011

9 4 0
                                    

Yena melangkah keluar dari rumah kebajikan itu dan mendongak melihat langit yang sudah berubah gelap. Pada asalnya, mereka ingin bertolak pulang sebelum malam menjelma akan tetapi anak-anak disitu seperti tidak ingin melepaskan tetamu itu pergi. Hasilnya mereka harus menunggu sehingga semua kanak-kanak itu tidur terlebih dahulu. 

Yena baru sahaja membaca buku cerita untuk menidurkan kanak-kanak perempuan manakala abangnya dan 2 seniornya itu di bilik kanak-kanak lelaki. 

Matanya menatap satu figura yang sedang duduk diatas buaian taman dan memandang langit malam. Yena ingin berlalu pergi namun melihat wajah suram lelaki itu dia malah mendekati jasad tersebut. 

"Oppa.." 

Lelaki itu kembali ke alam realiti dan memandang Yena dihadapannya. Dia menghadiahkan senyuman manisnya. 

"Wae?" Jeno menyahut. 

"Oppa okk?" Yena melabuhkan duduk disisi Jeno. 

Jeno mengerutkan dahi mendengar pertanyaan juniornya itu. 

"Kenapa?" 

"Saja tanya. Hehe." Yena awkward dengan situasi ini. Jeno tidak terlihat seperti kebiasaan. Wajahnya suram dan senyuman yang diberikan sebentar tadi juga terlihat seperti dipaksa. Akan tetapi Yena tidak mahu memaksa jika Jeno tidak mahu bercerita. 

"Oppa nampak macam tak okk, eh?" 

Yena tersenyum janggal dan mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. 

"Rindu pada orang yang tak sepatutnya dirindui." Jeno mengeluh perlahan dan mendongak melihat langit. 

"Siapa?" 

"Someone that should be called 'eomma'."

Gadis itu mengerutkan dahi. Dia tidak dapat menangkap maksud tersirat di sebalik kata-kata Jeno. Adakah seniornya itu sudah kehilangan eommanya? Tapi kenapa tak sepatutnya dirindui? Pelbagai soalan bermain dimindanya. 

Jeno mengusap kepala Yena yang kelihatan terpinga-pinga. 

"She left me when I was 1 years old. Nowhere to be found. Dah bahagia dengan keluarga baru, mungkin?" Jeno tergelak menutup pahitnya kehidupan yang dilalui. 

Yena terdiam mendengar luahan seniornya itu. Pantas sahaja Jeno seperti tersentak ketika diminta Sinbi untuk membantunya menulis karangan berkaitan eomma. Nasib Jeno juga sama seperti Sinbi yang tidak mempunyai insan bergelar ibu.

Jeno tersentak apabila tubuhnya dipeluk Yena. Gadis itu menepuk perlahan bahunya seperti mengatakan bahawa semuanya baik-baik sahaja. Jeno turut membalas pelukan itu. Sungguh dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa melainkan rakan-rakannya yang mengetahui sendiri kehidupan yang dialami. 

"It must be hard for you." 

Jeno tersenyum mendengar kata-kata Yena. Dia tidak pernah meluah rasa dan mungkin inilah rasanya apabila mendapat kata-kata semangat dari insan lain. 

"Yena.." 

Pelukan direnggangkan. Jeno menatap mata Yena dalam-dalam. 

"You make me want you even more." 

Kening Yena hampir bercantum. Dia terlalu polos untuk mengerti ayat yang diucapkan ketua pengawas itu. 

"Jom guys. Dah lewat dah ni." Doyoung memanggil dari pintu rumah.

Jeno dan Yena kembali ke dunia sebenar sedikit tersentak mendengar laungan itu. Mereka melangkah mendekati Doyoung dan Jaemin yang memandang mereka pelik. 

"Yena masuk dalam kejap. Amik barang." Beg yang dibawanya masih di ruang tamu dan dia ingin bertemu ahjumma terlebih dahulu sebelum berangkat. Mungkin wanita itu masih sibuk dengan anak-anak jagaannya sehingga tidak boleh melihat mereka pergi. 

High School CrushWhere stories live. Discover now