003

10 4 0
                                    

Yena, Shuhua dan Jisung berjalan menuju ke kantin sekolah. Entah mengapa Yena merasakan mereka menjadi perhatian pelajar ketika berjalan. Mungkinkah kerana suara Shuhua yang bising atau kerana kehadiran Jisung sebagai murid baru dan sekali gus memiliki wajah tampan? 

Yang jelas bukan dia yang menjadi punca pelajar lain memerhati setiap langkah mereka. 

Mereka sampai di sebuah meja kosong dan Yena meletakkan botol minuman sebagai tanda tempat mereka.

"Kau nak makan apa? Aku pergi amik." Yena memandang pelik pelawaan Shuhua yang tiba-tiba berbaik hati untuk mengambil makanan untuknya. 

"Kasi chance la aku nak berdua dengan Jisung. Hehe." Shuhua membisik perlahan di telinga Yena.

Mulut Yena melopong mendengar bisikan itu. Ada agenda tersembunyi disebalik kebaikan Shuhua rupanya. Perlahan dia mengangguk bersetuju. 

"Kau amik je la apa-apa pun. Aku tak kisah. Thanks by the way." 

"Okay babe." Shuhua mencubit perlahan pipi gebu Yena dan berjalan ke deretan gerai makanan dan minuman. 

Yena memandang sekeliling kantin yang penuh dengan puluhan pelajar. Suasana bising dengan riuh suara pelajar yang berebut makanan dan bergaduh ketika ada yang melintas barisan. 

"Hai. Tak makan ke?" 

Yena memandang 3 orang senior dihadapannya bersama tray makanan di tangan. 

'Lee Jeno?' 

"Nanti kita jumpa waktu rehat." 

Lee Jeno benar-benar mengotakan kata-katanya untuk bertemu pada waktu rehat. Yena berdiam memandang 3 makhluk di hadapannya tanpa berniat untuk membalas soalan. 

"Eh? Oppa!" Shuhua datang mendekati dengan tray makanan di tangannya. Manakala Jisung membawa 2 tray makanan. Mungkin satu tray lagi milik Yena. 

"Boleh kitaorang join?" Jaemin bersuara. 

"Asal pulak?" Yena masih tidak berpuas hati dengan pengawas yang bernama Jaemin. 

"Meja dah full. Korang bertiga je kan? Muat la tu. Kitaorang pun bertiga jugak." 

Yena memandang sekeliling. Memang benar meja di kantin sudah penuh terisi pelajar. Tapi tetap sahaja dia masih berat mengizinkan lelaki asing ini duduk semeja dengan mereka. 

"Sure! Duduk la." 

Belum sempat Yena membalas, suara Shuhua mengizinkan mereka bertiga untuk duduk makan bersama. Posisi meja saat itu 3-3. Yena duduk paling hujung, Shuhua ditengah-tengah dan Jisung di sebelahnya. Manakala Jeno berhadapan dengan Yena, Jaemin di tengah dan Renjun duduk berhadapan dengan Jisung. 

"Kau okay kan? Diam je?" Shuhua bertanya. 

"Ha? Em. Okay." Yena kembali menatap makanan di dalam tray. 

"Aku yang macam tak okay. Kau tengok la 4 orang mamat hensem semeja dengan kita. Aku nak mengunyah pun malu oi." Shuhua berbisik perlahan. 

Yena memandang Shuhua. Ingin rasanya dia mencekik sahabatnya itu. Perangai miang tak habis-habis. 

"Diam la. Kang aku tonyoh taufu ni dalam mulut." Yena mengangkat taufu goreng yang dicucuk dengan garfu. 

"Weh!" Shuhua cepat-cepat menutup mulut Yena yang bersuara kuat sehingga 4 pasang mata memerhati mereka. 

"Ish! Kau ni." Shuhua menepuk bahu Yena. "Hehe. Mianhae." Shuhua menayangkan gigi memohon maaf bagi pihak sahabatnya. 

"Korang memang asyik perang mulut, eh?" Jisung bersuara. 

High School CrushWhere stories live. Discover now