bab 3

6.5K 372 11
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

HANA Damia yang sedang ralit mengscroll instagram miliknya tersentak apabila ada seseorang menyentuh bahunya . Terus dia berpaling ke sebelahnya dan terpampar seorang lelaki yang tinggi , kulit bersawo matang dan mempunyai rupa yang dapat menarik minat gadis untuk toleh melihat beberapa kali .

" Ish awak ni . Terkejut saya , ingat kan penculik mana tadi " Hana Damia mengurut sedikit dadanya yang yang berlapik kan tudung bawal dipakainya .

Harith Nufael tayang sengihan kecil . Alahai tunang aku ni , sampai kesitu pula difikirnya .

" sorry , dear . Tak bermaksud pun nak buat awak terkejut . Saya tengok awak ralit sangat dengan phone tu . Ada apa kat phone tu ? Curang eh ? Ingat sikit eh awak dah ada encik tunang awak ni , saya tumbuk muka lelaki tu nanti . Suka hati saja ambil si cantik saya " Kata Harith dengan membuat - buat nak tumbuk muka lelaki tu . Tak boleh jadi , Hana tunang aku , dah ada pesaing ni .

Hana menjulingkan mata nya ke atas . Dah mula dah cik abang aku ni . Kesitu dia fikirkan . Bagus lah tu , berbalik pada diri sendiri , suka sangat cakap aku yang suka fikir bukan - bukan , sekarang dia pula .

" Apa awak merepek ni ? haish , sekarang ni , kanapa awak nak jumpa saya ? Macam ada penting je sampai tak boleh cakap dalam telefon ." Terus pada topik yang sebenar . Kalau bukan Harith ingin beritahu sesuatu yang penting tak ada nya dia ada dekat luar sekarang ni . Lebih baik duduk kat rumah , lagi bagus .

" Oh ya saya hampir lupa pula . Benda ni penting sangat - sangat . Saya beritahu awak sebab saya percayakan awak ."

" Hm beritahu lah apa dia ? " Tanya Hana sambil memusing badan nya mengadap Harith disebelah .

" Haish , macam mana eh nak cakap . Hm macam ni lah , kalau Qalisha tahu tentang ni confirm dia sedih " Ujar Harith untuk melambat kan proses untuk dia beritahu pada Hana . Dia tahu sangat , mesti Hana akan mengamuk sakan sebab ini melibatkan sahabat baik tunangnya .

" Apa dia ? Beritahu lah !" Bentak Hana geram dengan sikap Harith yang ragu untuk beritahu nya . Harith mengeluh kecil .

" Emran dengan Katrina have a special relaytionship "

" What ?! "



                               

DIA sedari tadi berjalan kehulu kehilir di dalam biliknya . Masih tergiang - giang di dalam kotak fikiranya apa yang diberitahu oleh Harith satu minggu yang lalu . Dan dalam satu minggu itu juga lah , dia berkira nak beritahu sahabatnya ataupun tidak hal itu .

Kalau dia tidak beritahu , Qalisha akan ditipu hidup - hidup dan itu membuatkan dia berasa bersalah . Tapi jika dia beritahu Qalisha , confirm Qalisha akan merasa kecewa dan sedih . Dia takut Qalisha akan mengalami kemurungan dan buat perkara yang tak sepatutnya .

Hana mengeluh berat . Tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini . Patut ke aku beritahu Qalisha ? Atau rahsia kan ? Ya allah aku buntu . Apa yang harus aku buat ni .

Ya aku dah buat keputusan . Aku akan beritahu Qalisha tentang benda ini . Aku tidak mahu lihat sahabat aku kecewa dengan aku kerana merahsiakan benda penting ini darinya .

Dia terus ke meja disebelah katil yang bersaiz queen itu . Telefon di ambil dan dibuka pada kenalan , dicari nama sahabat nya dan terus menekan simbol telefon . Dia menunggu dengan sabar , tidak lama itu telefon bersambung .

" Aku nak jumpa dengan kau . Penting "

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now