bab 12

5.9K 325 1
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

SUDAH sejam mereka berada di dalam bilik VVIP di hospital yang menepatkan Qalisha yang masih tak sedarkan diri .

Doktor cakap dalam masa beberapa jam Qalisha akan bangun tapi masih lagi tak ada tanda - tanda Qalisha akan sedar . Ariq mengeluh .

Dia duduk di kerusi sebelah katil Qalisha . Dia tatap wajah adiknya lama . Dia rindu Qalisha . rindu manja Qalisha . rindu gelak tawa Qalisha . rindu nak usik adik kesayangannya itu .

Haih , sunyi rumah Dato Sri Ukashah Zainudin semalam tanpa kerenah Qalisha . Ini baru semalaman Qalisha tidak sedarkan diri , mereka sudah rindu tahap babun . Kalau Qalisha koma ? pergi untuk selamanya ? Tak tahu lah apa akan jadi pada mereka .

" Mama , papa , pergi lah solat dulu . Dah masuk waktu ni " Kata Ariq lembut pada kedua orang tuanya . Kedua orangtua nya dari pagi tadi lagi terperap dalam wad Qalisha . Mereka risau dan dalam masa yang sama mereka ingin menunggu anak bongsu mereka sedar .

" Yelah . Tapi angah okay kan duduk sorang - sorang ? " Tanya Dato Sri .

" Angah okay je . Papa , mama pergi la " Balas Ariq terseyum kecil . Kedua ibu bapanya hanya mangangguk kecil dan berjalan keluar dari wad .

Beberapa minit keadaan menjadi sunyi . Ariq menggenggam tangan adiknya untuk memberikan kekuatan .

Tiba - tiba terasa tangan Qalisha seperti bergerak dan ia menyentakkan Ariq . Terus dia melihat tangan dan wajah adiknya bersilih ganti .

" Adik ? " Panggil Ariq lembut . dan Ariq melihat bebola mata Qalisha bergerak - gerak di dalam mata yang tertutup .

" Adik ? Adik , ya allah "

Qalisha mula membukakan matanya perlahan - lahan . Sinaran cahaya yang menyakiti matanya membuatkan dia memejam kan balik matanya . Dia membuka mata , pandangan pertama yang dia lihat adalah siling berwarna putih menjadi tatapan matanya .

Qalisha melarikan anak matanya ke seluruh bilik asing itu . Dia cuba proses apa yang berlaku dan di mana dia berada .  Adakah dia berada di hospital ? kerana bau ubatan mencucuk hidungnya . Dia mengerutkan dahinya .

" Adik . Adik dah sedar ! " Kata satu suara menyentakkan Qalisha . Terus dia melihat di sebelah katilnya . Berdirinya seorang jejaka , siapa lagi kalau bukan Ariq .

Terus Ariq menekan button merah yang berada di sebelah katil Qalisha untuk memanggil doktor .

Sejerus itu , doktor dan nurse datang memasuki wad Qalisha . Ariq di arahkan doktor untuk menunggu di luar bilik . Tanpa membazirkan masa sesaat pun Ariq terus menelefon ibubapanya untuk memberitahu tentang keadaan Qalisha .

Mereka yang berada di dalam wad Qalisha mengucapkan syukur pada yang esa . Keadaan Qalisha semakin pulih walaupun wajahnya kelihatan pucat .

Tiba - tiba pintu wad terbuka , kehadiran keluarga Emran disambut dengan baik oleh keluarga Qalisha . Namun bukan bagi Qalisha , dia tidak selesa . lagi - lagi bila Emran asyik melihatnya .

" Ya allah bakal menantu ibu . Alhamdulillah kamu dah sihat . Risau ibu dibuatnya bila tahu kamu masuk hospital " Kata Datin Medina sambil memeluk Qalisha . Dia membalas pelukan itu dengan senyuman kelat .

" Maaf buat ibu risau " Mohon Qalisha . Suaranya masih lagi serak mungkin dah lama tidak bercakap dan minum air yang secukupnya . Panggilan ibu dipanggil oleh Qalisha atas kehendak Datin Medina sendiri . Katanya dah nak jadi menantu tak perlu ber aunty - aunty bagai .

" Bukan salah Qalisha , sayang . Tak perlu minta maaf " Qalisha hanya tersenyum . Datin Medina  pun bangun dan memanggil Emran .

" Cakap lah dengan Sha ni . Semalam kemain kamu risau . Sekarang tak bertegur pula dah " Kata Dato Kamal . Yang lain hanya ketawa geli hati . Bukan selalu Dato Kamal usik anaknya itu .

Emran berjalan ke arah katil Qalisha . Qalisha hanya menundukkan kepalanya . Sumpah dia kata dia masih lagi tak bersedia untuk berjumpa dengan Emran . Perasaannya bercampur , marah , benci , kecewa dan berbagai . haih .

" Sha , boleh Emran duduk ? " Tanya Emran lembut . Qalisha hanya mengangguk . Emran duduk di kerusi yang di sediakan . Keadaan terasa sangat kekok untuk mereka berdua . Ye lah , lepas saja kejadian di restoran itu . Mereka berdua langsung tak bersua muka . Tiba - tiba berjumpa macam ni .

Emran berdehem kecil untuk hilangkan rasa kekok . " Sha " Panggil Emran . Qalisha mengangkat mukanya dan melihat Emran .

" I'm sorry . Bukan ni ..." belum sempat Emran habis kan ayatnya . Qalisha memotong . " Sha tak nak cakap pasal benda ni "

" Tapi Sha .."

" Emran , please " Rayu Qalisha sungguh dia tak kuat sekarang ni . Dia baru sahaja sedar takkan nak bercakap sesuatu yang menyakitkan hati . Oh please ! Hati aku bukannya batu !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now