Laura membongkok kepenatan sambil menongkatkan tangannya pada kedua-dua belah lutut. Matanya melilau-lilau ke sekeliling sebelum jatuh pada sebuah pintu yang berada di hujung laluan rumah tersebut.Nafas dihela kasar lalu pintu tersebut didekati. Belum sempat dia memulas tombol pintu tersebut, ianya telah terbuka luas dari luar. Matanya terbuka luas apabila melihat beberapa orang polis meluru masuk ke dalam rumah itu.
"Puan tak apa-apa?" Tanya salah anggota polis.
Laura mengangguk perlahan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut ingin memaklumkan keadaan di dalam rumah tersebut, tubuhnya terasa dipeluk oleh seseorang.
"Sayang, I'm glad you're safe." Ujar Hayder perlahan. Dikucup lembut dahi isterinya itu.
"H-hayder."
"Yes Laura. I'm here."
Air mata Laura gugur setitik demi setitik. Dipeluk kembali tubuh Hayder dengan esakan yang semakin kuat.
"Shhh... It's okay. I'm here for you." Pujuk Hayder perlahan.
"Tuan, masih ada seorang lagi tebusan dekat dalam." Ujar salah seorang anggota polis setelah mendengar suara rakan pasukannya melalui walkie-talkie.
Laura tergamam seketika. Bukankah Shanina sudah keluar tadi? Siapa lagi yang ada dekat dalam tu?
"I masuk dalam kejap. You tahu siapa tebusan tu?"
"T-tadi ada Shanina sekali dengan I, tapi dia dah terlepas. Jadi yang dekat dalam tu, mungkin orang lain ataupun Shanina kena tangkap balik."
Hayder mengangguk faham. Tubuh Laura ditolak lembut ke arah anggota polis perempuan yang sedang berjaga di luar kawasan rumah agam itu.
"Tunggu dekat sini sampai I keluar. Jangan pergi mana-mana okay?" Pipi Laura disentuh lembut.
Laura merenung wajah Hayder dengan gusar sebelum mengangguk perlahan. Kedua belah tangannya diramas tanda keresahan.
"Hati-hati."
"I will." Dahi Laura dikucup sekilas lalu dia berjalan pantas memasuki rumah agam milik Harry itu.
*•*•*•*
"Lepaskan aku lah, bodoh!!!" Tempik Shanina geram. Dia meronta kuat apabila tangannya kembali diikat pada sebatang tiang.
"Kau ke aku yang bodoh?! Kau yang bodoh sangat pergi lari tu kenapa?!" Ujar Harry lalu mencengkam kuat rambut Shanina.
"Habistu, kau ingat aku duduk sini sampai aku mati ke bodoh?!"
Pangg!!!
"Mulut kau ni memang kurang ajar. Memang layak makan penampar aku ni."
Mata Shanina mencerlung marah. Diludah kasar air liur yang bercampur darah akibat tamparan Harry itu tadi.
"Kau dengar sini perempuan. Kau tak akan dapat lari dari aku! Aku tak kisah kau guna duit aku banyak mana pun, tapi jangan berani-berani kau lari! Kau kena uruskan perniagaan ni dengan aku!"
"Aku tak nak lah!!! Aku bukan penyangak macam kau!"
"Penyangak ni lah yang kau selalu mintak duit, tahu tak?! Aku tak salah. Aku cuma teruskan apa yang daddy pernah buat dulu. Daddy jatuh bankrup sebab bapak Hayder bodoh tu yang laporkan dekat pihak berkuasa. Tapi apa hak orang tua tu nak laporkan?! Dia tak ada hak langsung." Ujar Harry berang. Terbias dendam dalam anak mata miliknya.
"Pergi lantak lah daddy nak buat business dadah ke, jual organ manusia ke. Benda tu langsung tak ada kena mengena dengan diorang. Tapi, bapak Hayder tu busuk hati! Tak boleh tengok daddy berjaya!"
"Gila! Kau memang gila! Kau tak patut buat aku macam ni! Aku tak ada kena mengena dengan orang yang dah belot daddy!" Tempik Shanina dengan geram. Wajahnya habis basah dengan air mata tidak dihirau.
"Tak ada kena mengena kau cakap?! Kau ingat aku tak tahu yang kau tu pun nak belot aku?! Kalau aku lepaskan kau sekarang, dah sah-sah kau akan laporkan aku dekat polis. Betul tak?!!" Soal Harry kuat. Kepala Shanina ditolak kasar sehingga terhantuk pada tiang.
"A-aku tak nak bersubahat dengan kau." Balas Shanina yang semakin lemah. Kepalanya terasa berdenyut kuat kesan dariada hantukan pada tiang tadi.
Harry berdecit kasar. Degil betul perempuan ni! Pistol yang tersisip kemas di pinggangnya pantas dicapai dan dihalakan muncung pistol tepat pada dahi Shanina.
"Kau tak nak ikut cakap aku kan?! Takpe, mungkin kau ni memang tak sabar dah nak mati." Picu ditarik dan baru sahaja dia hendak melepaskan tembakan, kekecohan di luar mendapat perhatiannya.
"Polis! Jangan bergerak dan letakkan senjata!"
Tak guna! Harty menyumpah perlahan. Tanpa mengikut arahan anggota polis tersebut, dengan pantas dia berpusing lalu tembakan dilepaskan secara rawak.
Matanya kemudian terpandang kelibat Hayder yang turut berada di situ. Amarahnya semakin membuak-buak lalu tembakan dilepaskan.
'Bang!!!'
*•*•*•*
YOU ARE READING
HEATHER
Romance[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk menerima tuduhan cubaan membunuh yang telah dilemparkan ke padanya. Bukan mudah buat dirinya untuk men...