022

12 4 1
                                    

"Yena.."

Yena mengerling ke sisi dan melihat Jisung yang sedang menatap dirinya.

Turun sahaja dari bas pulang sekolah itu Jisung seperti memikirkan sesuatu dan menyepikan diri. Dia juga turut berdiam diri dan membiarkan sunyi mengisi suasana perjalanan mereka pulang dari sekolah menuju ke rumah masing-masing.

"Em? Ada apa?" Yena menyahut panggilan Jisung sebentar tadi. Entah mengapa suasana seperti awkward antara mereka ketika itu.

"Boleh saya tanya?"

"Tck. Tanya je lah.." Hampir dia mengeluarkan tawa halus namun melihat wajah Jisung yang seperti ingin bertanya soalan serius dia tidak jadi menghemburkan tawanya.

"Em.. Pasal pagi tadi. Noona pagi tadi tu ex Jeno hyung kan?"

"Koeun? Ha'a. Kenapa?"

"Awak tak takut kalau dia betul-betul buat awak lagi teruk dari tadi?"

Yena mendiamkan diri. Takut? Mungkin tidak. Tapi dia tidak mahu ancaman Koeun yang akan mengganggu persekolahannya.

"Awak tak nak bagitahu Jeno hyung? Bincang dengan dia?"

"Tak kut.."

"Tapi kan benda ni ada kena mengena dengan dia?"

"Nanti saya bincang dengan dia, okk?"

Jisung mengangguk perlahan. Dia risau jika Koeun benar-benar berniat untuk membuli Yena. Dengan kesihatan Yena yang tidak menentu. Lagi dia bertambah risau.

"Saya masuk dulu.." Langkah mereka terhenti di hadapan pagar rumah Yena. Jisung sentiasa akan menghantarnya ke pagar rumah dan akan menunggu dia menghilang disebalik pintu sebelum pulang kerumahnya. Padahal rumah mereka terletak berhadapan namun Jisung tetap berkeras memperlakukan seperti itu.

"Yena.."

Langkah Yena terhenti ketika mendengar suara Jisung memanggil. Dia menoleh.

"Jangan lupa makan ubat. Cepat sihat."

Yena menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangan ke udara.

Masuk sahaja ke dalam rumah dia terus menuju ke bilik tidurnya.

Tubuhnya direbahkan di atas katil. Dia ingin melelapkan mata untuk seketika.

Baru sahaja dia ingin masuk ke alam mimpi namun ketukan di pintu bilik kembali mambawanya ke alam realiti.

"Yena.. Oppa ni." Suara Kim Doyoung kedengaran dari luar bilik. 

"Nak apa?!" Yena melaung dari dalam.

"Oppa masuk ni.."

Pintu ditolak dari luar dan muncul wajah abangnya itu.

"Oppa nak apa.. Yena penat nak rehat."

"Ni haa.. Oppa bawak vitamin dengan supplement. Oppa letak atas meja ni tau. Jangan lupa telan." Plastik yang berisi pelbagai jenis vitamin dan supplement diletakkan di atas meja belajar.

"Yena.." Adiknya yang terbaring dihampiri. Tanggannya melekap didahi Yena untuk memastikan suhu tubuhnya Yena normal. Namun dahinya berkerut sebaik menyentuh dahi Kim Yena.

"Panasnya.." Dia berbisik.

Matanya memerhati wajah adiknya yang pucat. Mata gadis itu tertutup rapat mungkin sudah lena dibuai mimpi.

Doyoung mengeluh perlahan.

Dia turun ke bawah untuk mengambil air yang diisi ke dalam mangkuk. Dengan berhati-hati dia menuju ke bilik adiknya.

High School CrushWhere stories live. Discover now