Langkah kaki Yena terhenti saat matanya menangkap tampalan di sepanjang dinding bangunan sekolah. Gambar-gambar Jisung di jadikan latar belakang poster dan diconteng dengan bermacam ayat yang berunsur pembulian.
Yena mengeluh perlahan. Kes pembulian di Korea Selatan bukan sahaja dapat di lihat menerusi kaca televisyen malahan ianya terjadi pada dunia nyata. Dan dia tidak menyangka sahabat lelakinya turut menjadi mangsa.
Yena mencabut satu-persatu poster yang ditampal itu. Dia tidak mahu Jisung melihat semua ini. Dia tidak sanggup sahabatnya itu membaca setiap bait perkataan yang tertulis.
"Oii!" Yena menjerit ketika ternampak seorang pelajar lelaki yang sedang menampal poster yang dibuangnya ketika ini.
"Kim Yena." Jihoon tersenyum sinis.
"Kau memang takde kerja kan?"
"Ni lah kerja aku. Amacam? Nak join?"
"Junkyu? Kan? Yang buat semua ni?"
Yena meneka. Kerana setahunya Junkyu seperti menyimpan dendam akan Jisung kerana kejadian di kantin sekolah beberapa minggu lalu.
"Kau rasa?"
Darahnya mendidih mendengar tawa Jihoon yang seperti memperlekehkannya. Yena merampas helaian kertas yang di pegang lelaki itu dan mengoyaknya menjadi cebisan kecil.
"Kau jangan nak bela si anak haram tu. Kau mesti tak nak dia kena lagi teruk kan?" Keningnya terangkat sambil senyuman menjengkelkan tidak lepas dari bibirnya.
Yena mengetap bibirnya.
"Korang takde hak nak buli Jisung macam tu!"
"Well.. Siapa suruh dia jadi anak haram."
Yena menatap tajam wajah Jihoon yang sepertinya tidak mempunyai perasaan ketika menyebut kata-kata itu. Dia berlalu pergi sebelum tangannya naik untuk menampar makhluk yang sungguh menyakitkan hati.
Yena membuang cebisan poster yang dikoyaknya ke dalam tong sampah. Nafasnya ditarik dalam. Dia tidak sanggup membiarkan Jisung dibuli jika benar Junkyu berbuat sedemikian kerana tidak puas hati akan apa yang terjadi sebelum ini.
Dia masuk ke dalam kelas dan matanya menangkap Jisung yang duduk di tempatnya sambil menyembunyikan wajah di sebalik kedua lengannya di atas meja.
"Kau tahu apa jadi tadi?" Shuhua lantas menarik Yena untuk memulakan gosip.
"Apa?"
"Junkyu datang kelas kita tadi."
"Dia pukul Jisung ke?" Tanya Yena risau.
"Tak sempat. Nasib baik boyfriend kau cepat tadi. Kalau tak, aku tak tahu la apa jadi."
Yena memejamkan mata.
'Tak guna Junkyu!' Desis hatinya.
"Jisung okk tak tu?"
"Kau rasa? Dia okk ke tak?" Shuhua mengeluh dan menyandarkan belakang badan ke kerusi.
"Kesian dia. Dah la baru pindah." Yena turut melepaskan keluhan perlahan sambil matanya tidak lepas memandang Jisung.
---
"Aku masuk kelas dulu." Yena yang baru siap mencuci tangan ingin cepat-cepat kembali ke kelas. Entah mengapa fikirannya melayang memikirkan Jisung yang bersendirian di kelas kerana tidak mahu menyertai mereka ke kantin.
Mereka semua memandang Yena pelik.
"Asal macam rushing sangat?" Haechan bertanya.
Sahabat Jeno turut makan semeja dengan dia dan Shuhua sehinggakan meja penuh dengan seniornya itu dan duduk dalam keadaan berhimpit.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfic"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."