bab 25

5.6K 285 3
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

" MIKAEL ! " Jerit Qalisha kuat . Boleh bergegar satu kampung dengan jeritan dia . Dia tengah panas hati sekarang ni . Rayyan punya pasal lah ni . Tak habis - habis nak menyakat aku . Sengal punya pakcik tua .

Rayyan sudah mengekek ketawa . Geli hati dia melihat muka merah padam milik gadis di hadapanya ini . Suka dia melihat muka marah itu . Nampak comel baginya tapi tidak bagi orang lain yang melihat . Mahu terkencing dalam seluar lah jawapnya .

" Awak ni dah kenapa ? " Tanya Qalisha geram . Ada ke boleh dia pergi simbah dengan air yang berada dalam baldi tu pada Qalisha . Mana tak mengamuknya gadis itu . Habis basah kuyup di buatnya .

Mujur lah mereka berada di belakang rumah sikit . Qalisha masa itu tengah sibuk siram pokok bunga opahnya . Datang Rayyan mengacau dia . Mula - mula dia tak hiraukan tapi lama - kelamaan , Rayyan kacau dia dengan teruk . Habis di simbahnya dia dengan air .

" Hahaha . Aku saja je kacau kau . Itu lah kau  , tak layan lagi aku kat sini . padam muka " Selamba Rayyan membalas . Denda pada Qalisha sebab tak layan dia tadi . Dia ketawa sekuat hatinya .

" Eeee tak baik lah awak ni ! Beritahu opah ! "

" Opahh ! " Jerit Qalisha kuat sambil berlari kecil untuk ke pintu dapur . Rayyan yang mendengar , terbeliak biji mata . Terus dia mengejar langkah Qalisha .

Mampus dia kalau Nek Jah dapat tahu ni . Bukannya boleh buat main dengan Nek Jah ni . Kalau kau sentuh cucu kesayangan dia ni , almaklumnya masuk kubur awal lah kau kena tendangan dan penampar maut Nek jah .

" Aduh Qalisha ni pun . Suka sangat mengadu dah kenapa ? Nasib baik comel kalau tak dah lama aku humbang dalam loji taik sana "








SEDARI tadi , ruang tamu rumah kayu itu sunyi sepi . Rumah juga sunyi tanpa suara .Tiada siapa di rumah ini selain dirinya dan opah saja . Rayyan sudah ke masjid untuk tunaikan solat jemaah magrib dan isyak . Pasal petang tadi Rayyan teruk kena marah . Plus kena pulas telinga  lagi dah lah kuat . Nak tergelak dia tengok muka Rayyan cemberut habis . Nasib baik lah dia baik suruh opah lepaskan Rayyan kalau tidak sekarang ini pun diaorang tengah dengar opah membebel . Haha .

Dia sedang duduk berseorangan di ruang tamu itu . Opahnya pula berada di dalam bilik . Mungkin tengah rehat . Maklumlah dah tua tapi sibuk juga nak buat kerja berat - berat . Itu lah padahnya .

Deringan telefon milik Qalisha berbunyi memecahkan kesunyian . Dia melihat nama yang tertera di skrin phone miliknya . Tersenyum lebar dia . Tanpa berlengah dia terus mengangkat .

" Asslamualaikum adik kesayangan angah ni " Sapa Ariq terlebih dahulu .

" Waalaikummusalam angah yang hensem " Balas adiknya ceria . Rindu dia pada keluarga nya semakin menebal bila angahnya menelefon . Baru petang tadi dia menelefon mama , sekarang angah pula yang menelefonnya . Mesti mama beritahu diaorang . Jealous lah tu .

" Adik sihat ? Tengah buat apa tu ? " Tanya Ariq . Dia rindu kan adiknya sangat - sangat . Baru 3 hari Qalisha pergi , rindu dia ibarat dah bertahun . Azreen dan papanya pula masih lagi tiada masa untuk menelefon walaupun rindu itu sudah menginap di hati .

" Adik sihat je . Tak buat apa - apa pun . Duduk kat ruang tamu , termenung fikirkan masa depan " Tergelak kecil Qalisha . Ariq ikut sekali ketawa .

" Jauhnya sampai ke masa depan . Jodoh ke ? Dah jumpa yang baru eh ? " Sakat Ariq .

" Ish mana ada pasal jodoh lah . Orang tengah fikir bila nak timang anak sedara ni . Dah 25 tahun hidup tapi anak sedara sorang pun tak kunjung tiba " Usik Qalisha pula . Ariq tertawa besar .

" Aduhai adik ku sayang . Macam mana nak dapat anak sedara kalau abang - abang awak sorang pun belum kahwin lagi "

" Dahtu , kahwin lah cepat - cepat . Nak tunggu mama dengan papa tua kerepot dulu ke baru nak bawak calon menantu ? " Bidas Qalisha lagi . Tak faham betul lah aku dengan abang - abang aku ni . Nak kahwin pun susah ke ? Bawak je laa PA sendiri jadi calon isteri kan senang . Tak payah susah - susah fikir .

" Amboi adik mulut kau . Angah genyeh dengan cili ni kang . Hahaha . Bukan macam tu , dah jodoh tak sampai lagi nak buat macam mana . Lain lah adik , kecik - kecik dah gatal , kahwin awal lah jawabnya "

" Amboi angah , galaknya sakat adik . Nasib baik adik jauh kalau tak dah lama angah kena penampar sulung adik ni tau " Bicara mereka malam itu penuh dengan gelak tawa sahaja . Si adik usik si abang , si abang usik si adik . Dah lama rasanya tak bergurau macam ni .

Lama ini , masing - masing sibuk dengan urusan kerja saja . Qalisha sibuk dengan pembukaan butiknya dan selepas di buka , sibuk pula dengan tempahan baju yang banyak dari client .

Ariq pula macam biasa lah , terperap dalam office . Kalau tak office dalam bilik . Sibuk dengan projek yang dia kena ketuai dan awasi .

Sekarang baru lah lenggang sikit . Dapatlah spend time dengan family . Tapi Qalisha pula buat hal nak balik kampung . Nak di halang tak boleh . haih .

"Adik "

Ariq memanggil adiknya . Ada satu soalan yang perlu ditanya . Qalisha hanya diam , menunggu bicara Ariq yang seterusnya .

" Adik , jumpa siapa - siapa tak kat sana ? "

Qalisha mengerutkan dahinya . Kenapa pula angah tanya soalan macam ni ?

" Ada angah . Kenapa ? "

" Tak ada apa lah . Angah saja je tanya . Sebab opah ada beritahu , ada orang lain kat rumah selain adik "

Walaupun hakikatnya , opahnya tak beritahu dan dia tahu dari Azreen . Bukan niatnya untuk menipu Qalisha tapi dah along dia suruh rahsiakan . Nak buat macam mana lagi .

Dia pun tertanya - tanya , siapakah gerangan orang yang bernama Rayyan Mikael ? Penting kah dia dalam hidup Qalisha ? Apa hubungan dia dengan Qalisha sebelum ini ? Terlalu banyak persolan di benak fikirannya bila dapat mengetahui tentang jejaka itu .

Kalau dalam ikut kan apa yang Azreen cerita padanya . Rayyan Mikael ini orang yang baik hati dan peramah orangnya . Syukurlah bila adiknya bersama dengan orang boleh diharap di kampung . Tapi bukan itu yang di persoalkan . Yang dipersoalkan adalah kenapa Azreen suruh rahsia kan ini dari Qalisha ?

Sakit kepala dibuatnya bila memikirkan ini . Haih , pening . pening .

" Angah , adik nak letak ni . Nak masuk tidur dah lewat dah ni " Kata Qalisha memecahkan kesunyian yang melanda dalam 5 minit tadi .

" Oh ya lah . Selamat malam princess angah . Jagi diri kat kampung . Assalamualaikum "

" Selamat malam angah . Okey boss ! Waalaikummusalam "

Setelah itu , Qalisha berlalu masuk ke biliknya setelah jarum jam hampir menunjukkan pukul 11 malam .

Goodnight world !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now