bab 52

4.5K 202 25
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

LANGSIR yang masih tertutup dibuka seluasnya . Bilik yang tadi gelap kini mula terang dengan bantuan cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik itu menembusi slingdoor yang berkaca itu . Kepala di pusing ke belakang memandang katil bersaiz queen yang terletak di tengah - tengah bilik . Sekunjur tubuh anak dara yang pemalas masih lagi lena diulit mimpi yang indah . Dia mengeluh lemah . Geram betul dengan anak perempuan dia yang satu ni . Pemalas dia tu tak boleh nak dibawa bincang . Mentang - mentang lah cuti semester terus tidur nya menjadi hobi . Aku bakar semua 'kesayangan' dia nanti baru tau !

Badannya dibawa ke arah katil . Sesampai di sebelah katil terus dia menempuk lembut badan anak nya itu .

" Amanda , bangun sayang , dah tengah hari ni " Kejut Datin Medina lembut . Badan anaknya di goncang - goncang untuk mengejut kan si anak . Amanda hanya meng'hm' saja dan memusingkan badannya ke kanan . Membelakangi ibunya . Datin Medina yang melihat sudah memejam kan matanya menahan geram . Ya Allah tinggikan lah tahap kesabaran hambamu ini . Jangan sampai gunung berapinya meletus pagi - pagi ni . Ada yang kena tempias nanti .

Tanpa aba - aba , dia meretap kasar kain selimut anak nya . Ditarik kain selimut itu dan dicampak ke lantai . Badannya anak nya digoncang kuat seperti mengalami gempa bumi . Amanda yang lena nya diganggu mula membuka matanya . Dia mendengus geram . Siapa pulak yang ganggu dia ni ? Memang tak suka tengok orang senang ke ? Tak suka lah orang ganggu lena nya !

" Apa ni ?! Jangan ganggu lah , orang nak tidur ! Pergi main jauh sana ! " Bentak Amanda geram . Kakinya menendang - nendang katil yang tak bersalah . Dia bergolek - golek geram di atas katilnya . Ish tak suka , tak sukaa !

" Apa tak suka ?! Bangun lah anak dara ! Dah tengah hari ni , kamu nak tidur lama mana lagi ni ?! " Memetir suara Datin Medina memarahi anaknya ini . Tangan menaik mencekak pinggan . Anak daranya yang masih berguling - guling itu ditatap tajam . Dato Kamal dan anaknya yang berada di ruang tamu terkejut dengar suara yang kuat itu . Habis tersembur keluar air yang diminum oleh Eidil . Mereka semua memandang ke atas seperti dapat melihat apa yang terjadi . Kemudian , masing - masing mengeluh lemah . Setiap hari diaorang dapat dengar suara memetir Datin Medina kerana Amanda . Dah lali dah telinga mereka semua . Suara Datin Medina bukannya macam perempuan melayu terakhir sana . Suara tu dah macam telan speaker ! Kuat dia tu lain macam .

Mereka mula membuat aktiviti yang terbantut tadi , menghiraukan apa yang terjadi . Malas nak ambil tahu , nanti dengan diorang sekali dibebel nya .

" Bangun ! Ibu cakap bangun , bangun ! " Marah Datin Medina lagi . Tangan Amanda ditarik - tarik , memaksa untuk bangun . Amanda pula dengan sengaja memberatkan badannya supaya Datin Medina tidak dapat mengangkat nya . Datin Medina yang kelihatan sudah lenguh itu , di lepas tangan Amanda . Berat betul budak ni , dah gemuk agaknya . Kalau Amanda dengar ni mahu dia tak makam siang dan malam . Gara - gara nak kurus balik ! Sampai lupa akan kesihatan . Apa nak kurus ni dengan cara tak makan ke ? Itu nak mati namanya . Orang kalau diet ada cara tersendiri tapi ni tak . Sampai seminggu nya tak makan gara - gara nak kurus . Lagi - lagi remaja zaman sekarang . Nak kurus tak tahu cara yang betul . Macam mana tu ?

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now