Mak Yam hanya membatu sedari tadi di kerusi menunggu yang berada dihadapan bilik bedah itu. Sudah berkali-kali Inara dan Irfan memujuk emaknya untuk pulang berehat di rumah. Keadaan wanita tua itu tidaklah baik pada umurnya.
Ayra Medina pula masih setia menunggu keputusan dari doktor yang tidak muncul tiba.
Suasana sunyi dan pilu menyelubungi ruangan itu. Tiada perkataan yang terzahir daripada mereka semua kecuali hanyalah helaan dan esakan kecil yang kadang-kadang terbit jua.
Badan Ayra Medina terkebelakang sedikit bila dirinya disuakan dengan sebotol air minuman manis. Pandangan terpinga-pinga diberikan.
"Minum dulu Ayra, tambah tenaga sikit." tenang wajah Datin Maisarah tika itu. Mengharap dia memberikan sedikit semangat pada anaknya.
Ayra Medina hanya mengangguk menerima suaan itu.
Fikirannya agak kusut tika itu, terlalu banyak benda buruk yang menerjah kotak fikirannya. Bagaimana kalau tadi adalah perbualan terakhir antara dirinya dan Imran Yusuff. Bagaimana jika dia tidak mempunyai kesempatan lagi untuk meluah rasa yang telah dipendam rapat hatinya selama ini.
Sungguh, memang dirinya tidak dapat menerima jika Imran Yusuff pergi darinya. Pergi untuk selamanya...
Bunyi pintu bilik bedah yang dibuka itu, menarik perhatian mereka semua.
"Siapa keluarga Encik Imran?" soal doktor yang kelihatan masih memakai baju bedahnya.
"Saya, anak saya macam mana doktor?" jawab Pakcik Idham yang tidak dapat menutup kerisauan diwajahnya.
"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Kami akan pindahkan Encik Imran ke wad biasa. Cuma dia takkan sedar buat masa sekarang, kesan dari ubat tahan sakit. Kaki kiri Encik Imran tak dapat digunakan dalam masa terdekat akibat retakan pada lututnya yang dapat dari kemalangan tadi. Jadi harap dia sentiasa berteman untuk memudahkan urusan pergerakan dia ya." jelas doktor itu panjang.
Masing-masing mengucap syukur. Ayra Medina sedikit lega. Lega bila fikiran negatifnya tadi tidak menjadi kenyataan.
Tikar sejadah dilipat kemas sebelum dikembalikan ke raknya. Telekung juga sudah siap disimpan didalam begnya tersendiri.
Ayra Medina berjalan perlahan di koridor hospital itu. Sejak Imran yusuff ditimpa kemalangan, dia tidak kembali ke rumah malah secara sukarela menawarkan diri untuk menjaga lelaki itu.
Setelah selesai menunaikan solat isyak di surau hospital, hatinya seakan terpanggil untuk melihat keadaan Imran Yusuff. Dapat dia rasakan Imran Yusuff akan sedar tika ini.
Pintu wad privasi itu dibuka dengan penuh debaran, namun hampa bila yang terbentang di hadapan matanya masih juga Imran Yusuff yang tidak sedarkan diri.
Kerusi berhampiran katil pesakit itu didudukinya. Lama matanya menatap wajah itu. Sudah hampir dua hari lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Mereka semua memang sudah diberitahu akan kesan yang akan terjadi, maka mereka hanya mampu berdoa dan menunggu Imran Yusuff untuk membuka mata semula.
"Awak..." panggil Ayra Medina, lembut. Suaranya agak tertahan-tahan. Terasa dadanya dihurung sebak. Kalaulah dia layan Imran Yusuff baik sedikit pada hari itu, tidaklah rasa bersalah menggebu didalam hatinya.
"Bangunlah Yusuff, semua orang tunggu awak. Doktor kata awak sepatutnya dah boleh sedar. Tapi kenapa awak lemah sangat ni!" Ayra medina mengongoi sendiri ditepu Imran Yusuff. Air matanya mengalir lebat membasahi pipi.
Tangannya erat memegang tangan Imran Yusuff. Mengharap dapat menyalurkan sedikit tenaga. Mengharap lelaki itu segera bangun.
"Saya terima..." seperti dengar dan tidak sahaja suara Ayra Medina.

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...