Mereka berdua berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Oleh kerana Jisung yang tinggal berhadapan rumahnya maka mereka sudah biasa pergi ke sekolah bersama-sama. Hubungan mereka juga sudah semakin akrab sehingga sekarang Jisung sudah pandai membuat lawak bodoh ketika berbual dengan Yena dan juga Shuhua. Sifat pemalu Jisung sudah mulai pudar dan menghilang.
"Hari ni siapa datang amik report card?" Yena bertanya.
Hari ni ialah hari untuk ibu bapa datang ke sekolah untuk mengambil kad prestasi anak-anak dan juga pertemuan antara guru kelas dan juga penjaga pelajar.
Yena memandang Jisung yang membiarkan soalannya sepi tanpa jawapan. Jisung seperti sedang mengelamun.
"Park Jisung!" Suaranya sedikit menjerit memanggil kawannya itu.
Jisung tersentak.
"Ha? Awak tanya apa?"
"Teringat awek eh?" Yena tersenyum sinis.
"Mana ada awek?" Wajah Jisung kemerahan.
Mungkin sifat malunya belum sepenuhnya menghilang kerana setiap kali berbicara tentang teman wanita pasti wajah lelaki itu berubah warna. Dan itu adalah salah satu bahan usikan yang sering digunakan Yena dan Shuhua untuk mendiamkan Jisung ketika sedang asyik dengan lawak bodohnya.
"Saya tanya, siapa datang amik report card? eomma ke appa awak?"
Sebenarnya hampir 3 bulan mereka berjiran dia belum pernah bertemu dengan ibu dan ayah Jisung. Langsung tidak pernah nampak kelibat wanita di rumah temannya itu. Akan tetapi Yena pernah terlihat lelaki yang mungkin seusia appanya di perkarangan rumah Jisung. Tapi belum sempat dia menegur lelaki itu sudah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Isi dalam rumah temannya itu masih menjadi misteri.
"Appa saya kut?"
"Ouh."
Jisung kembali menyepikan diri.
"Yena!"
Mereka menoleh ke belakang. Jeno dan Renjun sedang berjalan ke arah mereka berdua. Mungkin mereka sedang menjalankan tugas untuk membuat rondaan di kawasan sekolah. Renjun hanya pelajar biasa tetapi sering bertingkah seperti seorang pengawas yang akan menemani Jeno dan Jaemin membuat rondaan. Mungkin pengawas pencen?
"Lewat datang hari ni?" Jeno mengerling jam tangan. 5 minit sebelum pintu pagar di tutup.
"Mana ada lewat abang pengawas."
Yena menggulingkan matanya. Sudah sering kali dia di tegur Jeno agar sentiasa berkelakuan baik di sekolah kerana alasannya tidak sanggup memberikan denda kepada Yena.
Jeno meleretkan senyuman dan eye smilenya kelihatan.
"Hari ni siapa datang?" Jeno bertanya.
"Entah?" Yena menjungkitkan kedua bahunya. Dia juga tidak pasti siapa yang akan datang. Mungkin eomma? Mungkin appa? Atau mungkin juga abang sulungnya? Abang keduanya tidak mungkin datang kerana kebiasaannya lelaki itu masih berbungkus dalam selimut pada waktu ini.
"Kalau takde yang datang ni cari abang ketua pengawas ni. Dia boleh jadi wakil. Alang-alang berlatih jadi bapak budak." Renjun bersuara menyakat sahabatnya.
Jeno menjengilkan biji matanya.
Yena ketawa perlahan melihat tingkah senior-seniornya itu.
"Oppa! Kitaorang masuk kelas dulu. Nanti kalau terserempak dengan ketua pengawas poyo tu jadi masalah pulak." Usik Yena.
"Ketua pengawas poyo?!"
Yena ketawa lepas melihat reaksi Lee Jeno.
"Bye oppa! Bye Renjun oppa!" Yena melambaikan kedua tangannya dan berlalu pergi dengan Jisung.
YOU ARE READING
High School Crush
Fanfiction"Why do they call it as 'crush'?" "Sebab kalau crush tak notice, itu la apa yang kau rasa. Hancur sehancur-hancurnya."