HEATHER 41

3.9K 140 12
                                    

Betty mengusap perlahan belakang tubuh Laura yang sedang membongkok menghadap singki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Betty mengusap perlahan belakang tubuh Laura yang sedang membongkok menghadap singki itu. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sangat risau dengan keadaan Laura.

"Dah? Ke Laura rasa nak muntah lagi?" Soal Betty setelah Laura menegakkan tubuh.

Laura menggeleng perlahan. Tekaknya terasa perit dan kepalanya berasa sedikit pusing membuatkan dia malas untuk bercakap.

Dia baring di atas katil setelah dipapah keluar oleh Betty daripada bilik air. Tangannya naik mengurut kepala dengan mata yang terpejam.

"Laura rehat dulu. Nanti akak bawakan ubat untuk Laura, okay?"

"Okay, akak." Jawab Laura perlahan.

Betty memandang Laura dengan sayu. Sepatutnya, pada saat begini Laura harus ditemani oleh seseorang yang bernama suami. Tapi malangnya, wanita itu hanya berseorangan menanggung rasa sakit.

Telefon yang berbunyi membuatkan Betty tersedar dari lamunannya. Dengan perlahan, pintu bilik yang dihuni Laura ditutup.

Dahi Betty serta merta berkerut apabila melihat nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefonnya. Dengan sedikit was-was, dia akhirnya menerima panggilan tersebut.

"Hello, boleh saya tahu ni siapa?" Soalnya setelah mengangkat panggilan. Kaningnya berkerut apabila sebarang suara tidak kedengaran.

"Kalau tak ada apa-apa, saya letak panggilan sekarang." Betty merengus kecil. Main-main pulak! Baru sahaja jarinya hendak menekan butang end call, telinganya di sapa dengan satu suara yang agak familiar.

"Kak Betty. Hayder ni."

Betty terdiam apabila sebaris nama itu kedengaran di telinganya. Pintu bilik Laura yang tertutup rapat dipandang dengan serba salah.

*•*•*•*

Laura tersenyum kecil sambil mengusap perut kecilnya. Kakinya berjalan perlahan-lahan menelusuri air pantai yang kadang-kala memukul kakinya itu.

Siapa sangka di saat dia pergi dari hidup Hayder, Allah hadirkan satu nyawa yang sangat berharga buat dirinya. Dia menganggap ini adalah hadiah buat dirinya agar dia terus bertahan.

Satu batu besar menjadi tempat persinggahan duduknya. Matanya dipejam menikmati bayu angin yang menampar lembut wajahnya.

"Laura kan?"

Laura serta merta mencelikkan matanya. Dia memandang lelaki asing itu dengan curiga. Siapa dia? Tiba-tiba sahaja datang menegurnya. Laura akhirnya menggeleng dan mula turun dari batu besar itu. Dia nak balik.

"Hey, sabar lah dulu." Lengan Laura dicapai dan digenggam kuat.

"Apa ni pegang-pegang?" Jerit Laura sedikit kuat. Lengannya ditarik supaya terlepas daripada pegangan lelaki itu.

HEATHERWhere stories live. Discover now