009

13 4 0
                                    

Yena mengangkat beg pakaiannya menuruni tangga dorm. Hari ini mereka akan bertolak pulang ke Seoul setelah semua program selesai. Dengan susah payah dia berjalan turun kerana kakinya yang masih lagi belum pulih. Teamnya menawarkan bantuan untuk membawa begnya turun tetapi dia tidak mahu menyusahkan kerana setiap dari mereka sudah membawa banyak beg. 

Yena berhenti seketika. Masih berbaki beberapa anak tangga. Rasanya ingin sahaja dia menggelongsorkan beg terlebih dahulu akan tetapi memikirkan keselamatan sesiapa yang lalu ketika itu. Mungkin tidak mencederakan tetapi kalau terkejut anak orang, buat naya je. Yena menggeleng menyingkirkan rancangan tersebut. 

"Adoiii.. Apa benda la aku bawak sampai berat macam ni." Yena meneruskan langkah sambil mulutnya terkumat-kamit membebel. 

Hanya dia yang tertinggal dibelakang. Dia keluar paling akhir untuk memastikan tiada benda yang tertinggal dan juga dia harus mengembalikan kunci bilik ke staf yang menjaga dorm tersebut. 

"Huarghh!" Yena hampir terkena serangan jantung apabila melihat kelibat disebalik tangga. Manusia tersebut juga turut terkejut dengan jeritan Yena. 

"Jeno oppa?" 

"Asal Yena jerit?" 

Jeno memegang dadanya. Hampir luruh jantungnya mendengar jeritan itu. Dari tadi dia menanti Yena untuk membantu gadis itu mengangkat beg. 

"Ha? Ouh tadi ada lipas."

"Mana?" Jeno memandang sekeliling. 

"Dah terbang dah kut?" Yena turut berpura-pura mencari lipas yang difitnahnya. 

"T-terbang? Lipas terbang?!" Mata Jeno liar melilau kesana sini untuk mencari makhluk hitam berkaki itu. 

"Asal? Takut? Penakut betul ketua pengawas ni." Yena ketawa mengejek. 

Entah mengapa sisi rapuh Lee Jeno ini bakal menjadi topik hangat ketika bergosip dengan Shuhua nanti. Pasti Shuhua bangga dengannya kerana berjaya mendapat informasi hangat ini. 

"Mana ada! Dah la. Meh beg tu." Jeno menghulur tangan dan menarik tali beg yang dibimbit Yena. 

Jeno bukan takut lipas hanya saja dia tidak suka haiwan itu. Lagi-lagi kalau sudah membuka sayap dan terbang tanpa arah tujuan. 

Yena dan Jeno berjalan beriringan menuju bas yang sudah dihidupkan enjin. Pelajar-pelajar lain sudah mengambil tempat di dalam bas. Jeno memasukkan beg pakaian Yena ke tempat beg. Setelah meletakkan beg, Jeno menutup bonet bas. Yena yang masih setia disisi di kerlingnya. 

"Jom masuk." Jeno membiarkan Yena naik terlebih dahulu.

Yena masuk ke dalam perut bas diikuti Jeno dibelakangnya. Setelah mereka masuk, bas langsung bergerak menyebabkan Yena yang sedang berjalan hilang keseimbangan lalu sempat di peluk Jeno dari belakang. 

"Wahhh!!" 

"Aiceyyy!" 

Pelbagai bunyi sorakan diterima mereka berdua. Jaemin yang sedang memejam mata terus membuka mata setelah mendengar sorakan itu. Dan saat dia menoleh ke sisi dia melihat Yena dipeluk Jeno disebelah seatnya. Dia mengerutkan dahi melihat adegan menyakitkan hati itu. 

Yena menyiku perut Jeno dan jalan berhati-hati mencari seat kosong. Jeno mencebik dan duduk di sebelah Jaemin yang kembali menutup mata. 

"Aku lama-lama boleh kena kencing manis tengok korang berdua ni." Aera bersuara. Dia berada di seat hadapan Yena sanggup menoleh ke belakang semata-mata ingin mengusik.

"Tiber." Yena malas melayan usikan mereka. 

Yena memakai headset dan memutarkan lagu dalam playlist telefonnya. Dia memejamkan mata tidak mahu diganggu. 

High School CrushWhere stories live. Discover now