Kebanyakan kereta sudah meninggalkan perkarangan rumah Hajah Kalsom. Yang tinggal hanya saudara-mara terdekat sahaja. Pasangan pengantin pula sudah bergerak menuju ke destinasi bulan madu mereka.
Ayra Medina yang baru selesai mengerjakan solat isyak, menuju ke ruang tamu bawah. Malu juga dengan saudara-mara Inara.
Inara pula lebih awal selesai solat Isyak, maka gadis itu sudah turun terlebih dahulu. Ayra Medina terbehenti di anak tangga terakhir rumah kayu itu. Dia mula berfikir, dia harus menyapa siapa dahulu kerana sejak dia sampai di rumah ini dia tidak sempat berkenalan dengan sesiapa pon memandangkan mereka semua kelihatan sibuk.
Dia dan Mak Yam sekeluarga adalah dikira paling lambat sampai di majlis itu atas alasan Pak Cik Idham mempunyai kerja yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, mereka sampai di majlis itu kira-kira jam 1.30 petang.
Ayra Medina mulakan langkah, takkan dirinya mahu tercegat seperti patung cendana sahaja di situ? Maka dengan lafaz bismillah kakinya diatur menuju ke arah Mak Yam yang kelihatan sedang berbual bersama seorang perempuan yang mukanya lebih kurang seperti Mak Yam tetapi kelihatan sedikit muda dan seorang wanita tua yang Ayra Medina pasti adalah Hajah Kalsom.
Mak Yam yang melihat Ayra Medina memunculkan diri, segera dia menggamit wanita itu duduk disampingnya.
"Ni lah dia mak... Medina yang Yam cakap tu." tangan Mak Yam memaut bahu Ayra Medina dan menggosok lembut, menunjukkan kasihnya dia kepada Ayra Medina.
"Ehh kamu ni anak yang tadi tolong opah tu kan?" wajah Hajah Kalsom seketika terkejut lalu tidak lama dia kembali tersenyum lembut.
"Haah, opah." Ayra Medina menjawab lembut.
Fikiran Ayra Medina kembali terlayar pada apa yang terjadi petang tadi, sewaktu dia ingin mengambil wudhuk di bilik air.
Ayra Medina cuba mengintai ke dalam bilik air yang separuh terbuka itu. Dia ingin masuk mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat Asar namun bunyi air yang terbuka di dalam bilik air itu mengelirukan Ayra Medina.
"Maaf, ada orang ke?" Ayra Medina bertanya, menunggu hampir dua minit namun masih tiada yang menjawab.
Perlahan pintu bilik air itu ditolak tangannya.
Kelibat seorang wanita tua menyapa mata. Wanita itu sedang membongkok membelakanginya, menyapu rata air di kedua-dua tanggannya.
"Oh, maaf puan. Saya ingat takda orang tadi."
Wanita tua yang sedikit terperanjat itu, menoleh kebelakang. Dia menggeleng sambil tersenyum dan kembali menyambung
mengambil wudhuk.Ayra Medina memerhati lama, entah kenapa dia agak khuatir dengan situasi wanita tua itu yang kini sedang berdiri dengan satu kaki untuk membasuh kakinya yang satu lagi.
Seperti yang Ayra Medina takuti, keadaan badan wanita tua yang tidak stabil itu membuatkan dia hampir sahaja tergelicir jatuh. Namun pantas Ayra Medina menahan badan itu.
Menolong wanita itu sehingga selesai berwudhuk.
"Puan okey, ke?" soal Ayra Medina bila mereka berdua keluar dari bilik air.
"Ya Allah, terima kasih lah nak. Kalau takda kamu tadi entah-entah kepala opah ni dah terhantuk dekat dinding tu. Ke hospital lah jawabnya." tangan Ayra Medina digenggam erat. Bersyukur dia ada wanita itu tadi. Kalau tidak, tak tahu lah dia.
"Takde apa pon puan, saya nampak saya tolong."
"Jangan panggil puan, panggil opah je. Orang sini memang panggil opah je."
YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...