HEATHER 25

2.8K 126 5
                                    

Termasuk hari ini, sudah dua hari Najwa tinggal bersama-sama dengan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Termasuk hari ini, sudah dua hari Najwa tinggal bersama-sama dengan mereka. Dan Laura sangat bersyukur kerana Najwa tidak menimbulkan sebarang masalah.

Anak tangga dituruni dengan perlahan. Dapur dimasuki dan kelihatan tubuh Najwa sedang duduk di meja makan dengan segelas susu di tangannya.

Tanpa menghiraukan Najwa, dia terus membuka peti sejuk lalu botol fresh orange diambil lalu dituang ke dalam gelas.

"Kenapa eh, kau sombong sangat?"

Laura yang baru hendak keluar dari dapur langsung terhenti. Dia membalas pandangan Najwa.

"Apa maksud Wawa?"

"Before that, aku rasa aku lagi tua daripada kau. Shouldn't you call me 'kakak' instead of Wawa?"

"Ohh, sorry about that. Lepas ni saya panggil Wawa, Kak Wawa okay?" Laura senyum nipis. Cuba untuk tidak bersikap kurang ajar terhadap orang yang lebih tua daripadanya.

"Oh ya. Pasal soalan aku tadi, kenapa kau nampak macam tak suka aku?" Soal Najwa lagi sambil mengangkat keningnya.

"Takde lah. Laura okay je."

Najwa tergelak sinis apabila mendengar balasan Laura itu. Susu di dalam gelasnya diminum sehingga habis.

"Ke... Kau takut aku rampas Nufail dari kau?"

Kening Laura berkerut hebat. Dah kenapa dengan Najwa ni? Laura cuba untuk menahan sabar. Emosi ibu mengandung ni, tak berapa nak betul sangat. Sebab tu kena banyakkan bersabar.

"Orang tua-tua cakap, diam tandanya betul." Kata Najwa kegeraman apabila Laura tidak melayan pertanyaannya.

"Kenapa pulak Kak Wawa kena cakap macam tu? Lagipun, Kak Wawa kan adik susuan Hayder. Tak mungkin lah Kak Wawa nak rampas Hayder dari saya." Laura tergelak kecil. Merepek sangat si Najwa ni.

"Kau tak tahu lagi?" Satu senyuman misteri muncul di bibir Najwa.

"Tahu apa?"

"Tahu yang aku ni sebenarnya bukan adik susuan Nufail?"

Laura terpempan. Apa maksud Najwa? Najwa bukan adik susuan Hayder? Tapi... Najwa kan anak angkat Emak Hanum.

"A-apa maksud Kak Wawa?"

"Aku rasa... Lebih baik kalau kau tanya Nufail sendiri." Kata Najwa selamba.

HEATHERWhere stories live. Discover now