Bunyi wisel menghentikan latihan pada petang itu. Yena menanggalkan baju yang tertulis 'center' dan menghulurkan kepada salah seorang teammate.
"Thank you, Lami. Aku gerak dulu." Yena melangkah laju meninggalkan kawasan padang.
Dari jauh kelihatan sahabat baiknya, Shuhua. Dia berlari untuk mengejar langkah Shuhua yang tidak perasan kehadiran Yena.
"Weh!"
"Ish kau ni! Terkejut aku la!"
"Hehe. Mianhae." Yena tersengeh melihat wajah terkejut sahabatnya.
"Weh! Weh! Ada berita panas baru je keluar oven." Shuhua menampar perlahan bahu Yena.
"What?"
"Ada budak baru dalam kita! Hensem teroksss"
"Ouh.." Yena tidak berminat untuk mengetahui kewujudan student baru dalam kelasnya. Dia tidak masuk ke kelas hari ini kerana harus menyertai persiapan netball yang beberapa hari lagi akan bertanding di peringkat antarabangsa.
"Kau tahu? Aku bosan gila takde kau dalam kelas."
"Erk? Bukan sibuk usya student baru ke?"
"Kau ni. Mana boleh samakan kewujudan kau dengan budak baru tu. Dia tu nak bercakap pun segan lagi. Lain la kau. Sekali bukak mulut satu sekolah dengar. Hahahah"
"Melampau la satu sekolah dengar." Yena menjeling Shuhua yang mentertawakan dirinya.
"Weh! tu budak baru!" Shuhua teruja saat memandang seorang lelaki tinggi yang berjalan seorang diri.
"Park Jisung!" Laung Shuhua disebelahnya dan berlari meninggalkan Yena seorang diri.
"Aku ke dia yang kalau bukak mulut satu sekolah dengar?" Yena tergeleng-geleng melihat telatah Shuhua yang sudah berjalan beriringan dengan lelaki yang dipanggil Jisung sebentar tadi.
"Kim Yena!" Shuhua menoleh ke belakang setelah menyedari Yena tidak disampingnya. "Kau ni slow la!" Shuhua dan Jisung berhenti menunggu Yena yang berjalan menghampiri mereka.
"Park Jisung, kenalkan ni Kim Yena."
"Hai, Kim Yena. Saya Park Jisung." Jisung menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Yena menatap huluran tangan tersebut dengan wajah pelik. 'Dia ni dari mana? Bukan biasa tunduk ke? Asal nak kena salam?' desis hati Yena.
"Weh!" Shuhua menepuk perlahan bahu Yena yang sepertinya sedang mengelamun.
"Ouhh. Err, Hai, Park Jisung. Kim Yena, boleh panggil Yena je." Akhirnya Yena mengalah dan menyambut huluran tangan Jisung.
"Awak tinggal dekat mana?" Shuhua memulakan bicara sambil melangkah beriringan dengan Yena dan Jisung di sebelah kiri dan kanannya.
"Myeongdong."
"Eh korang naik bas sama la ni?" Shuhua mengerling kedua makhluk disebelahnya.
"Yena duduk situ jugak, eh?"
"Ha'a." Yena membalas ringkas.
"Oh my god! Mata aku hari ni memang betul-betul bersih weh!" Shuhua menatap satu figura yang sedang menaiki motor besar dan bergerak laju keluar dari pagar sekolah.
Jisung dan Yena terkejut mendengar suara teruja Shuhua.
"Asal kau ni?" Yena memandang pelik.
"Lee Jeno! Ketua pengawas sekolah kita. Hensem siak."
"Lee Jeno?" Yena menyebut perlahan nama itu. Kepalanya ligat memutarkan memori beberapa bulan lepas saat dia dibantu oleh laki-laki yang juga bernama Lee Jeno.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."