"Jadi, you dah tak jumpa diorang?""Yes. Almost 7 years I think."
Laura terdiam seketika. Tidak menyangka bahawa kisah Hayder dan keluarga susuannya tidak begitu baik.
"Dah lah. Stop cakap pasal hal ni. Kita cakap pasal kita pula."
"Kita? Kenapa dengan kita?" Kening Laura berkerut hairan. Rasanya, mereka berdua tidak ada perkara yang perlu dibahaskan.
"Apa kata kalau kita pergi honeymoon. Alang-alang cuti kita masih berbaki lagi seminggu." Cadang Hayder sambil tersenyum nipis.
"Erm... I okay je. Tapi kita nak pergi mana?"
"Entahlah. You tak ada rasa nak pergi mana-mana ke?"
"Memandangkan I dah bosan pergi luar negara, apa kata kalau you bawak I jalan-jalan dalam Malaysia pulak? I teringin nak pergi Terengganu." Wajah Laura tiba-tiba bersinar teruja.
Membayangkan kecantikan pantai-pantai di Terengganu membuatkan rasa terujanya membuak-buak.
"Okay boleh je. I pun dah lama tak pergi Terengganu." Kata Hayder setuju. Tangannya naik mengelus rambut Laura.
"Okay good. Bila kita nak bertolak?"
"Yang tu kita fikir nanti. Now, I want to eat you first." Kata Hayder nakal lalu menolak tubuh Laura supaya berbaring.
*•*•*•*
Anak kunci dimasukkan ke dalam lubangnya sebelum pintu tersebut ditolak perlahan. Mata Laura membulat apabila melihat dekorasi bilik yang telah ditempah oleh Hayder itu.
Beautiful. Bilik itu menjadi sangat cantik kerana terletak berhadapan dengan lautan yang membiru. Laura berpaling memandang Hayder yang sedang membawa masuk luggage mereka itu.
"Thank you. Bilik ni cantik sangat."
"You suka?"
"Mestilah." Laura tersenyum suka. Pintu sliding di bilik itu di buka membuatkan angin pantai menderu-deru memasuki bilik mereka.
"Kalau suka, you kena bagi hadiahlah dekat I." Kata Hayder dengan suara yang berbaur nakal.
"You nak hadiah apa? You cakap je, nanti I belikan."
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...