Ayra Medina resah sendiri. Otaknya masih mengulang tayang kejadian yang berlaku sewaktu makan malam semalam. Berbakul-bakul makian diberikan kepada dirinya. Sekarang mahu keluar bilik juga dia tidak berani. Malu dan takut bercampur aduk. Bagaimana jika dia keluar dari bilik dan terserempak dengan Imran Yusuff? Oh tidak, mimpi ngeri.
Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan dirinya yang masih termenung memerhati rumah mewah milik Mak Yam yang betul-betul berhadapan dengan rumah asuhan anak yatim ini.
Pantas Ayra Medina menoleh kebelakang, dilihat wajah ayu Inara menjengul disebalik pintu biliknya.
"Medina, kau taknak turun ke? Dah pukul 10 pagi ni tak nak sarapan ke? " Inara bertanya.
Ayra Medina hanya mengeluh dan menggeleng perlahan, dia tahu Imran Yusuff masih ada di rumah asuhan ini. Kerana sedari tadi dia memerhati melalui tingkap, dia nampak keluarga Mak Yam beramai-ramai mengunjungi rumah asuhan ini.
"Tapi Med, Sofia nak kau suap dia juga. Kesian dia dari tadi tunggu kau tak turun-turun. Lapar budak tu. " mendengar penjelasan dari Inara membuat mata Ayra Medina membesar, seperti teringatkan sesuatu.
"Ya Allah, Inara! Aku lupa Sofia! " segera kakinya dibawa keluar dari bilik tidurnya. Sumpah dia lupa akan Sofia. Sofia, gadis kecil berumur 4 tahun. Mempunyai kisah paling tragis diantara anak-anak asuhan yang lain. Dan kerana itu, Ayra Medina sangat rapat dengan gadis kecil itu. Sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Sebaik kakinya melangkah memasuki ruangan dapur, suasana yang tadinya riuh tiba-tiba bertukar sepi. Ayra Medina menggaru kepala yang tidak gatal. Canggung dengan keadaan itu.
"Eh Medina, meh makan sama. Tengok ni Sofia dari tadi tunggu kamu tak turun-turun, sudahnya dia makan dengan papa hensem dia tu." Ajak Mak Yam, memecah sunyi tadi.
"Papa hensem?" Medina menyoal pelik sambil matanya melirik ke arah Sofia yang sedang disuap makan oleh Imran Yusuff. Seketika matanya bertentang dengan lelaki itu. Oh tidak jantungnya mengepam darah terlampau laju, tidak stabil.
Segera riak terkejutnya di tutup dengan senyuman manis.Dia nekad untuk beriak seperti tiada apa yang berlaku malam tadi.
"Medina, ingat tak dulu budak-budak ni ada join pertandingan video nasyid tu?" Mak Kiah menyoal Ayra Medina yang sedang menyapu jem pada roti.
"Ingat, kenapa Mak Kiah? Dah keluar ke keputusannya? "
"Haah, baru tadi pihak sana call. Katanya video kita paling tinggi undiannya. Jadi dia nak kita hantar wakil untuk ambil hadiah tu Jumaat ni. Tapi tu la katanya ambil dekat syarikat tu sendiri. Masalahnya jauh jugak la nak ke sana, tak diambil kesian pula budak-budak tu . " Mak Yam pula menyampuk.
"Alhamdulillah, kira kita nombor satu lah ye? Mak Yam nak pergi-" belum sempat Ayra Medina menghabiskan ayatnya, ada suara lain yang menyampuk.
"Irfan boleh je tolong hantarkan mama dengan Medina, Jumaat ni Irfan cuti." Irfan memberi cadangan sambil itu sempat lagi matanya melirik ke arah Medina.
"Eh mama tak boleh pergi la, mama kena pergi sekolah Jebat. Cikgu dia panggil." terang Mak Yam.
"Habistu tak kan Medina dengan Irfan je?" secara tiba-tiba persoalan itu terkeluar dari mulut Imran Yusuff yang sedari tadi memerhati.
Jeda. Semua terdiam. Mungkin memikirkan mengapa Imran Yusuff mempersoalkan hal itu.
"Tak pe lah bukannya tak biasa mereka pergi berdua. Selalu pon memang Irfan jadi pemandu tak berbayar Medina." Mak Yam menjawab. Ayra Medina hanya mengangguk.Bukan bermakna dia suka berduaan dengan Irfan, namun dia percaya Irfan tiada niat yang tidak baik terhadap dirinya.
"Kau tak percaya aku ke Along?" soal Irfan dengan pandangan meluat.
"Aku percaya je kau Fan, kita ni golongan baik-baik. Tapi si dia tu, langsung kita tak tahu dari mana asal usul. Nak percaya sangat pon tak boleh, tengok lah perut tu." sindir Imran Yusuff.
Ayra Medina memandang tajam mata Imran Yusuff. Mulut lelaki ni memang tiada insurans agakya. Mak Yam dan Mak Kiah pula mula berbalas pandangan dengan riak yang meresahkan.
"Along! Kau ni dah melebih kau tahu? Kau siapa nak cakap macam tu kat Medina." sakit hati Irfan dengan abangnya sorang ni. Nak kata anti-perempuan, dia lah playboy sejati.
" Tak pe lah Irfan. Pergi sorang pon saya okay je. Banyak je teksi ke grab ke. So, awak bole la rehat kat rumah Jumaat ni. Okey?" Ayra Medina tersengih dihujung ayat.Padahal hati dah membara dah tu.
Beg tangannya di ambil, ikatan rambut diperketatkan. Mukanya dibelek lagi di cermin. Bila berpuas hati barulah senyuman indah terpapar di wajah Ayra Medina. Perutnya tidak terlalu kelihatan di dalam baju mengandung yang dipakai itu. Dia nampak..comel?
Sewaktu menuruni tangga, Ayra Medina terserempak dengan Mak Kiah.
"Medina? Dah nak gerak dah? Awalnya? Teksi dah sampai ke? " Soal Mak Kiah.
"Belum, Mak Kiah. Nanti Medina jalan ke simpang depan tu sikit tunggu teksi. Mak Kiah elok-elok tau kat rumah ni. Kalau Sofia merengek, cakap Medina balik nanti bawak mainan." tangan tua Mak Kiah dicium lembut.
Selepas keluar rumah, perkara pertama yang dilihatnya adalah rumah agam milik Mak Yam. Tersadai di situ kereta Irfan.Dia dengar daripada Inara semalam, Imran Yusuff beria-ria menghalang Irfan dari menghantar Ayra Medina. Sudahnya, kunci kereta milik Irfan diambilnya. Kesimpulannya, Inara kata jika abang sulungnya itu sudah memberi kata putus, maka tiada siapa yang berani membantah.
"Entah apa masalah mamat tu, benci sangat kat aku hmm." membebel Ayra Medina seorang diri.
Sampai sahaja disimpang, belum sempat telefon bimbit dikeluarkan untuk menelefon teksi, ada kenderaan mewah yang berhenti disampingnya. Terkejut juga Ayra Medina, sudahlah dirinya termengah-mengah berjalan kaki.
Tingkap kereta yang bercermin gelap itu diturunkan, wajah kacak Imran Yusuff menyapa pandangan. Lagi bertambah terkejut Ayra Medina.
"Masuk." Imran Yusuff memerhati wajah Ayra Medina yang terpinga-pinga.
"Masuk!" Imran Yusuff mengulang kembali kata-katanya tadi tetapi kali ini sedikit keras nadanya.
"Saya ke?" tanya Ayra Medina meminta kepastian, takut jika dia tersalah faham, naya dirinya dimarahi nanti. Mood lelaki itu bukan boleh diagak.
"Kau la,siapa lagi? Masuk cepat Medina." nada semakin dikeraskan buat Ayra Medina kecut perut.
Segera pintu bersebelahan pemandu itu dibukanya, dan dia meloloskan diri ke dalam perut kereta itu.
Keadaan canggung buat dirinya rasa tidak selesa, sudah hampir 10 minit Ayra Medina seperti patung. Seperti tiada oksigen di dalam kereta itu.
"Ermm, awak tahu ke jalan nak ke syarikat tu?" tanya Ayra Medina. Wajahnya dialihkan ke arah Imran Yusuff. Seketika dia terpana. Dadanya digosok perlahan, hatinya berdegup kencang. Indah, lelaki ini adalah ciptaan tuhan yang sangat indah. Kening hitam pekat, mata tajam yang sangat menggoda, hidung mancung dan bibir yang seksi? Ayra Medina tak keruan, kenapa dia merasa begini apabila dengan lelaki ini. Imran Yusuff yang berkulit sedikit gelap itu mempunyai jambang juga. Cukup pakej untuk semua wanita.
Tanpa sedar kereta yang laju bergerak tadi sudah berhenti di tepi jalan besar. Imran Yusuff menoleh ke arah Ayra Medina.
Diiringi lagu Hanya Mimpi oleh Neeta dicorong radio, Imran Yusuff semakin mendekat ke arah Ayra Medina. Ayra Medina sudah tidak keruan namun masih juga matanya tidak boleh dialihkan dari wajah kacak itu.
Semakin dekat dan dekat. Hembusan nafas hangat Imran Yusuff terasa di wajah Ayra Medina, sememangnya kedudukan mereka sudah tidak normal dekatnya.
"Apa awak buat ni?!" seperti baru tersedar lantas Ayra Medina menahan dada Imran Yusuff menggunakan tangannya.
a/n: Alhamdulillah terpublish jugak part ni, jangan lupa vote. Sayang korang sampai ke bulan tak balik balik hehe.

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...