Satu

1.2K 62 3
                                    

Perut yang hampir menampakkan bentuk itu diusap lembut, berkali-kali Ayra Medina terfikir untuk menggugurkan kandungannya namun setiap kali fikiran itu terlintas dibenaknya, setiap kali itu juga la perasaan kasih itu hadir. Simpati atas nyawa yang tidak bersalah. Kerana nafsu syaitan yang bertopengkan manusia itu, dirinya menanggung keperitan ini.

Sudah hampir genap tiga bulan dirinya terpisah jauh dengan keluarga kandung, bukan kerana sengaja, namun dihalau dan dibuang keluarga. Menjadikan dirinya berada di rumah Asuhan Anak Yatim Sri Bahagia milik Mak Yam ini. Diambil bekerja sebagai penjaga, mungkin kerana Mak Yam kasihan akan dirinya yang tiada arah tuju ini.

Teringat memori lama, bagaimana dirinya dihalau sehelai sepinggang dan dengan berbekalkan semangat dan tawakal kepada tuhan,Ayra Medina membawa diri ke perkampungan itu. Berjumpa pula dengan seorang wanita berhati mulia, memberi tempat berteduh dan pekerjaan yang baginya agak mudah.

Menjadi penjaga rumah asuhan ini hanya memerlukan kesabaran yang tinggi dan pandai melayani kanak-kanak. Itu perkara mudah bagi Ayra Medina memandangkan dirinya amat menyukai kanak-kanak.

"Termenung jauh anak dara sorang ni ya." teguran dari wanita separuh baya itu memadam lamunan panjang Ayra Medina. Mak Kiah, teman Mak Yam yang turut bersama menjalankan aktiviti amal dengan membuka beberapa rumah asuhan anak yatim.

"Eh Mak Kiah ni, anak dara apanya." bibir Ayra Medina dijuihkan kedepan menunjuk ke arah perutnya. Ada riak sedih sedikit diwajahnya, bukan dia yang mahukan seperti ini. Namun dia harus redha dengan takdir yang telah ditulis.

"Alah sayang, maaf Mak Kiah tak terniat nak memerli kamu. Tak pe kita sama-sama jaga anak ni ya. Biar dia membesar dengan suasana yang baik. Biar dia jadi cantik dan cerdik macam mama dia ni." pipi Ayra Medina dicuit lembut. Jujur jika dia mempunyai anak lelaki, sudah pasti Ayra Medina diambil menjadi calon menantunya. Kisah hitam gadis itu dicampak tepi, lagipun bukan salah gadis itu. Dirinya teraniaya. Tiga bulan hidup bersama, dia tahu perangai gadis itu. Lemah lembut dan kelakar orangnya. Naif juga.

"Eh Mak Kiah ni, Medina tak terasa langsung la. Takpe asalkan Mak Kiah, Mak Yam dan mereka ni ada, InsyaAllah Medina dan anak yang bakal lahir ni bahagia dunia akhirat." senyuman paling manis diberikan kepada Mak kiah, sehingga kedua belah lesung pipit di pipi menyerlah.

"Iyalah sayang, ha sebelum Mak Kiah lupa, tadi Mak Yam roger roger katanya malam ni ada makan-makan sikit. Sebab anak dia baru balik dari oversea. Saja la si Mak Yam kamu tu nak tayang anak teruna dia kat orang kampung ni. Jadi dia suruh kamu siap lawa-lawa sikit. Nak kenalkan dekat kamu juga. Mana tahu lekat." tersengih gembira Mak Kiah.

"Apalah Mak Kiah ni, siapa lah yang nak jadi pak sanggup, yang nak terima saya ni. Merepek je." peha Mak Kiah, Ayra Medina tepuk lembut.

"Eh kamu jangan, sedangkan janda beranak ramai tu pun masih banyak yang tergilakan apatah lagi kamu yang hot anak baru nak masuk satu ni? " soal Mak Kiah.

"Ish Mak Kiah la tu kan janda rebutan orang kampung ni. Pak Seman tu lama dah tunggu nak masuk line." usik Ayra Medina. Sebenarnya dia tak suka bercakap tentang dirinya, janda dan perempuan yang tidak pernah bersuami ini dipandang lain oleh masyarakat. Dirinya lebih kepada wanita yang tiada harga diri. Masakan nama bapa kepada anak ini pon dia tidak tahu. Khayal dengan nikmat duniawi, nama itu bagai samar-samar sahaja di mindanya.

"Amboi, orang usik dia, dia usik kita balik ya. Dah pergi masuk dalam siap-siap. Tauge ni biar Mak Kiah yang siapkan." Tegas Mak Kiah menyuruh. Mak Kiah sebenarnya malu apabila isu Pak Seman dibangkitkan. Oleh itu dihalaunya Ayra Medina dari melakukan kerja membuang kepala tauge.

Ayra Medina hanya menuruti sambil ketawa gembira masuk ke dalam rumah. Dia harus bersiap secantik mungkin. Untuk siapa? Untuk dirinya sendiri, bukan untuk sesiapa.

Dulang yang berisi beberapa jenis kek itu diangkat Ayra Medina menuju ke meja utama. Meja yang diduduki oleh keluarga besar Mak Yam. Kelihatan Inara dan Iwan si kembar berlainan jantina yang tua setahun dari dirinya berada di situ.

Inara tersenyum manis pada Ayra Medina. Gadis itu sudah menganggap Ayra Medina sebahagian dari keluarganya begitu juga dengan Irfan. Cuma Ayra Medina agak sedikit tidak selesa dengan layanan terlampau baik dari Irfan.

"Eh bidadari kiriman tuhan ke ni? Meh duduk sini sebelah abang." pelawa Irfan sebelum kepalanya diketuk oleh Inara.
Irfan memang selalu membahasakan dirinya abang namun Ayra Medina hanya memanggilnya dengan namanya sahaja.

" Medina makan dengan kami ya, duduk sebelah Imran tu." ajak Pak Cik Idham pula, suami kepada Mak Yam.

"Imran?" terkeluar soalan itu dari mulutnya. Namanya yang tiba-tiba sahaja menghasilkan debaran di dada. Entah mengapa.

"Ya kenalkan Imran Yusuff, anak sulung pak cik." terus mata Ayra Medina menghala ke arah Imran Yusuff. Saat matanya bertemu dengan mata helang itu, semakin kuat debaran di dadanya. Terasa ada sesuatu yang menarik matanya untuk terus melihat wajah itu. Sehinggalah bunyi suara deheman Irfan kedengaran di gegendang telinganya, barulah matanya mengalihkan pandangan.

Dia sedar riak wajah Imran Yusuff tadi agak sinis dengan matanya memandang tajam perut Ayra Medina yang agak membesar. Memandangkan malam ini Ayra Medina mengenakan jubah yang agak menampakkan bentuk baby bump di perutnya itu. Dia lupa hendak membeli baju baharu lagipun majlis ini dilakukan secara tiba-tiba.

Kerusi di sebelah Imran Yusuff ditarik penuh sopan. Punggungnya baru sahaja duduk namun pernyataan yang keluar dari mulut lelaki itu menyentap hatinya.

"Jadi perempuan ni la yang orang kampung sibuk bercerita tu? Mengandung anak siapa?"

Bibirnya kelu, hendak menjawab bagaimana jika dirinya juga mempersoalkan perkara yang sama. Siapa bapa kepada bayi yang berada di dalam rahimnya?

"Im, tolong hormat Medina seperti ahli keluarga sendiri ya." tegas Mak Yam berkata.

"Huh, menyusahkan." tanpa berlapik, lancar sahaja Imran Yusuff memberi respon.

"Along sejak balik dari sana memang berubah habis, makin takde adab." Irfan menambah. Inara hanya mengangguk setuju.

Manakala Ayra Medina mula rasa tidak selesa. Nasi dan lauk dipinggan dipandang sepi.

Baru dia perasan sesuatu. Nasi beriani ayam merah. Sebentar. Ayam merah?

Otak Ayra Medina mula memproses. Ayam. Sejak kebelakangan ini, alahan mengandungnya adalah pada ayam. Dia tidak boleh memikirkan ayam langsung. Terasa tekaknya semakin loya malah badannya terasa lemah. Peluh mula muncul di dahi licinnya itu sebelum tidak dapat tidak. Dia termuntah dan mengeluarkan keseluruhan isi perutnya.

Lebih dahsyat, dia termuntah di atas peha Imran Yusuff.

a/n : tidak dapat tidak, saya kembali menulis (menaip) kisah cinta yang tak pernah di ceritakan kepada anda. k tibeh. selamat membaca and please tell me if u guys think i should continue this story or not...

Medina | ✔️Where stories live. Discover now