Tangga dituruninya satu persatu. Dia berkerut hairan apabila melihat ada wajah asing di dalam ruang tamu rumahnya itu. Malas mahu berteka teki, Hayder terus melangkah masuk ke ruang tamu dan duduk di sebelah Fitri.Fitri menoleh memandang Hayder sebelum memandang seorang lelaki yang duduk setentang dengan mereka berdua.
"Siapa ni? Kawan kau ke?"
Fitri menggeleng sebelum mengangguk. Bibirnya dimuncungkan ke arah Najwa.
"Aku Ukasyah. Suami Najwa dan aku datang nak bawak balik isteri dan anak aku." Ukasyah menghulurkan tangannya kepada Hayder. Dia tersenyum kecil apabila salamnya disambut.
"Baguslah. Aisyah pun tak pernah lagi jumpa ayah dia." Ujar Hayder lalu mengerling sedikit pada Aisyah yang sedang dipangku oleh Ukasyah.
"Terima kasih lah sebab dah banyak tolong Najwa. Aku janji lepas ni dia tak akan susahkan kau lagi." Satu senyuman ikhlas diukir buat Hayder. Jadi, inilah lelaki yang Najwa gilakan sangat itu?
"Ehh no hal lah. Benda kecik je. Bila kau nak gerak balik? Ke nak tidur sini dulu?" Soal Hayder lalu melirik sekilas jam tangannya.
"Eh tak apa. Aku cadang nak balik terus lepas ni. Tak nak lah susahkan kau. Kau pun nampak macam sibuk."
Hayder tersenyum nipis. Memang sibuk pun. Sibuk mencari Laura. Namun tenang sikit hatinya bila dapat tahu yang Laura sedang bersama dengan Betty.
"Baguslah. Memang lama sangat minah ni datang menumpang rumah kau, Hayder. Sudahlah tak bagitahu suami sendiri." Kata Fitri yang sedari tadi diam.
"Wawa tak bagitahu Ukasyah? Tapi Wawa bagitahu mak yang Ukasyah tahu dia datang sini." Berkerut-kerut wajah emak Hanum yang baru tiba bersama sedulang air itu.
"Emak tu percaya sangat dekat dia. Bila dah manjakan sangat, macam ni la jadinya. Laki sendiri pun dia tipu." Fitri menjeling Najwa tajam. Suami dah datang, tahu pun nak menikus.
"Tak apa lah, mak. Lagipun kitorang dah nak balik. Emak nak ikut kitorang balik Terengganu tak?" Celah Ukasyah, tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Risau jika tercetus pergaduhan antara dua beranak itu.
"Boleh jugak." Balas emak Hanum pendek.
"Mak! Wawa tak nak balik. Wawa nak duduk sini dengan Nufail." Lengan emak Hanum digoyang tanda protes.
Terjegil mata emak Hanum mendengar kata-kata Najwa itu. Bertuah punya anak!
"Eh kau jangan nak mengada-ngada. Laki kau dah datang jemput kau kan?! Yang nak tinggal dekat rumah laki orang dah kenapa?" Haishh... Panas pulak Fitri rasa. Orang lain punya masalah rumah tangga, dia pulak yang terlebih panas.
"Kau tak payah nak sibuk dengan urusan aku lah! Wawa tak kira! Wawa nak tinggal dekat sini jugak!" Bentak Najwa dengan muka yang memerah marah.
"Najwa!!! Jangan nak melampau sangat! Ingat sikit diri tu dah jadi isteri dengan emak orang. Jangan ingat saya tak ada dekat darat, saya tak tahu apa yang awak dah buat!" Suara Ukasyah naik seoktaf. Matanya memerah marah memandang Najwa.
Najwa tertunduk diam. Gerun apabila melihat pandangan garang Ukasyah.
"Pergi kemas baju sekarang. Kita gerak sekarang." Kata Ukasyah sebelum melangkah keluar dari rumah bersama Aisyah.
Najwa memandang Fitri dengan tidak puas hati. Mulutnya merengus tidak puas hati sebelum mengikut langkah emak Hanum untuk mengemas barang-barangnya.
Fitri buat muka. Ingat cantik la tu buat muka macam tu dekat dia?!
"Eh, kau dah jumpa Laura ke?" Lupa pulak yang Hayder masih ada dekat ruang tamu tu. Hanya diam memerhati babak keluarga itu.
"Dah. Aku nak gerak pergi dekat dia lah ni."
"Dia ada dekat mana?" Fitri pandang Hayder dengan penuh rasa ingin tahu. Macam jauh je si Laura ni lari.
"Langkawi. Aku gerak dulu. Kau kalau nak tidur sini dulu malam ni, tidur lah. Aku tak balik kot dua tiga hari ni." Segugus kunci dilambung ke arah Fitri. Pandai-pandai lah Fitri kunci rumah nanti.
"Okay-okay. Hati-hati, bro."
*•*•*•*
"Ishh, sakitlah! Tak payah lah tarik-tarik tangan saya." Najwa merengus geram. Pintu kereta dihempas dengan kuat.
"Awak langsung tak hormat suami awak, kan Najwa? Saya usaha untuk balik cepat-cepat, sebab nak jenguk awak dengan anak kita. Tapi ni ke layanan awak dekat suami awak?!"
"Tak ada siapa pun suruh awak balik." Omel Najwa lalu memalingkan wajah ke luar tingkap kereta.
Ukasyah mengertap bibirnya. Dagu Najwa dipaut supaya wanita itu berpaling menghadapnya. Apa ingat dia tak dengar ke?!
"Cakap macam tu sekali lagi, siap awak. Belajar hormatkan suami. Bukannya tergila-gilakan suami orang! Sedar sikit yang awak tu dah kahwin, dah jadi mak orang pun." Bidas Ukasyah lagi.
"Saya tak cintakan awak." Mata Ukasyah cuba dipandang tanpa rasa takut.
"Habistu, awak ingat saya cintakan awak ke? Jangan nak buat-buat lupa Najwa, awak yang perangkap saya untuk kahwin dengan awak. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak kan awak." Sinis Ukasyah membalas sebelum menggenggam erat stereng kereta. Cuba untuk menahan sabarnya.
Najwa tersentap. Sisi wajah Ukasyah dipandang dengan tidak percaya. Lelaki itu tidak pernah bercakap kasar dengannya selama ini. Tetapi hari ini lelaki itu berubah.
"Ingat apa yang saya nak cakap ni Najwa, sekali lagi awak buat perangai macam ni, jangan harap awak dapat jumpa Aisyah lagi. Saya tak nak Aisyah dapat mak yang perangai tak semenggah macam awak ni." Kalau dengan bercakap baik-baik tidak mampu menginsafkan Najwa, mungkin dengan cara mengugut wanita itu, wanita itu akan mendengar cakapnya.
Perbalahan mereka berdua terhenti apabila emak Hanum memasuki kereta di bahagian penumpang belakang. Kening emak Hanum berkerut apabila keadaan kereta tiba-tiba menjadi sunyi sepi.
"Wawa dengan Ukasyah tengah kutuk mak ke?"
*•*•*•*
Hai guyss. I'm back. Sorry kalau lama sangat saya menyepi huhu. Btw, yg dah tak ingat jalan ceritu tu dipersilakan baca dari mula balik hehe.
Ohh yaa, kalau rajin tolonglah support saya dekat tiktok juga. Nanti saya akan share and promote tentang cerita baru dekat sana😉
Bye, happy reading!🤍
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...