"So, budak tu kena buang sekolah tak?"
Koeun yang sedang duduk diatas sofa yang terletak didalam stor bersuara setelah melihat kelibat Hina.
"Tak. Dia kena denda buat aktiviti kebajikan untuk sebulan je."
"WHAT?! Buat aktiviti kebajikan je?"
"Lagi satu.."
"Apa?!"
"Dia kena denda untuk tolong geng-geng pengawas buat preparation annual grand dinner."
"Tak guna! Aku buat semua ni untuk pisahkan diorang! Yang makin melekat ni dah kenapa?!"
"So, what's your next plan?"
Hina memandang Koeun yang sedang memikirkan sesuatu.
"Aku nak jugak dia kena buang sekolah!"
"Tapi macam mana?"
Koeun mengukirkan senyuman sinis.
"Sia-sia aku hantuk kepala dekat pasu tu kalau tak guna benda ni sebaiknya."
"Maksud kau?"
"Aku akan viralkan kes ni.. And kalau tak jadi jugak.."
Hina menanti ayat yang bakal keluar dari mulut Koeun.
"Aku akan bawak kes ni ke ministry of education. Kacang tanah je. There's nothing I can't do. Aku nak aku akan pastikan dapat! Lee Jeno.. Sikit je lagi. I'll make sure you're mine again."
---
"Yena!"
Yena berpaling setelah namanya dipanggil. Dia baru sahaja melangkah keluar dari bilik guru. Appa dan eommanya masih berada di dalam sana berbincang dengan sir Jongdae.
"Kau buat apa kat sini?"
Yena memandang Jaemin yang sedang mengah mengejar langkahnya.
"Aku.. Huh.. Jap. Penat la."
Yena tertawa perlahan melihat Jaemin yang sedang cuba menstabilkan pernafasannya.
"Jom duduk kat sana." Kerusi tempat dimana mereka duduk kelmarin di tunjuknya.
Jaemin hanya menuruti langkah Yena.
Dia sanggup tidak ke cafe pada waktu rehat itu semata-mata ingin melihat sendiri seandainya Yena baik-baik sahaja.
"So, macam mana? Sir cakap apa? Kau tak kena buang sekolahkan?"
Yena tertawa perlahan melihat Jaemin yang bertubi-tubi memberikan pertanyaan setelah nafasnya kembali normal.
"Kau asal gelak?"
"Kau tu.. Mulut macam.."
"Sebab mulut Yena bising. Macam itik."
Suara Jeno tiba-tiba terngiang di telinganya.
Jaemin memandang wajah Yena yang kembali suram.
"Kenapa?"
Yena berpaling memandang Jaemin dan mengukirkan senyuman. Dia tidak mahu Jaemin bertanya lebih banyak. Bising!
"Aku tak kena buang sekolah pun. Sebab sebelum ni aku tak pernah ada kes salah laku. Cuma aku kena buat aktiviti kebajikan dekat salah satu rumah anak yatim.."
"Aku temankan!" Jaemin. Memotong percakapan Yena.
"Kau ni kenapa? Asyik nak berkepit je dengan aku?"
"Kau tu sakit. Aku tak nak kau buat kerja berat. Kalau aku ada dengan kau at least aku boleh jaga."
Yena langsung menatap Jaemin pelik.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."