028

5 2 0
                                    

"Dah siap dah untuk hari ni. Pergi la kalau kau nak balik." Jaemin bersuara.

"Okk. Kalau macam tu aku balik dulu."

Yena mengambil beg sekolahnya dan bergerak ke pintu dewan.

"Dah nak balik dah?" Ryunjin menegur.

Ryunjin adalah salah seorang akak pengawas yang ramah menegurnya.

"Ha'a eonnie. Yena balik dulu."

"Okk.. Hati-hati." Ryunjin melambaikan tangan.

"Nae.. Annyeong eonnie." Yena melangkah keluar dari dewan.

"Yena."

Yena terkejut apabila namanya dipanggil begitu.

Jeno sedang bersandar di pintu dewan dengan sling bag yang disangkut di bahunya. 

"Dah nak balik? Oppa hantar, eh?"

"Yena call Doyoung oppa."

"Oppa dah cakap kat hyung, Yena balik dengan oppa."

Yena mengetap bibirnya.

"Jom oppa hantar."

Yena mengeluh perlahan.

"Okk."

Jeno tersenyum apabila Yena akhirnya akur dengan permintaannya.

"Jom.."

Jeno mengambil tangan kecil Yena dan ditautkan pegangan tangan mereka.

Yena hanya membiarkan perlakuan Jeno. Dia tidak berdaya untuk membantah. Seharian dia melakukan tugas mengangkat kerusi-kerusi dewan. Walaupun sudah ditegah Jaemin namun denda tetap denda. Dia tidak mahu ada yang bergosip tentangnya mengambil kesempatan mencuri tulang.

"Oppa mintak maaf. Oppa salah."

Yena mendiamkan diri.

"Oppa percayakan Yena. But, I can't do anything. Oppa tak boleh sebelahkan Yena sebab ramai yang jadi saksi mata."

"It's okk. Yena cuba faham."

"Oppa tak rasa Yena faham."

"I'll try, okk? Jangan paksa Yena untuk faham keadaan oppa padahal oppa sendiri tak cuba faham keadaan Yena!" Yena merintih.

"Apa yang oppa tak faham?"

"Yena cuma nak oppa percayakan Yena. Tu je."

"I've told you, right? Oppa percayakan Yena."

"Kalau betul oppa percaya, oppa takkan mintak Yena untuk mengaku salah. Walau apa pun jadi oppa takkan mintak Yena untuk mengaku salah yang Yena sendiri tak buat!"

"Oppa cuma tak nak panjangkan benda ni. I know her. Oppa kenal Koeun macam mana."

"Bukan kata-kata maaf yang dia nak dengar. Kalau pun Yena mengaku salah, bukan benda tu dia nak dengar. Dia nak kita break! Oppa faham tak? Kalau Yena mengaku salah maknanya Yena iyakan yang Yena buli dia. Lepastu apa? Yena yang kena hadap kalau orang tuduh Yena pembuli."

"I'm sorry."

"Kalau Yena kena tuduh I don't think you'll be there to protect me. Oppa takkan ada untuk pertahankan Yena."

Jeno mendiamkan diri. Benar kata Yena. Semalam juga bukan dia yang bersama Yena untuk menenangkan gadis itu sebaliknya Jaemin yang setia di sisi. Jeno hanya mampu melihat dari jauh.

Jeno ikut tiap langkah mereka dan memerhati dalam diam.

Jeno dan Yena hanya diam membisu sepanjang perjalanan ke garaj motor.

High School CrushWhere stories live. Discover now