Jeno masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduknya. Di atas mejanya terdapat sebungkus kotak yang berbalut. Dia memerhati sekeliling. Masih tiada pelajar yang hadir seawal itu. Hanya dirinya sendirian disini.
Jeno membelek kotak hadiah tersebut dan mengambil kad yang terselit.
'Happy birthday, hyung.'
Dia mengerutkan dahi kerana ini adalah tahun ketiga dia menerima hadiah misteri setiap tiba hari lahirnya. 2 tahun sebelumnya, hadiah dihantar ke alamat rumah namun kini dihantar ke sekolah.
Dia sudah mengecam tulisan dari penghantar misteri itu. Dan setiap kadnya mengandungi ayat yang sama. Dia memerhati corak tulisan di luar kad itu.
'I am proud to have you as my brother.'
Hadiah yang berbalut itu di buka dan mengeluarkan isinya. Kasut berjenama. Jeno melihat saiz dan sekali lagi dia pelik kerana itu memang saiz kakinya. Bagaimana orang itu boleh meneka dengan tepat. Sebelum-sebelum ini dia menerima baju hoodie dan juga jam tangan. Dan pada tahun ini dia menerima sepasang kasut.
Jeno mengambil kotak hadiah itu dan menyimpannya di dalam loker.
Dia keluar dari kelas dan menuju ke bilik pengawas untuk melihat tugasnya hari ini. Saat melintasi kelas Yena dia melihat kelas itu sudah cerah dengan lampu terbuka. Dia menjenguk untuk memastikan sudah ada pelajar atau kelas itu terlupa memadamkan lampu sebelum pulang.
"Ouh? Jisung?"
Jisung yang sedang membaca nota mengangkat muka.
"Awalnya datang sekolah?" Dia memandang jam di pergelangan tangan.
"Hari ni exam. Jisung nak review nota dulu sebelum start exam."
Jeno mengangguk faham. Dia melangkah mendekati Jisung dan menepuk bahu juniornya itu.
"Good luck." Setelah itu dia pun berlalu meninggalkan Jisung sendirian.
Jisung tersenyum mendengar ucapan itu dari Jeno.
---
"Susah gila soalan tadi!" Shuhua mengeluh.
Mereka berjalan ke kantin sekolah setelah tamat peperiksaan subjek pertama. Selepas rehat ada satu kertas lagi.
"Kau boleh jawab ke?" Shuhua bertanya.
"Boleh tu boleh. Tapi aku tak sure la wei." Yena mengeluh.
Hari ini hanya mereka berdua yang ke kantin manakala Jisung ingin tetap berada di kelas untuk mengulangkaji peperiksaan seterusnya.
"Aku tengok Jisung tadi macam mudah je dia jawab. Ke soalan kita lain-lain?" Shuhua mula overthinking.
"Dia kan pandai. Senang la dia jawab. Kita yang tak pandai ni diam-diam je." Yena memerli Shuhua.
"Kau mulut tu! Aku tonyoh dengan penyapu baru tahu!"
"Yena! Shuhua!"
Nama mereka di seru. Mereka pusing untuk melihat gerangan si pemanggil. Jaemin dan rakan-rakannya sedang berjalan ke arah mereka.
"Jom ikut kitaorang."
"Pergi mana?"
"Jom la.." Lengan Yena ditarik.
Shuhua hanya menurut langkah rakannya yang diculik Jaemin. Mereka di bawa ke rooftop dan disana sudah tersusun meja dan makanan yang terhidang. Huang Renjun di sisi meja sedang menghias meja tersebut.
"Korang buat apa ni?"
"Birthday party for Jeno."
Yena memandang sekeliling. Jeno tidak berada disitu. Hanya Haechan, Shotaro, Yangyang dan Renjun.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."