Laura merengus sebal sesudah Hayder melangkah keluar daripada penthouse-nya. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Tangannya meraba-raba tilam apabila telefonnya mempunyai notifications yang masuk.' Hai, Cik Melissa. Maaf kalau saya mengganggu malam-malam macam ni. Ini saya, Hairil.' — Hairil Rafique
Otak Laura kembali mengimbas tentang lelaki yang bernama Hairil itu. Lima minit berfikir, akhirnya figura lelaki itu kembali muncul di mindanya.
Ohh, that Printier's boy
Jari jemarinya mula menekan keyboards telefon pintar untuk membalas whatsapp lelaki bernama Hairil itu.
' Oh, Hai. Ada apa Encik Hairil whatsapp saya malam-malam macam ni? '
' Saja. Esok Cik Melissa free?' —Hairil Rafique
Laura terjeda sebentar. Otaknya ligat mengingati schedule-nya pada esok hari. Setelah yakin bahawa dia tidak terlalu sibuk esok, terus dibalas whatsapp Hairil.
' Erm, tak. Saya tak sibuk sangat esok. Kenapa? '
' Hehe, kalau saya ajak Cik Melissa keluar lunch esok, Cik Melissa sudi tak? ' —Hairil Rafique
' Okay, boleh je. Esok Encik Hairil sent location dekat mana.'
' Eh, apa pulak sent location. Jangan risau, esok saya datang jemput dekat office Cik Melissa.'— Hairil Rafique
' Yelah kalau macam tu. '
*•*•*•*
" Have a sit, Cik Melissa." Hairil berkata lembut sesudah dia menarik sebuah kerusi buat Laura.
Laura tersenyum sambil menggeleng. Dia mengaku, Hairil lelaki yang sangat romantik dan soft spoken. Mungkin pada gadis lain, lelaki itu cukup sempurna untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun tidak bagi Laura. Sempurna manapun lelaki itu, hatinya tetap tidak beralih daripada Hayder. Mungkin dia sudah gila? Gila kerana masih lagi terhegeh-hegeh cintakan lelaki yang sudah tidak mahukan dirinya kembali.
" Cik Melissa? Menungkan apa tu? "
Laura tersentak kecil apabila ditegur oleh Hairil.
" Tak ada apalah. By the way, just cut the formality between us please? Just call my name."
" Okay then. I'll call you Melissa and you you'll call me Hairil."
" Okay good."
" So, you nak makan apa?"
" Wait, I nak tengok menu." Ujar Laura seraya membuka menu yang berada di hadapannya. Lima minit meneleti menu, dia akhirnya membuat keputusan.
" Just give me nasi goreng paprik and lemon tea."
" Pilih makanan macam nak pilih calon suami." Kata Hairil dengan nada mengusik.
" Well, nak isi perut kot. " Balas Laura selamba. Dia kemudiannya hanya mendengar suara Hairil yang petah memberitahu makanan yang dimahukan oleh mereka berdua kepada pelayan restoren tersebut.
" Why you tak order western food? Restaurant ni popular dengan makanan barat, you know?"
" Ohh ya? I tak tahu lah pulak. Lagipun, I dah jemu makan western food dekat US dulu. Now, I nak makan makanan Melayu pulak."
" Lucky you sebab dapat membesar dekat luar negara."
" No... I lagi suka kalau membesar dekat Malaysia."
" Let's change our past then. You dekat Malaysia, I dekat US. Sounds good, right?" Hairil tergelak kecil selepas menuturkan ayat tersebut.
" Mengarut je la you ni. Ni mesti banyak sangat tengok cerita fantasy ni. Sebab tu merepek macam ni." Tergeleng kecil Laura dibuatnya. Sisi Hairil yang satu itu membuatkan dia berasa selesa berkawan dengan lelaki itu.
" Hey, best apa cerita fantasy? I selalu juga teman anak buah I layan cerita fantasy ni." Ujar Hairil membongkarkan tabiatnya yang satu itu.
" Seriously? Tak sangka pulak. You ni nampak je tough dekat luar, padahal dalam hati ada taman fantasy." Usik Laura lagi.
Serentak itu, tawa mereka berdua meletus.
*•*•*•*
" Betul ni awak tak nak saya hantar awak?"
" Ye betul. Saya boleh balik sendiri. Lagipun kan awak cakap yang awak ada urgent meeting lepas ni. Nanti awak lambat pulak kalau pergi hantar saya dulu." Kata Laura prihatin. Dia tidak mahu jika dia lah yang menjadi penyebab lelaki itu lewat ke meeting-nya.
" Serba salah pula saya, Melissa. Saya yang ambil awak, tup-tup awak kena balik sendiri." Hairil memandang Laura dengan serba-salah.
" Tak apa. Just go. Nanti lambat pulak awak masuk meeting."
" Yelah. Saya pergi dulu. Hati-hati tau."
" Ya, Hairil. Tak payah risaulah tentang saya."
" Okay, bye." Mahu tidak mahu, Hairil masuk juga ke dalam keretanya.
" Bye."
Laura terus membuka aplikasi grab sesudah kereta Hairil hilang dari pandangan matanya. Sedang dia ralit mencari grab, lengannya terasa ditarik seseorang.
" Siapa lelaki tu, Laura?" Soal Hayder selepas menarik Laura ke satu sudut yang tidak mempunyai ramai orang.
" Apa ni, Hayder? " Laura merengus lalu cuba untuk merentap tangannya.
" Jawab soalan I Laura!"
" Siapa you nak tahu tentang urusan I? Suka hati I lah nak keluar dengan siapa pun! Yang you sibuk dah kenapa?!" Ujar Laura sedikit geram.
Hayder terkedu setelah mendengar kata-kata Laura itu. Dia sedar, dia bukan lagi teman lelaki gadis itu. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa hal untuk mempersoalkan urusan Laura bersama lelaki tadi.
" You perempuan... Tak elok keluar berdua-duaan dengan lelaki, Laura."
Laura tergelak sinis.
" You nak nasihatkan I pulak? Yang you kehulu hilir dengan your so call adik angkat tu, tak apa pulak?" Bidas Laura sinis.
" Kenapa you nak kena mention nama dia pulak ni?" Hayder mendengus tidak puas hati.
" Suka hati I lah. Mulut I kan?"
" Apa hubungan you dengan lelaki tadi tu?" Hayder menyoal sekali lagi. Gigi dikertap geram.
" Tak payah sibuk nak tahu. Tak ada kena mengena langsung dengan you."
" Answer me, Laura!"
" Fine!! Buat masa ni dia kawan I, tapi untuk masa yang akan datang, I still tak tahu lagi. Mungkin dia akan jadi teman lelaki baru I? Or... Mungkin dia akan jadi suami I?"
" Laura—"
" Sorry, Hayder. Got to go. My grab dah sampai. " Laura memotong percakapan Hayder dan terus masuk ke dalam sebuah kereta grab yang baru sampai itu.
Hayder merengus kasar. Sungguh, dia langsung tidak puas hati dengan jawapan Laura itu tadi.
*•*•*•*
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...