Tiga

1K 69 3
                                    

Terlepas ketawa sinis dari bibir Imran Yusuff.

"Seat belt ." tangan panjang milik Imran Yusuff bergerak
menarik tali pinggang keselamatan dan memasangkannya untuk Ayra Medina.

Ayra Medina masih kejung tidak mampu bergerak.Terasa berbahang mukanya. Malu atau marah? Lebih kepada malu. Apa yang disangka lelaki itu akan lakukan? Ayra Medina sedar diri. Dia bukan gadis impian lelaki-lelaki di luar sana. Apatah lagi untuk Imran Yusuf yang sangat sempurna ini.

Wajah manis Ayra Medina bermain difikiran Imran Yusuff. Wajah ini yang selalu buat dirinya tidak tenang sejak peretemuan pertama mereka. Rasa marah setiap kali melihat kemesraan dan keakraban Ayra Medina dan adik lelakinya itu tidak mampu dirinya bendung. Entah kenapa, puas dia menyoal diri sendiri.

"Ayra Medina." lembut suara garau itu menuturkan nama tersebut.

Jam ditangan, dikerling sekilas. Sudah hampir dua jam dirinya dan Ayra Medina berpisah haluan. Telefon yang terletak di atas dashboard kereta diambil, masih tiada panggilan dari Ayra Medina.

Tadi dia sudah berpesan kepada gadis itu untuk menelefonnya jika sudah selesai. Namun,  masih juga tiada panggilan yang dibuat.

Akhirnya nombor telefon Ayra Medina di dail.

"Kau kat mana?" terus sahaja soalan itu yang ditanyakan bila panggilannya diangkat.

"Hei? Aku tanya ni." Imran Yusuff bersuara kembali bila telinganya tidak mendengar seberang reaksi dari Ayra Medina.

"Errr... Saya dekat err-" Ayra Medina seperti takut-takut bersuara.

"Dekat mana?" suara Imran Yusuff semakin keras.

"Dekat mall." jawab Ayra Medina laju.

Berkerut dah Imran Yusuff. Mall? 

"Mall mana? Kejap lagi aku sampai, kita balik! "

"Eh tak tak, saya boleh balik sendiri. Awak tak payah susah-susah saya bole naik grab." selepas peristiwa dalam kereta tadi, memang tidak Ayra Medina mahu naik satu kereta dengan lelaki itu. Seram...

"Mall mana? Jangan bagi aku ulang lagi."

"Erm saya dah keluar dah mall, saya beli barang sikit je tadi." terang Ayra Medina lagi. Entah dia sendiri tak tahu mahu menerangkan dia berada di mana sekarang ni.

"Jangan main-main dengan aku Medina. Kau sekarang dekat mana?!"

"Okey la okey... Saya on the way pergi restoran yang sebelum masuk simpang ke syarikat tadi tu. Saya lapar saya nak makan. Awak boleh balik dulu. Saya pandai naik grab sendiri. Assalammualaikum." terus talian terputus.

Imran Yusuff menggenggam telefonnya kuat. Berani betul gadis itu memutuskan panggilan tanpa mendengar respon darinya.

Pedal minyak ditekan, laju keratanya meluncur membelah jalan raya. Restoran tempat Ayra Medina berada, dituju.

Ayra Medina tidak senang duduk. Sekejap dirinya memerhati kenderaan dihadapan, sekejap dirinya menoleh ke arah Imran Yusuff.

"Awak, marah ke?" disoal Imran Yusuff yang masih fokus memandu dengan wajah tegangnya itu.

Jari tangan dan hujung kaki Ayra Medina terasa semakin sejuk. Dia memang begini jika merasa takut atau risau tentang sesuatu.

"Awakk..." panggil Ayra Medina lagi. Sedari balik dari restoran, Imran Yusuff memasang muka ketatnya. Walaupun muka lelaki itu memang ketat sentiasa jika bersama dirinya, namun kali ini wajah itu luar biasa ketatnya. Kening lelaki itu bertaut rapat. Seperti benar-benar marah dengan dirinya.

Ayra Medina mengeluh sendiri. Malas lah nak ambil tahu tentang lelaki itu lagi. Buat apa juga dirinya sibuk-sibuk memujuk lelaki itu. Dia bukan sesiapa. Dan kenapa lelaki itu perlu marah dengannya pula?

Mata dipejam rapat, tidur lebih baik.

"Kau kenal dia dah lama ke?" terkeluar juga suara emas Imran Yusuff. Ingat dalam mulut ada berlian.

"Siapa?" Ayra Medina mencelikkan mata kembali.

"Lelaki tadi.Yang makan semeja dengan kau."

"Oh, eh awak nampak ke?" setahu Ayra Medina, bila dirinya sudah selesai makan baru Imran Yusuf memunculkan diri.

"Jawab je la aku tanya tu."

Ayra Medina memasang muka meluat. Dia tanya orang boleh, kita tanya dia tak boleh?

"Kawan saya, Fahad nama dia."

"Kawan yang macam mana tu?" sejujurnya sakit juga mata Imran Yusuff melihat kemesraan Ayra Medina dengan Fahad.  Dan sudah semestinya dia hanya memerhati dari dalam keretanya. Niat untuk makan bersama Ayra Medina terhapus begitu sahaja bila melihat Fahad bersama wanita itu.

Ayra Medina dan Fahad yang duduk di meja luar restoran itu, memudahkan Imran Yusuff untuk memerhati.

"Mestilah kawan yang macam kawan lah kan?" Ayra Medina sendiri pening dengan ayatnya.

Imran Yusuff melemparkan pandangan tajam kepada Ayra Medina.

"Ermm, kawan saya time study dulu. Tapi lain uni. Lama tak jumpa dia tu yang duduk semeja sekali."

"Borak apa je?"

Ayra Medina makin pelik, dah kenapa semua kena report dekat Imran Yusuff?

"Borak kosong je, tukar-tukar number phone."

"What?!" kereta Imran Yusuff brek mengejut. Hampir-hampir kepala Ayra Medina terhantuk di dashboard.

"Kenapa dengan awak ni. Kalau nak mati jangan ajak saya. Anak saya terkejut tahu." Ayra Medina mengusap perutnya lembut. Nasib tiada kereta dari belakang, jika tidak,pasti berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Sorry, sorry aku tak sengaja." Tangan Imran Yusuff laju menggenggam erat tangan Ayra Medina. Hilang sudah ketegangan mukanya tadi. Yang ada hanyalah riak risau.

Tangan Imran Yusuff juga laju bergerak hendak mengusap perut Ayra Medina, sebelum ditepis kasar.

"Tak payah pegang-pegang boleh?" jantung Ayra Medina berdetak laju. Kenapa Imran Yusuff beriak seperti ini pula. Lelaki ni ada split personality ke?

"Sorry, but kenapa kau bagi dia number phone kau?" matanya tepat menikam wajah Ayra Medina.

"Sebab dia kawan saya la. Kena ada sebab lain ke?"

"Patutla kau macam ni sekarang. Sebab kau masih tak ubah perangai kau. Mudah percaya orang luar!"

"Eh awak ni kenapa ya? Apa masalah awak dengan saya? Apa yang saya buat semua tak kena. Awak cakap macam awak dah lama kenal saya! Tapi awak langsung tak kenal saya. Fahad tu kawan saya, jadi salah ke kalau saya nak contact dia sekalipun." suara Ayra Medina sedikit tinggi dari sebelumnya.

"Ya memang salah! Sebab kau langsung tak kenal Fahad tu orang yang macam mana."

"Habistu awak kenal sangat ke Fahad tu?"

"Itu tak penting Medina, yang penting se-"

"Yang penting apa? Yang penting awak nak semua orang ikut cakap awak? Awak nak buat macam tu dengan orang lain, mungkin berkesan, but bukan dengan saya. Biar saya jalani hidup saya dan awak tak perlu masuk campur." Ayra Medina laju memotong percakapan Imran Yusuff. Badannya kembali disandarkan di kerusi. Matanya juga kembali ditutup. Penat pula bertekak dengan lelaki tak faham bahasa.

"Okey." ringkas sahaja balasa Imran Yusuff. Perjalanan diteruskan.

Fikiran Imran Yusuff tidak tenang sedari peristiwa petang tadi. Hendak tidur juga tidak boleh.

Masih terfikir, bagaimana Fahad boleh bertemu dengan Ayra Medina? Dia kenal Fahad, terlalu kenal lelaki itu. Bagaimana jika rahsianya dibongkar oleh lelaki itu.

Tidak boleh dia biarkan Ayra Medina berhubung dengan Fahad lagi. Tapi bagaimana cara untuk menghalang Ayra Medina? Gadis itu terlalu degil.

a/n: done huhu, sedikit lambat untuk update bab 3 ni sebab sis busy. But it's okey, untuk awak awak yang sentiasa menyokong sis, sis cari masa juga hehe. vote jangan tak vote, okey daaa 😘

Medina | ✔️Where stories live. Discover now