"Balik pun. Ingat kau dengan suami tercinta kau tu dah tak nak balik. Memang meroyan terus perempuan tu."Laura menghempas gelasnya sedikit kuat. Mata menjeling tajam wajah Fitri yang beriak selamba itu.
"Apa masalah kau?"
"Urm... Nothing much. Aku cuma suka tengok kisah percintaan kau dan Hayder. Aku nak tengok, sejauh mana hubungan korang dapat bertahan dengan wujudnya kehadiran Najwa." Bibir Fitri menyenget sedikit.
"Apa maksud kau?"
"Tak payah pura-pura tak tahu. Aku tahu, yang kau pun tahu Najwa tu ada hati dekat Hayder, kan?"
"Macam mana kau tahu?" Laura memandang Fitri tidak mengerti. Lelaki itu, seperti tahu semua perkara tentang Najwa.
"Aku tak bodoh lagi, Laura. Semua orang dapat nampak cara Najwa pandang Hayder. Full of love. Cuma Hayder tu je yang bodoh, still ingat yang sayang Najwa dekat dia tu hanya sayang sebagai seorang adik kepada abangnya."
Laura terdiam seketika sebelum dia mendengar bunyi decitan yang terbit dari mulut Fitri.
"Aku ni takde lah baik sangat. Tapi aku nak ingatkan kau, jangan lembut hati sangat dengan Najwa tu. Pertahankan hak kau sebaik yang mungkin kalau kau tak nak jadi macam aku."
"Kenapa dengan kau?"
Fitri berjeda lalu satu senyuman kecil terbias di bibirnya. Dia menggeleng sebagai jawapan kepada pertanyaan Laura.
"Boleh aku tanya satu soalan lagi?" Pinta Laura perlahan.
Kening Fitri terangkat sedikit. Heh! Nak tanya pun nak mintak izin bagai.
"Tanya lah."
"Erm... Betul ke, emak Hanum halau Kak Wawa sebab kau fitnah dia mengandung anak luar nikah?"
Fitri terpana mendengar soalan Laura. Wajah ingin tahu Laura dipandang dengan tidak percaya.
"Najwa cakap macam tu dekat kau dengan Hayder?" Speechless. Itu yang Fitri rasakan sekarang.
Laura mengangguk mengiakan.
"Hayder percaya tak?"
"Percaya mungkin." Laura mengangkat bahunya tanda tidak pasti.
"Tchh! Bodoh jugak Hayder tu kan. Percaya sangat adik kesayangan dia tu. Aku panas betul lah sekarang. Dia pandai buat onar, tapi nak sebut-sebut nama aku pulak!" Kata Fitri sedikit kasar. Memerah teruk wajahnya ketika itu.
"Kenapa? Apa yang Kak Wawa cakap tu tak betul ke?"
Fitri memandang ke kiri dan ke kanannya. Dia mendekatkan sedikit kedudukannya dengan Laura. Baru sahaja dia hendak berbisik sesuatu kepada Laura, bahunya terasa ditepuk kuat dari belakang.
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...