Cahaya seperti berlumba-lumba memasuki retina mata Ayra Medina. Agak sukar untuk membuka mata, tekaknya kering dan terasa sakit diseluruh badannya. Terutama sekali dibahagian bawahnya.
Apabila matanya sudah dapat menerima jumlah cahaya didalam bilik itu, dia segera mencari kalau-kalau ada yang bersama dirinya.
Figura Imran Yusuff yang sedang sibuk bercakap di telefon menyapa matanya. Dia yakin dia berada di hospital, dia tidak bodoh untuk bertanya keberadaannya. Namun yang dia tidak pasti adalah bagaimana dia boleh berada disini.
"-Im tahu... Iya ma, nanti Medina sedar Im bagitahu dia. Tunggu dia stabil, Im tak rasa dia mampu hadap semua ni." percakapan Imran Yusuff membingungkan Ayra Medina.
Mata dipejamkan sekali lagi, otaknya berusaha keras memikirkan apa yang berlaku sebelum dia dimasuki ke hospital.
Seperti biasa, tangan Ayra Medina direhatkan di atas perutnya. Namun rasa yang ganjil menyentak dirinya.
Perasaan berdebar tidak mampu dia kawal. Dia tidak mahu memikirkan perkara itu, dia tidak mahu membayangkan apa yang ada dalam fikirannya.
Perutnya kempis, kosong. Terasa tiada apa lagi yang menghuni di situ. Bibirnya menggeletar, air matanya jatuh ke pipi. Sejurus itu, apa yang berlaku pada dirinya malam di rumah Hajah Kalsom seperti ulang tayang tanpa henti di kotak fikiran.
Imran Yusuff. Lelaki yang masih bercakap di telefon itu dipandang benci. Lelaki itu lelaki yang merosakkannya dan membunuh anaknya.
Terasa bagai diperhati, Imran Yusuff memalingkan wajah ke arah Ayra Medina. Hatinya bagaikan disiat pilu melihat Ayra Medina yang bermandikan air mata. Nampaknya wanita itu sudah sedarkan diri dan mengetahui segalanya.
Panggilan dimatikan, langkah diatur mendekati katil Ayra Medina.
"Medina..." lembut suaranya memanggil.
"Jangan dekat, saya taknak tengok muka awak!" Ayra Medina palingkan muka. Tidak mampu dirinya menatap wajah yang telah meragut kebahagiaanya. Sakit. Fizikal dan mentalnya sakit. Air mata di pipi dilap kasar.
"Sayangg... tolong maafkan Yusuff. Yusuff tak sengaja." tangan Ayra Medina diambil lalu digenggam erat. Dicium meminta ampun.
"Jangan. Sentuh. Saya." Ayra Medina mengetap gigi kuat menahan kemarahan. Imran Yusuff menggeleng lemah, tidak, dia harap semua ini tidak akan berlaku.
"Jangan sentuh saya... Saya benci awak." tanggannya ditepis kasar, merungkai pegangan tangan Imran Yusuff.
"Yusuff... Awak bunuh anak saya! Awak bunuh dia! Awak pembunuh!" bagaikan hilang kawalan, Ayra Medina meracau hebat.
Badan Ayra Medina yang sedang meracau itu dipeluk kuat, ingin menenangkan. Namun bagai tidak berkesan lagi, semakin kuat tangisan dan racauan yang keluar dari mulut Ayra Medina.
"Sabar sayang, sabar..." sambil cuba menenangkan, tangan Imran Yusuff menekan button merah di kepala katil untuk memanggil beberapa jururawat dan doktor.
Tidak mengambil masa yang lama, beberapa jururawat sudah mengelilingi katil itu. Dan entah apa yang diberikan kepada Ayra Medina, wanita itu kembali tenang dan tertidur.
"Encik Imran, saya rasa adalah lebih baik untuk awak panggil orang yang lebih rapat dengan Puan Medina. Waktu-waktu macam ni mungkin dia lebih perlukan keluarganya." terang Doktor Anis sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.
"Keluarga." mulut Imran Yusuff menggumam perlahan. Dia bukan keluarga Ayra Medina. Dia hanya orang luar yang pengecut dan tidak bertanggungjawab. Namun dia mahu perbaiki segalanya. Dia sayangkan Ayra medina dan dia akan pastikan Ayra Medina memaafkan kesalahannya.

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...