Semakin terasa debaran didada Ayra Medina, rindu yang menggebu memaksa dirinya untuk berkemas awal. Esok adalah harinya, hari di mana dirinya bakal bergelar alumni universiti terkemuka di London itu. Selepas tamat majlis graduasinya itu, dirinya akan terbang pulang ke Malaysia. Papa dan mamanya tidak dapat hadir esok kerana urusan kerja yang menyekat.
Dua buah luggage besar di sisi katil dipandang lama, tersenyum sendiri bila memikirkan Malaysia. Terasa rohnya sudah terbang dahulu ke sana, yang tinggal hanyalah jasadnya disini.
"Hei Ayra, wanna join us?" tanpa ketukan di pintu mahupun salam, bilik Ayra Medina di rempuh oleh dua orang kawan serumahnya.
"Thanks, but no." senyuman diberikan kepada wanita-wanita separuh mabuk itu. Mereka muslim dari Malaysia juga, namun hanya pada nama. Tahap sosial mereka terlalu tinggi, Ayra Medina bersyukur kerana sehingga hari ini dirinya tidak terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti rakan serumahnya itu.
"Why? Oh come on Ayra! Just for tonight! Please. This is our last night to enjoy together before we go home. So please..." Alice memujuk lagi dengan membuat muka simpati manakala Jacky hanya mengiyakan pujukan Alice itu.
Ayra Medina serba salah, jika diajak lepak hanya di kedai makan tepi jalan dirinya pasti bersetuju namun dia kenal dua orang rakannya itu, dimana lagi kalau bukan pergi ke parti terbuka. Yang pergaulannya amat bebas.
"Hmm let me think first. Okay?" Ayra Medina cuba mencari akal ingin menolak ajakan rakannya.
"Oh my... I promise no alcohol, no sex party. Its just a normal party." pujuk Jacky pula.
Akhirnya, selepas beberapa minit sesi pujuk memujuk itu berjalan, Ayra Medina mengambil keputusan untuk mengikut mereka. Dengan diyakinkan oleh Jacky bahawa parti itu sangat selamat bagi wanita seperti Ayra Medina.
Keadaan hingar-bingar di dalam penthouse itu merungsingkan Ayra Medina. Tidak selesa, dan merasa tertipu. Ini yang dikatakan sesuai dengan dirinya? Hampir menangis rasanya. Pergaulan yang terlalu bebas dengan bunyi dentingan cawan yang mengisi air kencing syaitan mencetuskan panik dalam dirinya.
Lantas kakinya melangkah pantas mencari jalan keluar, namun ada tangan asing yang lebih pantas menariknya ke dalam dakapan.
Bau maskulin menusuk hidungnya, terasa tangan kasar lelaki itu menarik dirinya bergerak ke suatu tempat.
Dirinya bagai berada di awangan sebelum menyedari dia sudah berada di atas katil dengan baju yang hampir terbuka,
Yang sangat Ayra Medina pasti, dirinya direnung tajam oleh mata helang yang penuh nafsu itu. Entah kenapa, entah apa sebabnya dia berasa pening dan tidak mampu untuk melawan.
"Who are you?" dalam waktu pandangan mata Ayra Medina yang semakin kabur itu, sempat lagi dirinya bertanya.
Suara maskulin itu menjawab namun samar-samar sahaja yang didengari Ayra Medina sebelum dirinya hanyut dalam nikmat yang mengkhayalkan, yang membawa dirinya ke zaman kejatuhan dan juga yang memusnahkan hidupnya.

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...