021

7 4 0
                                    

Yena yang bersendirian di bilik pada malam itu tidak dapat melelapkan mata.

Dadanya sesak.

Nafas diatur perlahan agar dapat kembali normal. Ubat juga sudah ditelan namun dia masih begini.

Matanya berair menahan sesak di dada akhirnya dia mengalah dan mendail nombor abang sulungnya, Kim Doyoung. Walaupun mereka dibawah bumbung yang sama namun dia sudah tidak bertenaga untuk berjalan ke bilik abangnya.

Beberapa ketika selepas panggilan disambung akhirnya terdengar suara lelaki itu.

"Duk serumah pun nak call jugak ke? Yena ni.." Kata-katanya terhenti apabila terdengar esakan dihujung talian.

"Yena?" Refleks tubuhnya langsung berdiri dan berjalan laju ke bilik adiknya.

Pintu bilik ditolak dan terlihat adiknya tercungap-cungap bernafas.

"Hei.. Kenapa ni? Yena?"

"Oppa.." Pandangan matanya gelap sebaik menyeru abangnya. 

---

Sebaik terjaga matanya melilau memerhati keadaan sekeliling. Bahagian mulut dan hidungnya dipakaikan alat pernafasan.

"Yena dah sedar?" Kepalanya diusap lembut.

"Em." Kepalanya diangguk perlahan.

"Kejap eh, oppa panggil doktor."

Doyoung meninggalkan dia sendirian di ruangan kecemasan hospital. Beberapa ketika kemudian, oppanya itu datang bersama-sama seorang doktor wanita.

Doktor itu melakukan pemeriksaan dan akhirnya menyimpulkan tahap kesihatan Yena kepada Doyoung.

Setelah doktor itu berlalu Doyoung mendekati katil adiknya.

"Kejap lagi nurse datang bukak semua ni." Jarinya menunjukkan mesin pernafasan dan jarum yang dicucuk di pergelangan tangan.

"Boleh balik terus?" Yena membuka alat pernafasan bagi memudahkannya bercakap.

"Jangan bukak la. Kejap lagi nurse datang. Tak menyabar betul Yena ni. Ye kejap lagi boleh balik. Eomma dengan appa taktahu tau pasal ni."

Dalam keadaan kelam kabut sebentar tadi Doyoung mengangkat adiknya dan langsung dibawa ke hospital terdekat. Dan sepanjang berada di hospital dia terlupa untuk memberitahu keluarganya tentang keberadaan mereka berdua.

Yena menarik nafas lega. Kiranya dia akan membuat keluarganya risau. 

"Tak payah nak lega sangat. Balik nanti oppa bagitahu jugak."

Tangan Yena dipukul perlahan apabila dia ingin sekali lagi menarik alat pernafasan itu.

"Mulut tu diam kejap je tak boleh eh? Nak jugak bercakap. Dah mulut kena tutup dengan mesin pun masih jugak nak melawan."

Akhirnya dia mengalah. Mulut abangnya itu jika dilawan boleh terbakar telinga yang mendengar. Savage.

Tangan Doyoung digenggam erat. Dia menatap mata abangnya. Bersyukur kerana Doyoung tiba tepat masa. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika Doyoung tidak menjawab telefon.

"Tak payah nak touching sangat. Banyak benda oppa nak tanya kejap lagi. Banyak benda Yena rahsiakan dari keluarga."

Yena diam menyepi.

---

"Cerita cepat!"

Baru sahaja pintu kereta ditutup terus di soal. Yena tidak tahu rahsia yang dimaksudkan Doyoung. 

High School CrushWhere stories live. Discover now