HEATHER 48

4.2K 107 3
                                    

'Bang!!'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


'Bang!!'

Harry tergemam apabila tubuh yang melorot jatuh bukan tubuh milik Hayder. Namun tubuh milik Shanina. Gadis itu sudahpun terkulai layu bersama darah yang semakin membuak-buak keluar daripada dada.

Kakinya terundur ke belakang. Beberapa suara yang sayu yang kemudian bertukar marah mula bergema di telinganya.

"Sampai hati Harry buat adik macam tu. Mommy dah amanahkan adik untuk Harry. Tapi apa Harry dah buat?"

Dia terjatuh melutut. Telinga ditekup rapat sebelum tangannya terasa ditarik kasar lalu digari.

"Daddy kecewa dengan Harry. Adik satu-satunya puteri mommy dan daddy. Itupun Harry tak mampu jaga."

"Diam! Aku cakap diamlah! Korang tak ada dekat tempat aku!!! Korang senang-senang bunuh diri, tinggalkan aku dekat dunia ni! Korang tak layak persoalkan tindakan aku lah!!!" Tempiknya kuat. Dia cuba meronta namun pegangan kuat pada tubuhnya tidak berjaya membuat dia melepaskan diri.

Tubuh Shanina yang berlumuran darah itu dipandang lama. Kepalanya digeleng perlahan. Aku tak salah! Dia memang patut mati!

*•*•*•*

"Bonda... Bonda okay tak ni?" Tegur Laura dengan sentuhan lembut di bahu ibu mertuanya.

Puan Sri Mastura menoleh sambil tersenyum nipis. Gambar Shanina yang berada di dalam pegangannya di letak ke atas meja. Dia membuang pandang ke arah laman rumahnya itu.

"Bonda okay." Jawab Puan Sri Mastura pendek.

Laura menghela nafas lemah. Raut wajah kusam Puan Sri Mastura menceritakan bahawa wanita itu masih lagi bersedih atas pemergian anak perempuannya, Shanina. Tempat kosong di sebelah Puan Sri Mastura di ambil.

"Shanina seorang yang sangat baik. Mungkin sekarang, dia tengah ada di tempat yang lebih baik dari dunia ni. Jadi, bonda jangan lah sedih-sedih macam ni lagi." Ujar Laura lembut, cuba untuk memujuk. Tidak betah dia dan Hayder melihat Puan Sri Mastura yang langsung tidak mahu menjamah makanan itu.

"Bonda cuma rindukan Shanina. Bonda tak dapat luangkan saat-saat terakhir dengan dia. Bonda rindu dia sangat-sangat." Ujar Puan Sri Mastura sebak. Kolam matanya mula bertakung dengan air mata.

Dia yang menjaga Shanina sedari kecil. Makan pakai gadis itu, dia yang uruskan. Gadis itu ditatang bagai minyak yang penuh walaupun hanya anak angkat di dalam keluarga itu. Gadis itulah penyeri hidupnya.

"Bonda... Kalau bonda monyok macam ni, mesti Shanina lagi sedih. Bonda dah berapa hari tak makan. Hayder pun risaukan bonda."

Puan Sri Mastura mengeluh lemah. Tangan Laura dipegang lalu digenggam. Anak mata Laura direnung lembut.

"Esok Laura temankan bonda pergi kubur Shanina boleh?"

*•*•*•*

"Harry dikenakan hukuman gantung sampai mati." Ujar satu suara seraya pintu pejabatnya dibuka.

"Baguslah. Memang hukuman tu yang terbaik untuk dia. Dendam masa lalu bukan tiket untuk kita membunuh." Kata Hayder sambil tangannya ligat menandatangani beberapa dokumen kerjanya.

Fitri mengangguk mengiakan. Memang patut Harry ke hukuman gantung. Lelaki itu walaupun telah diberkas, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan.

"Ohh yaa, macam mana bonda kau?" Soal Fitri lagi. Kali terakhir dia jumpa wanita itu, ketika hari pengebumian Shanina. Itupun keadaan wanita kelihatan sangat lemah.

"Macam tu lah. Masih sedih lagi." Hayder menghela nafas perlahan. Bermacam-macam perkara terjadi dalam satu masa. Runsing fikirannya.

"Haihh... Kau kena luangkan banyak masa dengan bonda kau, Hayder. Jangan biarkan dia sunyi." Pesan Fitri lagi.

"Sebab tu sekarang ni aku dengan Laura tinggal serumah dengan bonda. Tak ada lah dia sunyi sangat." Memikirkan Laura yang menemani bonda-nya di rumah, telah membuatkan dirinya berasa sedikit tenang.

Sekurang-kurangnya, Puan Sri Mastura mempunyai teman untuk berbual. Tidaklah dia menghadap gambar Shanina sahaja 24 jam.

"Tak lama lagi okay lah tu. Nanti Laura dah bersalin, mesti dia lagi happy."

Bibir Hayder menarik senyuman apabila memikirkan bahawa mereka akan menerima cahaya mata tidak lama lagi. Semoga cahaya mata mereka itu dapat memberikan sinar dalam kehidupan mereka.

"Harap-harap macam tu lah."

*•*•*•*




























Do vote for next chapter❤️

HEATHERWhere stories live. Discover now