"Kau jangan nak mengada join final game, eh?" Jaemin sudah memberi warning.
Yena terkejut dengan kehadiran Jaemin disebelahnya. Padahal dia baru berkira-kira untuk turut serta game selepas ini. Jaemin seperti boleh membaca apa yang bermain di fikirannya.
"Tengok la dulu macam mana." Jawab Yena selamba.
Jaemin membulatkan mata. Tangannya menampar lutut Yena yang berbalut rapi itu.
"Auch!" Yena menjerit sedikit.
"Ha! Aku pukul sikit dah menjerit macam tu. Ada hati nak berlari."
Yena mengusap lututnya yang ditampar Jaemin. Kejam betul manusia disebelahnya ini. Macam mana lah boleh memegang jawatan sebagai ketua persatuan bulan sabit merah padahal tidak mempunyai perasaan simpati!
"Yela yela." Yena mengalah.
Yena memandang sekeliling mencari jasad itu. Selepas Jeno membalut lututnya dia sudah tidak kelihatan di stadium.
"Jeno dekat bilik rawatan." Jaemin bersuara. Dia perasan Yena sedang mencari kelibat sahabatnya.
Kan betul! Jaemin seperti boleh membaca apa yang difikirkan oleh Yena. Dia curiga kalau Jaemin adalah seorang ahli sihir yang menyamar sebagai pelajar. Yena terkekeh dalam hati. Entah kenapa dia boleh membayangkan seperti itu.
"Ouh. Jeno oppa marah aku?"
"Entah." Jaemin mengangkat kedua bahu.
"Tapi kenapa?" Yena bersuara perlahan.
Jaemin terbungkam mendengar soalan tidak cerdik gadis itu. Darahnya sering naik ketika berbicara dengan Yena. Mendidih sentiasa. Entah gadis ini boleh dikategorikan sebagai polos atau memang tidak dapat berfikir waras. Dasar bocah!
"Kau tanya kenapa?! Aku la geram betul dengan kau ni."
"Asal pulak?"
"Yang kau tak dengar kata tu kenapa? Kau tahu macam mana aku risau? Macam mana Jeno risau?"
"Kau risau tapi tak marah pun?"
Jaemin mengerutkan dahi.
'Yang aku membebel sampai kering tekak aku ni? Tak marah?' Jaemin tidak puas hati.
"Aku ni penyabar orangnya."
"Eleh?"
"Malas betul aku layan kau ni." Jaemin berlalu dari situ.
Yena mencebikkan bibir. Dia memandang teamnya yang sedang membuat persiapan. Ada yang berlatih di tengah gelanggang. Permainan akan diteruskan pada jam 3 petang. Masih berbaki 2 jam lagi sebelum final game bermula.
Yena berdiri dengan susah payah dan berjalan perlahan. Dia ingin mencari Jeno. Yena tidak senang duduk memikirkan seniornya yang mungkin masih marah akan dirinya.
Sampai di muka pintu bilik rawatan, Yena mengintai ke dalam. Jeno duduk di salah satu katil dan mengelamun.
"Oppa.."
Jeno tersentak ketika ada suara yang memanggil.
"Yena? Kenapa? Ada sakit dekat mana-mana?" Jeno mendekati Yena yang masih dimuka pintu. Bahu Yena dipapah masuk ke dalam bilik rawatan dan mendudukkan Yena di atas katil.
"Oppa marah?"
Jeno terdiam. Tidak mungkin dia menyimpan marah terhadap gadis ini. Hanya perasaan risaunya yang tidak membolehkan dia untuk menatap Yena.
"Tak lah." Jeno memberikan senyuman.
"Mianhae.."
Jeno melabuhkan duduk di sebelah Yena. Dia suka melihat sisi lembut Yena ketika berbicara dengannya.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."