Sembilan

988 58 10
                                    

Bunyi kompang yang dipalu itu membuatkan para tetamu mula teruja. Rumah yang berunsur kayu sepenuhnya kelihatan mewah dengan gaya seni bina rumah melayu yang masih diterapkan. Meriah suasana di majlis perkahwinan itu.

Mata Imran Yusuff sedari tadi melekat pada wajah bujur sirih milik Ayra Medina. Wanita itu kelihatan sungguh cantik dengan tudung yang melekat di kepala. Sungguh, sukar untuk dirinya memalingkan wajah.

Inara menyenggol lengan Ayra Medina yang masih tekun memanjangkan leher mencari kelibat raja sehari.

"Apa kau ni? Duduk diam boleh tak." Marah Ayra Medina.

"Tu, abang aku tu. Dari tadi perhati kau macam nak telan."

"Baik kau cakap, kau dengan along ada apa-apa kan!" badan Ayra Medina terus dipusingkan menghadap ke arahnya. Sejak di butik beberapa hari yang lepas, sudah diperhati perangai alongnya. Lain benar layanan yang diberikan kepada Ayra Medina.

"Ishhh, takde apa pon lah. Kau ni kepochi, nak tahu sangat pergi la tanya abang kau sendiri. Paling tidak pon dia kata aku ni parasit tak sedar diri je dalam family dia." suaranya perlu dikuatkan sedikit, melawan suara kompang.

"Ok, takpe-takpe kau. Berahsialah selagi mampu, aku cari tahu jugak nanti." Inara memasang hajat. Wajah Imran Yusuff kembali dipandang. Seperti tadi, alongnya masih tetap memandang Ayra Medina.

Makanan diambil, kaki laju melangkah ke arah Ayra Medina yang sedang menjamu selera seorang diri. Inara yang dari tadi disamping adiknya, entah kemana hilang.

Baru sahaja Imran Yusuff ingin menyapa, kelihatan Fahad sepupunya datang dahulu menyapa Ayra Medina. Ya, Fahad yang dulu pernah makan bersama Ayra Medina dan yang dikatakan kawan lama kepada wanita itu.

Terbakar hatinya entah kenapa. Berapa kali lagi dia harus ingatkan Ayra Medina supaya jangan dekati lelaki itu.

Terus dihentikan niatnya itu. Rasa tiada mood pula untuk berjumpa Ayra Medina.

Ayra Medina khusyuk menikmati juadah di kenduri itu. Setelah berminggu-minggu dia tidak mampu untuk menelan ayam, lain pula dengan hari ini. Terasa tekaknya mahukan ayam.

"Hei Medina." Tegur Fahad. Pinggannya diletakkan dihadapan Ayra Medina.

Ayra Medina terkejut. Kebetulan atau takdir dirinya bertemu semula dengan Fahad. Sedikit teruja kerana berjumpa semula dengan rakan sewaktu zaman belajarnya.

"Fahad! Haiiii, macam mana you ada dekat sini? You kawan pengantin ke?" soal Ayra Medina bertubi-tubi.

"Takdelah, I ni sepupu pengantin lelaki tu. You ni, kenapa boleh ada dekat sini? Macam takdir kita berdua pulak." Fahad mulakan langkah.

"Eh, so you pon sepupu lah ya dengan Yusuff?" fakta itu menarik perhatian Ayra Medina. Kenapa jika lelaki itu sepupu dengan Imran Yusuff, tetapi Imran Yusuff kelihatan marah bila mengetahui dirinya berkawan dengan Fahad?

"Yusuff? Imran Yusuff?" soal Fahad kembali. Ayra Medina hanya mengangguk mengiyakan.

"Oh, so you dah jumpa balik lah ya dengan Im. Hmm, interesting." Tersungging senyuman sinis di bibir Fahad.

"Jumpa balik?" Ayra Medina mengerutkan kening. Pening. Tak faham.

"Ehem." suara deheman seseorang yang tiba-tiba sahaja duduk di sebelah Ayra Medina menyebabkan perbualan mereka terhenti.

Imran Yusuff dan Fahad saling berbalas pandangan tajam. Ayra Medina pula mula tidak selesa.

Memang tadi Imran Yusuff ingin abaikan sahaja Ayra Medina dan Fahad. Namun bila memikirkan kelicikan sepupunya itu, dia bantutkan niatnya. Ayra Medina dan Fahad tidak boleh dibiarkan bersama, Fahad itu tahu segala rahsia mereka berdua dahulu dan dia pasti lelaki itu juga lah punca kepada peristiwa itu.

"Eh bro, lama tak jumpa kan? Sejak kisah kau dengan-"

"Haah lama tak jumpa. Medina kau dah boleh makan ayam eh? Baguslah nanti aku belikan ayam McD." percakapan Fahad dipotong Imran Yusuff. Sengaja ditutup topik itu dengan menanyakan tentang Ayra Medina.

Ayra Medina yang malas mengesyaki apa-apa, terus sahaja dia menyambung perbualan dengan dua lelaki itu walau tampak kedua-duanya kelihatan kekok.

Telefon Fahad berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.  Di buka segera bila nama Imran Yusuff yang naik di notifikasinya.

From Imran Yusuff :
jgn ganggu Medina, jumpa aku lepas mkn. Ada hal nk bincang!

Senyuman sinis dilemparkan kepada Imran Yusuff. Fahad suka melihat wajah gelabah Imran Yusuff kerana tidak pernah dia melihat lelaki itu tidak setenang sekarang.

Irfan tercungap-cungap mencari nafas. Penat dirinya melarikan diri dari peminat-peminatnya di kampung itu. Tak senang duduk bila dirinya menjadi pusat perhatian anak gadis di kampung itu, malah bukan anak gadis sahaja, mak dan bapa gadis juga tidak terkecuali kerana telah meletakkan dirinya sebagai calon menantu.

Macam mana lah alongnya boleh hadap semua kekacaun ini. Tahulah diri mereka tu hensem seperti pelakon turki, namun janganlah diletakkan maruah itu separas tapak kaki!

"Awak okey?" soal gadis muda berbaju kurung moden kuning cair.

"Hmmphhh okeyhhh, aaku penat. Baik kau jangan dekatt... Dah pergi-pergihh hmphhh." halau Irfan dengan nafas tercungap-cungap.

"Nah air, legakan la tekak tu. Jangan lah takut dengan saya, saya bukan peminat awak." cawan kecil dihulurkan buat lelaki itu.

Irfan yang hanya mempercayai, segera meneguk minuman itu rakus. Fuh lega tekak, dapat air sejuk.

"Kau anak siapa ni, buat apa duduk belakang tembok?" bila keadaan dirinya dapat diredakan, barulah otaknya mula berfikir. Kenapa gadis muda itu berada di sebalik tembok di belakang rumah opahnya itu.

"Anak Mak Munah, saya duduk belakang ni sebab nak kasi awak air lah." terang gadis itu, masih tenang memerhati.

"Berapa umur kau?" Irfan bertanya kerana dirinya agak penasaran dengan info yang gadis itu ialah anak Mak Munah.

Mak Munah itu dahulu adalah antara orang yang bertanggungjawab menjaga Irfan dan Inara sewaktu mereka terpaksa ditinggalkan di kampung. Tidak pula dia tahu Mak Munah ada anak gadis. Cantik pula tu. Atau yang dimaksudkan gadis ini, Mak Munah yang lain?

"19 tahun." jawabnya ringkas

"Muda lagi rupanya... Nama?"

"Angelina Jolie."

"Oh, nice name... what?!" Irfan terangguk-angguk mengiyakan sebelum dia menangkap bahawa gadis itu sengaja mempermainkan dirinya.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Angelina Jolie itu, ketawa suka. Manakala Irfan pula sudah terkedu. Gadis itu dilihatnya tiba-tiba sangat jelita. Sewaktu gadis itu ketawa membuka mulut, seperti ada cahaya yang terang menerangi gadis itu. Bunga-bunga juga kelihatan jatuh di sekeliling gadis itu.

Ah sudah, apa yang kau berangan ni Fan...

"Sila nikmati masa di toilet..." gadis itu tersenyum berpesan sebelum melangkah pergi.

Belum sempat Irfan mahu menghalang, terasa perutnya memulas hebat. Kaki dikepit secara tiba-tiba. Ahh apa yang dia makan dan kenapa dia seperti hendak mengeluarkan sesuatu dari lubang tinjanya.

"Mama, nak berak!" dicampak sahaja cawan kosong tadi. Berlari laju dia ke tandas. Tahulah dia sewaktu ini, semua yang berlaku adalah rancangan licik dari gadis tadi. Entah airnya dicampur dengan apa tadi sehingga perutnya terpaksa menderita seteruk ini.

Carutan di lemparkan kepada Angelina Jolie palsu tadi. Siaplah gadis itu, akan dicarinya sehingga ke lubang cacing.

a/n: bagi lah Irfan muncul pulakkan. biar dia bahagia dengan Angelina Jolie palsu dia, jangan lupa tekan bintang!

Medina | ✔️Where stories live. Discover now