Lima

1K 56 3
                                    

Riuh pagi itu di Rumah Asuhan Anak Yatim Bahagia. Kedatangan Dato Izani bersama isterinya Datin Maisarah sebagai kedua ibu bapa Ayra Medina mengejutkan seluruh penghuni di situ. Mereka semua tahu, Ayra Medina itu dibuang keluarga maka kedatangan ibu bapanya sedikit sebanyak mencemaskan hati Mak Yam dan Mak Kiah.

"Aku rindu anak aku, Yam. Semua tempat kami cari dia, Alhamdulillah mungkin Allah gerakkan hati Iz untuk minta tolong pada Idham. Tak sangka kami, terima kasih ya selama ni jaga Ayra." Datin Maisarah seperti mahu menangis bila teringatkan kembali tentang malam semalam, suaminya balik dan mengatakan bahawa anaknya telah dijumpai. Bersyukur, ya sangat bersyukur.

Bahu Datin Maisarah digosok lembut oleh Mak Yam. Berat hatinya untuk memikirkan yang Ayra Medina akan meninggalkan mereka semua dan tinggal semula bersama keluarga kandungnya. Dia bukan hendak menghalang, namun dia sudah jatuh sayang pada gadis itu.

"Sama-sama,Mai.Medina tu aku dah anggap macam anak aku sendiri. Baik budaknya, pandai kau besarkan dia." ada getaran pada suara Mak Yam.

"Mana Ayra? Tak nampak batang hidung pun." Tanya Dato Izani. Sedari tadi mereka semua menunggu kemunculan Ayra Medina, namun tidak muncul-muncul juga.

"Ermm, Ina panggil jap. Mungkin Medina terlelap lepas subuh." segera Inara menaiki tangga, ingin ke bilik Ayra Medina. Bukan selalu Ayra Medina turun lambat pada waktu pagi, malah Ayra Medina lah yang selalu menyediakan sarapan untuk anak-anak di situ.

Imran Yusuff termenung sendiri, ada perasaan takut hadir dijiwanya. Bagaimana jika Ayra Medina kembali bersama keluarga kandungnya? Ada peluangkah untuk dia berjumpa gadis itu semula? Ahh persetankan semua itu, gadis itu bukan siapa-siapa padanya. Kenapa dia mahu risau pula. Lagipun gadis itu tidak layak berdamping dengannya. Gadis itu gadis kotor?

Sekarang mereka semua berada di ruang tamu rumah asuhan itu. Berbincang tentang Ayra Medina. Sedikit sebanyak latar belakang keluarga Ayra Medina diketahui Imran Yusuff.

Imran Yusuff mengeluh kuat. Pandangannya dihalakan ke arah kedua ibu bapa Ayra Medina. Dia tidak tahu pula bahawa  gadis itu dari keluarga yang berada. Malah ayah kandung gadis itu rakan baik ayahnya.

"Ma! Mama! Medina takde dalam bilik dia!" tergopoh-gopoh Inara menuruni tangga. Berderau darahnya bila melihat bilik itu kosong tanpa penghuni. Mana Ayra Medina?

"Apa?! " gabungan suara yang memekik di situ agak membingitkan telinga.

Imran Yusuff tidak tunggu lama, segera kakinya melangkah ke luar rumah. Kunci kereta diambil. Enjin kereta dihidupkan. Dia perlu cari Ayra Medina! Pasti gadis itu dalam kesedihan. 

Bahagian belakang gadis itu diperhatikan, rasa berbelah bahagi. Hendak menegur atau membiarkan gadis itu menenangkan diri sendiri. Tidak sia-sia Imran Yusuff mencari Ayra Medina di kawasan air terjun berdekatan rumah mereka ini, lihatlah hasilnya dia yang menjumpai Ayra Medina dahulu sebelum yang lain.

Tidak dapat tidak, tempat bersebelahan Ayra Medina didudukinya. Namun gadis itu masih khusyuk merendam kaki di dalam air sungai yang mengalir tanpa perasan akan kehadirannya di samping.

''Awalnya keluar rumah.'' suara Imran Yusuff menenggelamkan bunyi deras air yang mengalir. Nampak juga lah Ayra Medina agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

''Err awak buat apa kat sini?'' Ayra Medina menayang muka tidak selesa.

''Cari kau la, buat apa lagi? Tuan puteri hilang takkan nak biar je.'' Imran Yusuff membalas dengan pandangan redup. Wajah Ayra Medina yang lesu itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

''Medina.'' lembut Imran Yusuff memanggil nama wanita itu bila melihat Ayra Medina kembali termenung.

''Hmmm...'' Ayra Medina menyahut lemah.

''Kalau kau nak nangis, nangis je lah. Kalau kau nak luahkan something, aku ada boleh dengar. Kalau kau ada masalah kau boleh berbincang,lari dari masalah bukan jalan yang terbaik.''

Mendengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Imran Yusuff itu, laju saja air mata Ayra Medina yang sedari tadi ditahan mengalir keluar, gugur dari kelopak matanya.

''Saya tak tahu nak cakap macam mana, ada masa saya rindu diorang. Sangat-sangat rindu. Dan setiap kali saya rindu, saya teringat riak muka diorang waktu diorang halau saya dulu. Parents saya tak mengaku saya ni anak mereka. Even they did not believe what i was saying at that time. Diorang halau saya sehelai sepinggang. Diorang tak risau langsung pasal saya. Diorang benci saya.'' luah Ayra Medina.

''Parents kau tak benci kau, kalau diorang benci kau diorang takkan cari kau dan jumpa kau sekarang ni. Setiap manusia buat silap Medina, dan keputusan di tangan kau. Sama ada nak berbaik atau kau masih nak lari dari masalah ni.''

'' Tapi aku tahu, kau anak yang baik. Tak sanggup lukakan hati parents kau kan?'' sambung Imran Yusuff. Bahu Ayra Medina diusap lembut, menenangkan gadis itu yang sedang tersedu-sedan. Tanpa sedar kepala Ayra Medina sudah mendarat di bahu lelaki itu.

''Awak boleh janji dengan saya tak?'' soalan itu tiba-tiba terbit dari mulut Ayra Medina.

''Janji?'' Imran Yusuff meminta kepastian.

''Janji dengan saya, apa pun keputusan saya, awak akan tetap ada dengan saya?'' Ayra Medina mendongak wajah, melihat Imran Yusuff. Jari kelingkingnya dikeluarkan, meminta Imran Yusuff membuat perjanjian.

Hati Imran Yusuff pula tak tenang melihat wajah manis Ayra Medina itu, dengan kecomelan dan kelembutan perangai gadis itu, bagaimana dia hendak mengatakan tidak. Jari kelingking Ayra Medina di sambut.

Imran Yusuff hanya mengangguk dan tersenyum.

Apa sudah terjadi dengan dirinya ini. Soalan yang masih dibiarkan sepi.

a/n: eheh saya kembali lambat sedikit. happy reading!



Medina | ✔️Where stories live. Discover now