Muka Ayra Medina masam mencuka, pergelangan tangannya di usap-usap. Boleh tahan kuat juga genggaman tangan Imran Yusuff sewaktu menariknya tadi. Imran Yusuff tidak beriak walau dalam hati tadi membara-bara juga rasanya.
''Awak nak bawa saya kemana ni?'' tanya Ayra Medina bila lima belas minit yang lepas, dirinya diheret dan diculik menaiki kereta oleh Imran Yusuff. Malas membantah dia ikutkan sahaja. Tapi bila nampak kereta ini bakal keluar dari pekan, rasa ingin tahu tidak boleh dia smpan.
''Nak aiskrim kan?'' ringkas dari lelaki beku itu.
''Eh mana tahu saya nak aiskrim?''
''Eleh tadi siapa yang merengek dekat Mak Kiah, nak eskem Mcd lah nak sundae cup lah.'' ejek Imran Yusuff.
''Eii awak ni, sibuk je pasang telinga. Tapi takpe, saya tak jadi nak marah awak. Saya redha kene culik ni.'' memang tidak boleh Ayra Medina nafikan. Sejak tadi dirinya tiba-tiba menginginkan aiskrim. Namun disebabkan sudah malam, hanya mampu mengadu pada Mak Kiah sahaja.
''Boleh eh redha diculik? Ada-ada je kau ni'' Imran Yusuff tersengih kecil,kepalanya digeleng perlahan. Dia suka Ayra Medina yang ini, yang nampak manja bila dengannya.
''Tapi syaratnya awak kene belanja saya lah ya, saya nak dua sundae chocolate satu mcflurry oreo. Saja bagitahu dulu.''
''Amboi ! Demand habis ni.'' makin lebar sengih Imran Yusuff. Ayra Medina juga tersenyum bahagia,tiba-tiba hatinya berbunga-bunga dilayan begini oleh Imran Yusuff.
Sekitar kawasan berbukit dilihat, mereka berada di kawasan puncak bukit itu, kawasan dimana Ayra Medina tidak tahu akan kewujudannya. Tadi selepas singgah membeli aiskrim yang dimahukan Ayra Medina, Imran Yusuff membawanya ke sini. Lampu-lampu bandar yang jauh di bawah sana mencantikkan lagi pemandangan di situ.
''Nah duduk sini mak buyung.'' tikar yang entah datang dari mana, dihamparkan Imran Yusuff.
''Hei, jangan panggil saya mak buyung la!'' monyok seketika Ayra Medina, namun bila lihat aiskrim yang diidamkan dihulurkan padanya,lebar terus senyum di bibir.
''Adik aku cakap apa dekat kau tadi?" soal Imran Yusuff setelah lama menyepi.
"Dia cuma tanya macam mana ikan tidur je." dengan mudah Ayra Medina menipu. Malas dia mahu bangkitkan isu tadi.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke, kau ingat aku tak dengar?" Imran Yusuff memandang jengkel ke Ayra Medina. Kedudukan badannya dihadapkan ke arah Ayra Medina.
"Habistu kalau awak dah dengar, kenapa tanya lagi? "
"Saja nak tengok kau jujur ke tak. Irfan ajak kau kahwin ke? Kau terima?" wajah Ayra Medina yang sedang khusyuk menyuap aiskrim itu dipandang dalam. Sambil itu terfikir, kenapa dirinya tidak boleh rasa berjauhan dengan Ayra Medina.
"Irfan ajak saya kahwin? Taklah, dia cuma simpati je atas nasib saya. Yelah takde suami tapi ada anak, tapi kalau dia ajak kahwin saya terima je. Dia pon boleh tahan hensem, baik, sado dan yang penting gentle-"
Terhenti percakapan Ayra Medina bila tangan lelaki itu merangkul tepi bahunya, memaksa dirinya menghadap wajah kacak itu.
" Dah senyap, aku tak nak dengar semua tu dan lagi satu jangan pernah fikir kau dapat berkahwin dengan dia-"
"Kau. Tak. Layak. " satu persatu perkataan itu disebut. Dan disaat itu juga sudah hilang kenikmatan aiskrim di dalam mulut Ayra Medina. Yang ada hanyalah kesakitan dihatinya.
Mata Ayra Medina memberat. Terasa mahu menangis. Terasa terhina juga. Sebegitu tak layak dirinya untuk berdamping dengan keluarga Imran Yusuff, apatah lagi dengan Imran Yusuff sendiri.
Imran Yusuff yang menyedari itu, mula rasa puas di hati. Puas setelah memberi amaran kepadan Ayra Medina. Jadi Ayra Medina tidak akan pernah berfikir untuk bersama dengan adiknya.
"Okey." perlahan sahaja suara Ayra Medina.
"Jom lah balik." Ayra Medina segera bangun, namun terduduk kembali bila tangan Imran Yusuff menarik tangannya.
Tanpa dapat ditahan air matanya mengalir sedikit.
"Kenapa menangis ni hmm?" tanya Imran Yusuff. Dan boleh atau tidak sesiapa di sini menampar muka lelaki itu? Dia buat orang tu menangis, dia tanya lagi kenapa.
"Awak tu ha!" Ayra Medina menarik tangannya kasar. Tangan Imran Yusuff yang mencuba mengelap air matanya ditepis juga.
"Eh kenapa dengan aku? " riaksi bodoh ditayang. Lagi ingin menangis Ayra Medina. Kenapa seperti Imran Yusuff sengaja mencari pasal.
Okey baiklah kalau tak boleh balik, biar dia habiskan aiskrim tadi. Malas mahu memandang wajah Imran Yusuff. Dia merajuk.
"Nak rasa burger aku tak?" burger Mcd disua ke mulut Ayra Medina, namun dibiarkan sepi sahaja.
"Medina, aku tanya ni."
Masih tiada jawapan. Aiskrim masih disuap ke dalam mulut sambil dia berpura-pura tidak mendengar apa-apa soalan dari Imran Yusuff.
"Medina!" Imran Yusuf mula hilang sabar.
"Apa?!" Ayra Medina juga mula naik angin. Wajah lelaki itu dipandang meluat.
Tiba-tiba sahaja, badannya ditarik mendekat. Tanpa amaran, dirinya sudah selamat didakap oleh Imran Yusuff.
"Sorry, dah jangan nangis. Aku minta maaf." kepala Ayra Medina diusap lembut. Entah setan mana yang menghasutnya memeluk Ayra Medina.
Ayra Medina yang sememangnya berhati lembut itu, menangis lebih kuat di dada Imran Yusuff bila mendengar kata maaf itu. Alahai tisunya mak buyung.
"Dah jangan nangis sayang, nak rasa burger aku tak? Sedap tau." Imran Yusuff mencari mata Ayra Medina. Wajah Ayra Medina yang masih terperosok di dadanya itu menyukarkan dia untuk melihat. Sudahnya dibiarkan saja Ayra Medina mengongoi walaupun kelajuan jantungnya mula berdetak tidak normal.
a/n : teheee sorry lambat, siapa rindu MedinaYusuff ? angkat kaki!

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...