bab 37

5.4K 315 35
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

" ADUH - aduh . Pengantin baru dah turun lah ! " Jerit Ariq di ruang tamu bila melihat Qalisha dan Rayyan turun . Dia tersenyum mengusik . Sanak saudara yang terdengar jeritan itu terus berpaling pada tangga . Tersenyum mereka melihat keakraban pengantin baru itu .

Qalisha turun beriringan dengan Rayyan . Tanggannya berada di dalam genggaman Rayyan . Dah banyak kali dia cuba untuk lepaskan . tapi semakin Rayyan mengetatkan genggaman itu . Qalisha mencebik menyampah . Saja lah tu nak tunjuk kat orang yang kita sweet . menyampah !

" Good morning semua " Ucap Rayyan ramah . Bukannya dia nak tunjuk baik tapi dah memang hakikat dia peramah dan baik . hahaha . Kecuali kalau ada orang buat onar dengannya memang kena gali kubur awal - awal lah . Senang sikit nak tanam .

" Good morning abang Rayyan " Jawab Dhia sepupu kepada Qalisha dengan gedik . Qalisha menjulingkan mata nya ke atas . gediknya kau dengan suami aku . Aku hempuk ni kang !

Rayyan tidak memandang gerangan itu . Dia terus berlalu ke meja makan bersama isterinya . Dhia yang perasan akan itu telah menghentak kakinya tanda geram .

Siapa je nak layan perempuan sewel macam dia tu ? Pakaian pun macam orang miskin je . Terdedah sana , terdedah sini . kau ingat cantik ? Macam nangka busuk adalah . Nangka yang dah berkulat lepastu ada ulat . eeuww ! Menjijikkan !

" Sayang , sit " Pelawa Rayyan setelah dia menarik kerusi untuk Qalisha . Qalisha hanya tersenyum . Alahai cik suami . Kenapa Sweet sangat ni ? Tergugat iman titew !

Rayyan pula mengambil tempat di sebelah Qalisha . Baru saja Qalisha ingin mengambil bekas nasi goreng sudah ditegah oleh encik suami . Qalisha mengerutkan dahinya . Dah kenapa ni ? Takkan tak nak bagi aku makan kot ?

" Biar abang yang ambilkan . Kita makan dalam satu pinggan je . Baru lah sweet " Rayyan mengenyitkan matanya pada Qalisha . Berona merah pipi Qalisha bila diperlakukan sebegitu .

" Hm perlu ke makan sepinggan ? " Tanya Qalisha . Taknak makan sepinggan dengan dia ! Mahu luruh jantung ni nanti ! Huwaa mama !

" Wajib sayang . Untuk mengeratkan lagi kasih sayang kita " Rayyan tersenyum menggoda . Qalisha hanya pasrah . Ikutkan jelah apa yang suaminya nak . nanti merajuk . macam budak - budak .

Tiba - tiba datang satu suara yang tidak disenangi oleh pasangan itu .

" Abang Rayyan . Dhia pun nak makan juga . Tolong ambil kan boleh ? " Ujar Dhia gadik sambil mengambil tempat disebelah Rayyan . Qalisha membuat muka menyampah . Haih kalau tak ada orang ni , memang kena smackdown betina ni . Sepupu tak sepupu , ada aku kesah . Kacau je orang nak bermanja dengan suami titew !

Aku baru kahwin ! Aku nak bermanja dengan suami aku ! Asal kena muncul si ulat bulu ni ! Haih harap lah ulat bulu ni bukan watak jahat macam dalam drama melayu tu . cliche arh !

Nak gaduh - gaduh laki bini . Berebut suami orang . Fitnah sana sini . cerai berai . si suami caci si isteri . huh sebijik macam drama melayu . Tak ada beza langsung ! Cliche tau tak cliche ! Aku bunuh betina ni nanti kang .

" Ambil sendiri " Kata Rayyan tanpa melihat . Buat tambah dosa je tengok perempuan ni . Sakit pula tu mata . haih .

Tanpa berlengah Rayyan menyuap Qalisha makan . Terkejut juga lah Qalisha . tiba - tiba  je sumbat dalam mulut aku . Nak suruh aku mampus awal ke apa ni wahai suben ? Nak sangat lah tu jadi duda hot . Menyampah aku .

" Alaa abang Rayyan boleh lah . Please ! " Rayu Dhia . Tanpa segan silu dia memeluk lengan Rayyan . Menjegil mata Qalisha melihat . Haih ni dah lebih ni .

Tanpa buang masa Qalisha terus berdiri . Rayyan pula dah menelan air liur kesat . Isterinya nak pergi merajuk ke ni ? Rayyan cuba untuk leraikan tapi semakin dikuatkan . Tak habis - habis Rayyan melihat Qalisha dengan wajah yang cemas . Aduh lah perempuan ni . Aku baru je kahwin dengan isteri tercinta semalam . Takkan hari dah kena main pujuk - pujuk pula .

Qalisha terus meluru ke arah Dhia dan menarik rambut Dhia kasar . Terkejut beruk Dhia di buatnya . Terlerai terus pelukan di lengan Rayyan tadi . Membulat mata Rayyan . Biar betul ni isteri aku ? Ganas nya !

Dia menarik rambut Dhia membuatkan Dhia berdiri . Dhia tidak habis mengadu sakit . Oh tahu sakit . Hati aku lagi sakit tahu tengok kau selamba je peluk suami aku walaupun lengan . Nak je aku lempang perempuan ni .

" Kau buat apa ni ? Sakit lah bodoh ! " Maki Dhia pada Qalisha .

Saudara yang duduk di luar sana  terus meluru ke dapur bila dengar bising . Terkejut mereka melihat drama tak berbayar ni .

" Heh kau tanya aku . Yang kau tu selamba badak je peluk lengan suami tercinta aku kenapa ? Dah nak mampus awal ke apa ? " Tanya Qalisha kasar . Rayyan yang mendengar ' suami tercinta ' itu sudah tersenyum suka . Alahai isteri . Ni kes cemburu ke apa ni ? Sampai jadi ganas main tarik rambut ni ?

" Ya allah Qalisha ! Sudah - sudah . Lepaskan cengkaman rambut Dhia tu "

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now