HEATHER 36

2.7K 118 2
                                    

Laura tersenyum kecil sambil manikmati udara sejuk di tanah tinggi Cameron Highland itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Laura tersenyum kecil sambil manikmati udara sejuk di tanah tinggi Cameron Highland itu. Knitwear di tubuh ditarik rapat ke tubuhnya bagi memerangkap sedikit haba supaya dapat menghangatkan tubuh.

Senyuman di bibirnya semakin melebar apabila tubuhnya terasa dipeluk daripada belakang sebelum pipinya dikucup dari tepi.

Laura berpaling ke tepi sedikit dan pandangan matanya terhidang dengan wajah Hayder yang sedang bersandar di bahunya. Ada senyuman yang terhias di bibir lelaki itu.

"Happy huh?" Hayder menyoal sebaik sahaja melihat bibir Laura tidak lekang dari senyuman.

"Of course. Kalau boleh, I nak duduk dekat sini sampai bila-bila." Jawab Laura sedikit teruja. Dengan persekitaran yang cantik, udara yang sejuk, sangat membuatkan mood-nya berada dalam keadaan baik.

"Hmm? Sampai bila-bila? Habis rumah dekat KL siapa nak duduk?"

"Rumah tu biar jelah emak dengan Najwa yang duduk. Tak pun biarkan je Shanina yang duduk." Kata Laura mudah. Sebiji strawberi diambil sebelum di celup ke dalam coklat. Dia menggumam perlahan tatkala rasa strawberi bercampur coklat itu terasa di lidahnya.

"You serius ke ni sayang?"

Laura pandang Hayder lama dengan wajah yang serius. Lama sebelum satu tawa terletus dari bibirnya. Tangannya Hayder yang memeluknya ditampar lembut.

"Takde lah. I gurau je. Tak kan lah nak duduk sini terus. Nanti company siapa nak jaga." Ujar Laura dengan tawa yang masih bersisa.

Hayder mengertap bibir kegeraman. Geram dengan kenakalan Laura. Pipi isterinya itu dicubit geram, namun masih terselit kelembutan di situ.

Siapa lah yang nak sakitkan isteri sendiri, bukan?

"Tapi kalau you nak duduk dekat sini pun okay. I tak kisah." Tepi bibir Laura yang sedikit comot dengan coklat di sapu perlahan.

Kening Laura terangkat sedikit. Dia menggeleng perlahan.

"Tak payah lah. Walaupun I suka sini, tapi family you semua dekat KL. Nanti kesian dekat bonda, you tinggal jauh."

"Bonda dah besar. Lagipun ada Shanina kan dekat sana?"

"Apa you ni? Tak payah la nak serius sangat. I gurau je tadi tu." Laura menggigit bibir.

"Yelah."

Mereka berdua berjada sebentar. Tiada suara yang keluar dari mulut, masing-masing leka menghayati keindahan yang dicipta oleh Allah yang maha satu.

"I sayang you sangat, Laura. Tak ada siapa pun boleh gantikan tempat you dalam hati I." Luah Hayder bagi memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Walaupun Kak Wawa dan Shanina?" Wajah Hauder dipandang.

Hayder tersenyum nipis mendengar soalan Laura itu. Tepi dahi Laura dikucup ringkas.

"Diorang berdua, I dah anggap macam adik kandung. Bukan setakat diorang berdua, perempuan lain pun, takkan boleh ganti tempat you."

"What if perasaan Kak Wawa bukan sekadar sayang seorang adik terhadap abang? What if Kak Wawa sukakan you?"

"Biar jelah dia. Yang penting, you kena tahu yang I akan setia dengan you sampai bila-bila."

"Betul ni? You promise dengan I?"

"I promise. Tapi I nak you janji jugak, walau apapun yang jadi, jangan pernah terfikir untuk tinggalkan I. Okay?" Hayder memandang tepat ke arah mata Laura. Lama. Seolah-olah hanyut ke dalam mata wanita yang telah menakluki hatinya itu.

"Okay, I promise."

"Good girl."

Laura tersengih kecil mendengar pujian Hayder. Dia memalingkan wajah menghadap ladang teh yang menghijau itu kembali.

"Should we go down there?" Tanya Laura sambil menunjuk ke arah ladang teh tersebut.

"Kalau you nak turun, I okay je."

"Okay good. Jom kita turun. I nak ambil gambar banyak-banyak. Lepastu I nak buat satu album khas untuk kita berdua. Nanti boleh simpan buat anak-anak kita tengok." Ujar Laura dengan teruja.

"Ye... Buat lah apa yang suka sayang. Asalkan you happy." Kata Hauder sambil tergelak kecil. Menggeleng perlahan kepalanya apabila melihat Laura yang laju hendak pergi ladang teh sebelum langkah isterinya itu dituruti.

*•*•*•*

Gambar yang terpampang di skrin telefon pintarnya itu dipandang dengan penuh rasa amarah. Mulutnya pantas melaung nama seseorang.

"Shanina!!!" Bergema kuat suara garau lelaki itu di setiap pelusuk rumah.

Dia memandang marah pada gadis yang berjalan selamba ke arahnya itu. Shanina melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan Harry.

"Nak apa?"

"Nak apa kau tanya aku?! Apa benda ni?! Kau cakap kau dalam proses pisahkan diorang. Tapi apa benda ni?!" Telefon pintarnya dilempar ke arah Shanina.

Shanina hanya mengerling sipi skrin telefon pintar yang terpampang gambar Hayder dan Laura yang sedang bercuti itu. Dia berdecit kasar.

"Boleh sabar tak? Aku tahu lah apa yang aku buat! Kau tak payah nak sibuk lah. Rimas tahu tak?!" Suara Shanina turut menaik dek kerana tekanan yang diberi oleh abangnya itu. Stress!

Amarah Harry semakin meruap-ruap setelah mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Shanina itu. Tanpa sebarang isyarat, dia meluru ke arah Shanina lalu rambut gadis itu dicengkam dengan kuat.

"Kau jangan nak main-main dengan aku Shanina. Kau jangan ingat, kau adik aku, aku akan layan kau elok-elok. Ini last warning, kalau lagi seminggu aku tak nampak apa-apa hasil, kau memang mati dekat tangan aku." Ujar Harry kasar. Tangannya melepaskan rambut Shanina kasar.

"Sial punya abang!!! Aku menyesal dapat abang macam kau! Bodoh!!!" Teriak Shanina kuat. Gelas di atas meja diambil lalu dibalingkan ke arah pintu yang baru sahaja ditutup oleh Harry sebentar tadi.

*•*•*•*
























































Happy reading. Jangan lupa tekan bintang kecil dekat bawah tu okay? Thank you❤️

HEATHERWhere stories live. Discover now