001

21 5 0
                                    

"Mana Doyoung oppa ni.." Kim Yena mendongak melihat awan yang sudah penat menampung air. Langit kelihatan gelap dan sesekali memancarkan kilat. Jam yang terlilit di pergelangan tangannya dikerling. "Setengah jam dah aku tunggu. Batang hidung pun tak nampak." Yena mengeluh. 

Kim Yena berlari ke perhentian bas terdekat untuk berteduh kerana rintik-rintik hujan sudah turun membasahi bumi. Baju sekolahnya basah dek air hujan saat dia berlari ke perhentian tersebut. 

"Hai! Sorang je? Nak kami temankan?" Kim Yena terkejut dengan sergahan beberapa lelaki bermotor yang berhenti dihadapannya. Dalam hati Yena tidak berhenti mencarut Kim Doyoung yang meletakkan dia dalam keadaan tidak selamat seperti ini. 

Kim Yena menjeling lelaki-lelaki tersebut. 

"Wahh! Sombong." Sahut seorang lagi. Lelaki tersebut turun dari motor dan melangkah mendekati Yena yang duduk sendirian di situ. 

"Oppa!!!" Yena menjerit memanggil lelaki yang sedang berjalan dibawah payung di seberang jalan. Hanya itu yang sempat difikirnya ketika ini untuk menyelamatkan diri. 

Lelaki tersebut berpaling saat mendengar jeritan suara yang tidak dikenali. Beberapa saat kemudian muncul seorang gadis tinggi paras bahu disebelah dan memeluk lengannya kuat. 

"Oppa, kaja!" Yena menarik lengan lelaki yang dipanggil oppa itu sambil mengerling ke belakang. Lelaki yang mengganggunya sebentar tadi tidak lepas memerhatikan mereka berdua. 

Kim Yena masih lagi menarik lengan lelaki itu agar dapat meloloskan diri dari lelaki-lelaki bermotor tadi. Setelah merasa sudah berada jauh dari tempat tersebut Yena melepaskan pegangan. 

"Mianhae." Kim Yena menggaru kepalanya. "Err.. Kamsahamnida." Yena membongkokkan badan sedikit ketika mengucapkan terima kasih. 

"Ehh.. jap!" Yena berhenti melangkah saat lengannya ditarik. "Kan hujan ni. Takkan nak redah hujan?" 

"Ouhh.. it's okay." Yena merentap perlahan lengannya. 

"Nah, guna payung ni." 

"Hah?" 

"Nah, guna payung ni. Aku nak pergi kedai tu. Kau guna la payung ni." 

"Nanti awak nak balik takde payung pulak?" 

"Kat kedai tu nanti aku beli la yang baru." Tangan Yena ditarik dan meletakkan payung dalam genggaman gadis itu. Setelah itu, lelaki asing itu berlari kecil meninggalkan Yena yang terkebil-kebil. 

"Lee Jeno.." Kim Yena sempat membaca nama yang tertulis di name tag lelaki itu. 

High School CrushWhere stories live. Discover now