Ting, Tong!!!Kepala yang asyik menunduk kerana sedang memotong sayur itu diangkat. Dahinya berkerut memikirkan siapa tetamu yang datang ketika hari minggu seperti ini.
Tangannya dibasuh lalu dilap sehingga kering. Tanpa melengahkan masa, kakinya diatur menuju ke arah ruangan depan dimana pintu masuk berada.
Satu susuk tubuh yang sedang menarik luggage memasuki rumah itu telah mengkakukan seluruh tubuh Laura. Liurnya diteguk kesat.
"Nina buat apa datang sini?"
Suara Najwa yang menyoal Shanina membuatkan Laura kembali ke dunia nyata. Dia berjalan mendekati Najwa dan Shanina.
"Kau sibuk sangat tanya aku ni kenapa? Ini rumah kau ke? Tak kan? So, diam je okay?" Najwa yang berdiri di hadapannya dijeling tajam.
"Along mana?" Shanina mengalihkan pandangannya daripada Najwa. Laura yang berdiri kaku tidak jauh dari mereka berdua dipandang dengan kening yang terangkat.
"Nufail takde. Keluar." Jawab Najwa.
"Haishh... Kau diam boleh tak? Aku tak tanya kau pun kan?" Satu rengusan kasar terbit dari bibirnya.
Tanpa menghiraukan Laura dan Najwa, luggage ditinggalkan di hadapan pintu lalu dia melabuhkan duduk di atas sofa. Kukunya yang bercorak ditiup-tiup perlahan.
"Nina buat apa datang sini?" Pertanyaan tersebut akhirnya terbit daripada mulut Laura.
"Ohh... Bonda pergi trip dengan kawan-kawan dia. Aku rasa bosan duduk sorang-sorang, so aku datanglah. Tak salah kan aku nak tidur dekat rumah abang aku?" Usai berkata begitu, satu senyuman sinis ditarik menghiasi bibirnya.
Laura mengertap bibirnya kuat. Nafas dihembus perlahan bagi menenangkan hati yang terasa hendak terbakar.
"Suka hati kau lah."
"Eh kejap. Kau nak pergi dapur kan? Bawakan aku jus please?" Pinta Shanina dengan riak wajah yang bersahaja.
"Sorry tapi aku bukan orang gaji kau. Kalau kau rasa nak jadi mem besar, rumah ni bukan tempatnya." Laura tersenyum nipis setelah menghabiskan ayatnya. Puas hatinya apabila melihat wajah tidak puas hati Shanina.
*•*•*•*
"So, bonda pergi mana pulak kali ni?"
"Italy I think."
Hayder mengangguk setelah mendengar jawapan Shanina. Dipandang sekejap Laura yang diam menikmati makan malam itu.
"Ohh ya, bonda ada pesan untuk wakilkan dia pergi ke kenduri aunty Shida."
"Aunty Shida? Kawan bonda tu ke?"
"Ha'ah. Kenduri tu esok. Bolehkan?"
Baru sahaja Hayder hendak membalas, suara Najwa telah mematikan niatnya.
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...