi kesemua barang perhiasan yang telah dikeluarkan oleh syarikat Nays.Co. Kepalanya diangguk tanda berpuas hati dengan design pejabat barunya itu.

 Kepalanya diangguk tanda berpuas hati dengan design pejabat barunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Okay good. I suka design office ni. Waktu lunch besok I belanja korang makan. You book lah mana-mana hotel yang you rasa sesuai."

" Err... Cik Melissa. Cik nak saya book untuk berapa orang ya?" Teragak-agak gadis itu bertanya.

" Berapa orang yang ada dekat atas ni?" Soal Laura merujuk kepada aras 25 ini.

" 20 orang cik."

" Okay then. Book untuk 25 orang. Untuk aras lain nanti, you just transfer duit dekat diorang, bagitahu duit tu untuk diorang lunch."

" Baik Cik. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." Gadis yang bernama Amina itu menunduk sedikit lalu keluar.

Laura meletakkan beg tangannya di atas meja lalu berjalan ke arah tingkap besar di hadapannya. Dia tersenyum tatkala pemandang dari pejabatnya itu sangat memukau hatinya. Lamunannya mati apabila pintu pejabatnya diketuk.

" Yes?"

" Cik Melissa, meeting start lagi lima minit."

" Alright. Kita pergi sekarang." Katanya kepada Amina lalu ipad di atas mejanya diambil. Dia yang masih tidak arif dengan selok belok syarikat mengikut sahaja langkah Amina.

Apabila sampai di hadapan sebuah pintu, Amina membuka pintu tersebut dan mempersilakan dirinya untuk masuk. Masuk sahaja ke dalam, berpasang-pasang mula tertumpu kepadanya.

" Shall we start our meeting? "

" Yes, miss."

" Good." Senyuman dihadiahkan buat para pekerjanya dan mereka semua mula menumpukan perhatian pada slide yang dimainkan di hadapan.

" So, dah dapat 10 orang model yang saya minta awak carikan tu, Aiza?" Soalnya kepada salah seorang pekerja di situ sesudah selesai slide dibentangkan.

" Sudah, Cik Melissa. Ini butiran peribadi diorang." Ujar Aiza lalu menghulurkan satu fail kepadanya.

" Okay. We end our meeting here. Thank you for your cooperation. "

*•*•*•*

" Tengku. "

Tengku Hayder berpaling apabila namanya diseru. Wajah Hazam merangkap personal assistant-nya itu dipandang tanpa perasaan.

" Laura Melissa Nays datang berpindah ke Malaysia." Beritahu Hazam sambil menyerahkan sebuah ipad kepada Hayder.

Mata Hayder terpaku pada wajah lembut yang dihiasi dengan senyuman manis itu. Gadis itu sangat menawan dengan caranya yang tersendiri.

Ipad kembali diserahkan kepada Hazam. Komputer di hadapannya di tutup. Kot dibadan diperkemaskan lalu briefcase diambil.

" Let's go to the meeting."

Hazam mengangguk akur dan mengikuti langkah Hayder tanpa sebarang suara.

Masuk sahaja Hayder ke dalam kereta, telefon pintarnya berbunyi. Hayder melepaskan nafas lemah apabila nama si ibu terpapar pada ruangan skrin. Mahu tidak mahu, butang terima terpaksa juga ditekan.

" Yes, bonda."

" Hayder, malam ni balik rumah okay? Kita makan malam sama-sama." Kata Puan Dri Mastura.

" No, bonda. Hayder banyak kerja."

" Tak kan nak balik kejap pun tak boleh? Bonda rindu sangat dekat Hayder. Hayder balik eh? Sekejap pun jadilah."

Hayder melepaskan keluhan lemah. Hendak berkeras untuk menolak, hatinya tidak sampai hati apabila memikirkan taraf wanita itu sebagai ibu kandungnya.

" Fine. Tapi, Hayder tak janji boleh lama-lama."

" Tak apa. Dapat tengok muka Hayder sekejap pun jadilah."

" Okaylah, bonda. Hayder nak pergi meeting. See you tonight."

" Okay. Kerja elok-elok."

Telefon pintar dilempar ke sit sebelah. Handbrake ditarik lalu kereta yang berjenama Aston Martin itu dipandu laju.

*•*•*•*

Steak yang masih lagi panas itu dipotong dengan berhati-hati. Perilakunya yang memotong steak itu sangat sempurna kerana tiada sebarang bunyi pisau dan pinggan berlaga. Mata Hayder tekun memandang steak di dalam pinggan.

Puan Sri Mastura dan Shanina yang juga berada di meja makan itu langsung tidak dihiraukan olehnya.

" Err... Hayder sihat?" Puan Sri mastura memulakan perbualan.

" Sihat." Balasnya pendek.

" Ohh bonda ada benda nak cakap sikit."

Hayder mengangkat kepalanya. Dia memandang Puan Sri Mastura.

" Nak cakap pasal apa? Penting ke?"

" Penting. Bonda nak cakap pasal hubungan Hayder dengan Nina." Puan Sri Mastura berkata lembut. Dengan anak lelakinya yang satu itu, tidak boleh bercakap kasar dengannya. Kalau tidak, memang tidak akan didengar kata-katanya itu.

Dengar sahaja kata-kata Puan Sri mastura itu, Hayder terus berhenti daripada menyuap daging steak ke dalam mulutnya.

" Apa lagi bonda?" Satu keluhan lemah terbit dari bibirnya.

" Bonda dah tetapkan tarikh untuk majlis pertunangan kamu berdua."

Hayder menghempaskan pisau steak dan garfu ke atas pinggan. Berdentung bunyi namun perkara itu langsung tidak menghairankan Hayder. Dengan wajah yang tegang, dia memandang wajah Puan Sri Mastura.

" Berapa kali Hayder dah cakap, Hayder tak akan kahwin dengan Nina. Bonda faham tak sekarang ni?"

" Hayder memang dah tak sayang bonda."

" Bukan Hayder yang tak sayang bonda, tapi bonda yang tak sayang Hayder. Kalau bonda sayang Hayder, kalau bonda masih nak jumpa Hayder, jangan bangkitkan lagi soal ni. Hayder tak akan kahwin dengan Nina." Dijeling sekilas Shanina yang sedang menunduk memandang pinggan itu.

" H-hayder jangan pergi dari hidup bonda. B-bonda janji bonda tak akan ungkit lagi pasal ni. Bonda sayang Hayder." Puan Sri Mastura cepat-cepat menarik tangan Hayder yang sudah hendak melangkah keluar daripada makan itu.

" Baguslah. Kalau macam Hayder balik dulu. Nanti Hayder datang jumpa bonda lagi." Tangan Puan Sri Mastura dicapai lalu dikucup lembut.

Semarah-marah dia terhadap perbuatan Puan Sri Mastura, wanita itu tetap ibu yang telah melahirkan dirinya. Darah wanita itu tetap mengalir di dalam tubuhnya.




*•*•*•*

HEATHERWhere stories live. Discover now