Laura menjeling sekilas Najwa yang sedang memangku anak kecilnya itu. Dapur dimasukinya lalu fresh orange dituang ke dalam gelas. Dia kemudiannya melintasi ruang tamu tanpa memandang Najwa."Seronok jadi cantik kan? Senang-senang je dapat lelaki keliling pinggang." Najwa bersuara sinis.
Laura terhenti tatkala suara Najwa menyapa hawa telinganya. Dia menghembus nafasnya kasar. Malas hendak melayan Najwa, langkah kakinya dibuka kembali.
"Pekak ke? Aku tak faham betul lah, kenapa Nufail still nak simpan kau eh? Dah terang-terang, kau ni playgirl." Najwa melepaskan tawa sinis. Sengaja ingin menyakitkan hati Laura.
"Kak Wawa memang ada masalah ke macam mana?" Laura menyoal spontan.
"Apa maksud kau?"
"Saya rasa Kak Wawa ada masalah jiwa lah. Lebih baik Kak Wawa pergi check dekat hospital. Nanti susah pulak kalau makin teruk." Laura mengsudahi ayatnya dengan satu senyuman sinis.
Puas hatinya apabila melihat wajah Najwa sudah berubah riak.
Najwa memandang Laura dengan tajam. Sambil menggendong bayinya, dia pantas berjalan ke arah Laura lalu rambut Laura ditarik sekuat hati.
"Apa ni Kak Wawa?!" Tangan Najwa yang berada di rambutnya dipegang. Dia cuba untuk merungkaikannya, namun tidak berhasil.
"Perempuan macam kau, memang patut kena macam ni!" Serentak itu, rambut Laura dilepas sebelum pipi Laura menjadi tempat persinggahan telapak tangannya.
"Disebabkan kau, Nufail langsung tak pandang aku dengan anak aku! Semua sebab kau!" Jeritan Najwa semakin menggila.
Laura menjauhkan dirinya daripada Najwa. Pipinya yang terasa berdenyut akibat tamparan kuat Najwa, dipegang perlahan. Sakit.
Najwa masih tidak puas hati. Matanya mencerlung memandang Laura. Kalau diikutkan hatinya, memang habis tubuh Laura dikerjakan olehnya. Akan disepak terajangnya tubuh wanita itu.
"Memang patut Hayder tak ambil peduli pasal Kak Wawa. Kak Wawa bukan sesiapa pada Hayder. Kak Wawa cuma adik angkat Hayder. Nothing more, nothing much!" Bidas Laura dengan geram. Masih tidak fahamkah wanita itu, bahawa Hayder itu suaminya!
"Tak! Semua salah kau! Kalau kau tak muncul dalam hidup Nufail, Nufail tak akan abaikan aku!" Jerit Najwa lalu mengambil pasu yang yang menjadi hiasan di atas meja.
Dengan senyuman senget di bibir, Najwa mula berjalan laju ke arah Laura dengan Aisyah yang masih berada di dalam dukungannya. Pasu di tangan, di angkat tinggi. Bersedia untuk menghentaknya di kepala Laura.
Mata Laura terbuntang apabila melihat tindakan drastik Najwa. Matanya dipejam sesaat lalu tubuh Najwa yang sudah menghampirinya itu ditolak kuat sehingga wanita itu jatuh terduduk bersama anak di dalam dukungannya.
Dada Laura berombak laju. Dia berdiri kaku melihat tapak tangan Najwa yang berdarah akibat tercucuk serpihan pasu yang telah pecah itu. Semuanya berlaku dengan sekelip mata.
"Laura!"
Laura spontan memandang ke arah pintu utama. Bibirnya digigit apabila melihat Hayder memasuki rumah sebelum mendekati Najwa.
Mata lelaki itu tajam merenungnya sehingga membuatkan dirinya tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya itu.
"Arghhh!!!" Najwa tiba-tiba meraung kesakitan. Sebelah lagi tangannya sudah mencabut serpihan kaca yang tertusuk di dalam tapak tangannya. Darah semakin banyak menitis di atas lantai.
"Apa yang you dah buat ni, Laura?"
"H-Hayder. I c-cuma nak–" Terketar-ketar suaranya ingin menerangkan perkara sebenar kepada Hayder.
"Stop. Tak perlu jelaskan apa-apa. I tak nak dengar." Kata Hayder lalu mengambil Aisyah yang berada di riba Najwa.
"Jom Wawa. Kita pergi klinik dulu rawat tangan Wawa." Hayder memegang lengan Najwa bagi menyokong wanita itu untuk berdiri.
"Hayder." Seru Laura lirih. Dia menggelengkan kepalanya kepada Hayder.
Hayder berpaling. Laura dipandang dengan pandangan yang kecewa. Aisyah yang berada di dalam dukungannya dipandang risau. Mujurlah bayi itu tidak terkena serpihan pasu yang tajam itu.
"I kecewa dengan you. You langsung tak fikirkan keselamatan Aisyah. Kalau Aisyah yang kena pasu tu macam mana?"
"Tapi I tak sengaja!" Kata Laura sedikit kasar. Geram dengan Hayder yang langsung tidak mahu mendengar penjelasannya.
Hayder tergeleng perlahan. Nafasnya dihela perlahan sebelum berjalan keluar dari rumah bersama Najwa dan Aisyah.
Laura menggenggam tangannya erat. Satu persatu, titik jernih dari matanya mula jatuh menuruni pipi. Adakah salahnya jika dia ingin mempertahankan dirinya?
Bunyi enjin kereta yang semakin menjauh membuatkan air matanya semakin banyak. Kepala dan pipinya sakit, namun Hayder langsung tidak memperdulikannya. Hayder lebih memilih Najwa dan anaknya.
Hampir setengah jam dia berteleku di ruang tamu itu, akhirnya dia telah membuat keputusan. Satu keputusan yang muktamad. Jika Hayder sudah tidak pedulikannya, dia masih boleh menjaga dirinya dengan sendiri.
Anak tangga didaki untuk ke bilik. Luggage miliknya dibuka lalu satu persatu baju diambil dan dimasukkan ke dalamnya tanpa dilipat. Biarlah. Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah ini.
Luggage di tutup setelah semua barangnya disumbat ke dalam. Laura memandang ke sekeliling ruangan bilik. Kenangan manisnya bersama Hayder terbias di mata dan telah membuatkan matanya kembali bertakung.
'I'm sorry sebab pergi tak bagitahu you. Tapi I rasa kehadiran I, tak diperlukan di dalam rumah you.'
Satu pesanan ringkas dihantar kepada Hayder sebelum telefon pintarnya dimatikan. Nafas dihela lemah lalu dia melangkah keluar daripada bilik mereka. Bukan. Lebih tepat, melangkah keluar daripada rumah itu.
*•*•*•*
Do vote and share for next chapter. Thank you and happy reading❤️
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...