Jeno dan Jaemin yang baru sahaja siap menjalankan tugas di pintu pagar sekolah berjalan menuju ke kelas.
Suasana di pertengahan jalan agak bersepah dengan cairan merah dan juga telur mentah yang membanjiri lantai di kawasan tersebut.
Mereka mengerutkan dahi dan seketika saling berpandangan.
"Yena?"
Keduanya meneka.
Jaemin memerhatikan Jeno yang sudah gelisah memerhatikan kawasan sekeliling.
"Aku nak pergi cari Yena."
Jaemin menahan Jeno dari pergi.
"Kita ada test kejap lagi. Loceng dah nak bunyi ni. Waktu rehat nanti kita cari. Lagipun Yena dengan Jisung tadi. Aku yakin Jisung boleh jaga Yena."
Jaemin memujuk. Dia tidak mahu sahabatnya ketinggalan test sebentar nanti.
Jeno mengeluh perlahan. Dia melihat jam di pergelangan tangan.
5 minit sebelum kelas bermula.
Jeno mengalah dan mereka berjalan ke kelas.
---
Loceng rehat berbunyi dan Jeno langsung keluar dari kelasnya. Jaemin yang melihat perlakuan Jeno turut mengikut dari belakang.
Di kelas Yena, dia bertembung dengan Shuhua yang turut kelam kabut meninggalkan kelas.
"Yena ada?" Jeno bertanya.
"Takde. Yena dengan Jisung tak masuk kelas." Shuhua cemas.
"Kita cari dia." Jaemin bersuara.
Mula-mula mereka menuju ke bilik sakit.
Kosong.
Seterusnya ke bilik kelab bola jaring.
Kosong.
"Kat mana eh? Agak-agak diorang pergi? Takkan luar sekolah kut?" Jaemin mengomel.
"Dah cuba call?" Jaemin menanyakan soalan pada Shuhua.
"Dah. Tapi dua-dua off phone."
"Aku rasa aku tahu diorang kat mana." Jeno yang tadinya mendiamkan diri akhirnya bersuara.
"Mana?"
"Jom." Jeno berjalan laju. Jaemin dan Shuhua turut membontoti langkah Jeno.
Kaki mereka terhenti di belakang sekolah.
Jisung dan Yena sedang melangkah keluar dari stor dan menuruni anak tangga. Di belakang mereka turut ada Junkyu yang berjalan sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Yena!" Jeno memanggil dan mendekati mereka.
"Aduh! Buat apa pengawas-pengawas kat sini." Junkyu mengeluh.
Port rahsianya didatangi mata-mata cikgu. Dia mengeluh kuat.
Yena tersenyum melihat Shuhua yang kerisauan melihat dia dan Jisung.
"Korang asal ponteng tak ajak aku!" Shuhua memberontak.
Namun tetap dirangkul tubuh kecil Yena.
"Tak plan pun nak ponteng. Tapi best jugak." Kata Yena teruja.
"Ish kau ni!"
"Nanti kita ponteng sama-sama okk?"
Jeno dan Jaemin membulatkan mata. Selamba badak je dia cakap macam tu depan pengawas?
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."