Yena mengekori langkah Jungwoo yang berjalan melepasi rak makanan di dalam pasaraya tersebut. Sudah hampir 2 jam mereka berada di sini dan Jungwoo tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulang. Dan lebih menyebalkan apabila selama mereka berada di situ troli masih kosong!
"Oppa.. Lama lagi ke?"
Jungwoo berpaling dan menatap adiknya yang sudah memasamkan muka.
"Kejap, okay? Oppa nak cari bahan nak buat kek."
"Kek?! Rentung la dapur eomma!"
Yena menjerit kecil setelah mengetahui niat abang keduanya itu. Fikirannya memutar kembali memori beberapa tahun lepas saat eomma dan appanya meninggalkan mereka berdua di rumah. Hampir sahaja rumah terbakar angkara perbuatan Jungwoo yang ingin memasak makan tengah hari buat mereka berdua. Nasib mereka baik kerana Doyoung pulang sebelum api semakin marak.
"Andwae.." Yena menggelengkan kepala.
"Ish! Tak support langsung! Kalau jadi kek ni Yena jangan makan, eh?" Jungwoo menarik muncung.
"Confirm tak jadi kek, oppa. Oppa tak payah la buat kek, eh? Jom la balik.." Yena merengek sambil menarik lengan baju abangnya untuk memujuk.
"Alaa kejap la. Ni mana satu tepung jagung mana satu tepung gandum ni?"
Sudah hampir 15 minit dia merenung plastik tepung itu namun masih belum dapat jawapan yang diinginkan.
"Oppa! Tu tepung ubi kayu!"
Jungwoo memandang kembali plastik tepung di tangannya. Dahinya berkerut apabila adiknya dengan sekilas pandang dapat mengenal pasti jenis tepung.
"Macam mana-"
"Ni kan ada tulis! Dah la oppa.. Oppa takde bakat dalam memasak. Kita balik, eh?"
"Kamu ni! Ingat chef international tu lahir-lahir dah boleh masak? Diorang berlatih sampai berjaya tau!" Jungwoo mencebik.
"Tapi at least dioarang dah tahu beza jenis tepung." Yena bersuara perlahan.
"Daripada Yena bising kat sini baik tolong oppa cari bahan ni. Cepat siap cepat balik."
Jungwoo memberikan list bahan-bahan yang ditulis dalam kertas kecil.
Mata Yena membulat melihat senarai bahan yang diperlukan. Panjang bukan main!
"Mak aih? Ni nak buat kek apa panjang macam ni?"
"Oppa nak buat kek lemon nutella chocolate cake!" Jawab Jungwoo bangga.
"Panjangnye nama? Nanti last-last orang panggil 'kek hangit' jugak!"
Jungwoo sekali lagi menarik muncung apabila adik bongsunya itu mula mentertawakan dirinya.
"Lah? Merajuk?" Yena dalam tawa yang masih berbaki bersuara apabila Jungwoo menolak troli menjauhi dirinya.
"Tak jadi la buat kek." Jungwoo meletakkan kembali troli di tempatnya.
"Pulak? Takkan merajuk kut?"
"Tak la. Kita beli je la kek yang dah siap. Hehe."
"Haa! Bagus! Jom balik!" Yena menarik lengan abangnya.
"Kita beli kek dulu!"
"Esok la oppa.. Yena penat.."
"Kejap je, eh?" Jungwoo menarik lengan adiknya itu untuk ke kedai kek yang berada di luar pasar raya.
Yena membiarkan Jungwoo ke kaunter untuk memesan kek dan dia berlalu ke kerusi untuk melabuhkan duduk. Kakinya sudah sakit gara-gara terlalu lama berdiri.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."