"Yena.. Jeno dekat bawah ni tunggu Yena. Cepat sikit! Kesian dia tunggu kamu bersiap lama sangat.." Wajah jelita eommanya dari celahan pintu dipandang seketika.
"Ye eomma.. Kejap. 5 minit."
'Baju mana okk eh? Yang ni ke?'
T-shirt dan seluar jeans dipandangnya.
'Ke yang ni?'
Pandangan dialihkan ke dress paras betis.
Momo menggelengkan kepala melihat pakaian yang berselerak diatas katil. Yena yang masih lagi kebingungan untuk memilih pakaian didekatinya.
"Kamu dengan Jeno nak pergi mana? Pilih baju yang sesuai dengan tempat nak pergi dating tu.."
"M-mana ada dating eomma ni. Keluar jalan-jalan je.." Darah menderu naik ke wajahnya.
"Ye ye je. Nak pergi mana? Meh eomma bagi cadangan." Momo duduk di hujung katil anaknya.
"Tak tahu. Dia takde cakap pun nak pergi mana. Dia cuma cakap.." Kata-katanya terhenti apabila teringat apa yang dibisikkan Jeno ditelinganya pada hari itu.
'Dating' Yena memandang eommanya dan tersengih panjang.
"Cakap apa? Tersengih-sengih pulak?"
"Takde apa la eomma.. Hehe."
"Pulak?" Momo memandang baju-baju yang terdampar diatas katil.
"Ni pakai yang ni." Dress berwarna kuning cair dan bunga-bunga kecil dihujung dress di ambil dan dihulurkan pada anak gadisnya.
"Yang ni? Tak nampak macam over sangat ke eomma? Nanti kang dia bawak Yena pergi makan tepi jalan je? Yang ni je la.." Yena menunjukkan baju t-shirt dan seluar jeans.
"Haish kamu ni.. First date takkan la dia nak bawak makan tepi jalan. Kurang-kurang dia bawak pergi taman bunga."
"Tak dating la eomma.." Yena langsung memintas andaian eommanya.
"Hurm.. Macam la eomma tak pernah muda. Ni pakai yang ni. Cepat sikit. Lama Jeno tunggu kat bawah tu.." Momo bangun dan berlalu pergi ke ruangan bawah.
"Maaf la Jeno. Lama pulak kamu tunggu. Biasa la perempuan. Pilih baju pun dah setengah jam." Momo menghampiri Jeno yang sedang berbual dengan suaminya.
"Takpe aunty.. Saya yang sengaja datang awal sikit." Jeno tersenyum manis.
"Nak bawak Yena pergi mana?" Heechul bertanya.
"Pergi theme park je uncle."
"Ouhh.. Duit cukup tak? Ni haa bawak duit lebih sikit." Tangan Jeno ditarik dan dititipkan beberapa keping wang.
"Eh takpe uncle.. Saya dah bawak lebih." Jeno menolak lembut.
"Takpe la.. Buat duit minyak. Tak banyak pun tu." Heechul kembali meletakkan duit didalam tapak tangan Jeno.
"Terima kasih uncle." Jeno membongokkan badan sedikit berterima kasih pada lelaki yang tua beberapa tahun dari ayahnya.
"Jaga Yena elok-elok tau." Heechul tersenyum ramah.
Dia percaya akan Jeno. Jeno dengan hormatnya datang meminta izin untuk membawa anak gadisnya keluar dan berjanji akan pulang sebelum jam 10 malam. Cara Jeno yang gentleman meyakinkan lagi bahawa Jeno dapat menjaga puteri tunggalnya itu.
"Jom! Yena dah siap.."
Yena muncul setelah beberapa minit. Mata Jeno bertembung dengan matanya.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."