sebelas

1K 57 8
                                    

a/n: sebelum tu nak bagitahu, jgn skip chapter ni. happy reading!

Imran Yusuff memandang sayu sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil hospital itu.

Perasaan bersalah menyelubungi diri. Kalau lah dia ikut cakap Fahad. Semua ni pasti tak akan berlaku. Dia cuma takut, dia tidak bersedia untuk berterus terang. Dia bukan tidak mahu bertanggungjawab. Dia hanya perlukan masa. Perbualan bersama Fahad beberapa bulan yang lepas kembali menyapa mindanya.

Pandangan mata Fahad tajam menikam wajah Imran Yusuff. Mereka berdua sedang berada di dalam restoran mamak. Perkara ini perlu dibincangkan, Fahad tidak akan berdiam diri. Maka, dia mengajak Imran Yusuff untuk berjumpa selepas beberapa minggu dia terserempak dengan Ayra Medina.

"Sebelum kau cakap apa-apa, aku rasa better kau dengar dulu cerita aku. Aku tahu selama ni kau tuduh aku kan?" Fahad mengalihkan pandangan ke arah pelanggan-pelanggan yang lain.

Sudah tiba masanya dia menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.

"Go on." balasan ringkas Imran Yusuff beri.

"Malam tu, aku ada sekali dekat penthouse. Aku nampak kau dan Medina." keadaan sunyi seketika.

"Kau kenal Firdaus? Playboy muka kacuk arab tu?" soal Fahad.

Imran Yusuff hanya mengangguk.

"Benda ni semua bermula dari dia... Aku masa tu agak rapat dengan dia, dan dia mengadu dia ada minat seorang perempuan ni.  Tapi perempuan tu jenis main tarik tali juga la. Dia buat rancangan, dia upah kawan-kawan perempuan tu untuk hasut perempuan tu join party dekat penthouse. Dan aku tak sangka, perempuan tu Medina, kawan rapat aku masa study dulu." helaan nafas dihembus perlahan.

"Aku tahu, mesti kau salahkan Medina dan rasa dia gadis liar kan. Actually malam tu, Firdaus bagi dia minuman yang dah ada dadah. Untuk khayalkan Medina. Aku yang baru tahu rancangan dia tu, try sehabis baik jauhkan Firdaus dari Medina. Dan mujur masa tu Medina nak keluar dari tempat tu sebelum dia lagi khayal." 

"Kenapa kau tak halang aku dari tarik Medina masa tu Fahad?" Imran Yusuff seperti mencari salah Fahad pula.

"Aku dah cuba. Tapi masa aku tahan Firdaus, kau yang mabuk teruk dah tarik Medina dan bawa dia pergi. Aku hilang jejak korang. Sumpah aku rasa menyesal sampai sekarang. Aku kesian kat Medina." sambung Fahad.

" Aku tahu kau balik Malaysia nak cari Medina balik kan. Kau nak seksa dia, kau ingat dia perangkap kau tapi semua ni takkan terjadi kalau kau tak mabuk malam tu! Medina cuma mangsa orang bodoh macam korang!" luah Fahad lagi.

" Aku..." Imran Yusuff mati kata. Jujur memang pada mulanya dia benci akan Ayra Medina, namun semakin lama dia bersama perempuan yang membawa benihnya itu, dia sedar sesuatu. Dia sayangkan Ayra Medina, dan dia tahu Ayra Medina gadis yang baik. Cuma dia takut untuk berterus terang. Dia takut dia kehilangan Ayra Medina.

"Dan Im, aku memang tak suka kau dari dulu lagi. Tapi tak bermakna aku sanggup perangkap kau macam tu. Aku tak sanggup jugak rosakkan anak dara orang Im." bahu Imran Yusuff dipegang kejap. Fahad tahu lelaki itu menyangka dirinya yang memerangkap mereka kerana dia orang pertama yang berjumpa dengan Imran Yusuff selepas peristiwa malam itu.

"Aku mohon, aku mohon kau bagitahu dia perkara yang sebenar. Aku taknak anak tu tak berbapa. Anak tu tak bersalah dan aku sayangkan Medina sebagai seorang kawan. " nasihat Fahad.

"Aku tak ready Ad, aku rasa better aku rahsiakan benda ni. Aku perlukan masa. Kalau aku bagitahu dia sekarang, Medina takkan terima aku. Dia akan benci aku." Imran Yusuff mengeluh.

"Aku bagi kau pilihan, kau bagitahu dia atau aku sendiri yang akan beritahu dia." Fahad mengugut.

"Kau jangan pernah masuk campur Fahad. Ini masalah aku dan Medina!" Imran Yusuff beri amaran, kunci kereta di atas meja diambil kasar. Sekeping duit sepuluh rinhgit diletak dibawah cawan kopi o panasnya, lalu Imran Yusuff segera berlalu pergi dari situ.

Fahad hanya menggelengkan kepala, Imran Yusuff tak pernah berubah. Keras kepala...

Bunyi pintu bilik sakit privasi itu, mengalihkan fokus Imran Yusuff. Dipandang dua empunya wajah dengan hati yang berdegup kencang. Ibu bapa Ayra Medina...

Imran Yusuff bangun dan bersalaman dengan Dato Izani. Bagaimana dia hendak menerangkan semua perkara yang terjadi. Dia telah merosakkan anak gadis lelaki itu. Dan dia seorang lelaki yang pengecut. Sudah cukup tadi dirinya dibasuh dengan keluarganya. Mak Yam lah orang yang paling kecewa dengan perangai Imran Yusuff.

"Uncle... saya minta maaf. Saya-" tak habis Imran Yusuff berkata, satu pelukan hinggap padanya.

"Uncle maafkan, asalkan kamu bertanggungjawab. Uncle dah dengar semuanya. Walaupun uncle kecewa, tapi siapa uncle nak menghukum. Manusia lakukan kesilapan dan uncle harap kamu tak ulang kesilapan kamu dengan kecewakan puteri kami." Dato Izani tenang membuat keputusan.

Keluarganya dan keluar Pakcik Idham telah berbincang terlebih dahulu. Mereka harus memikirkan masa depan anak-anak mereka. Masa depan Ayra Medina dan Imran Yusuff.

"Terima kasih uncle, aunty." Datin Maisarah hanya tersenyum.  Mengalir juga air matanya mendengar berita buruk itu. Nasib dirinya tiada sakit jantung.

"Tapi, kamu sendiri yang kena pujuk Ayra. Kami tak dapat nak bantu, mungkin dia perlukan masa. Lebih-lebih lagi bila dia kehilangan kandungannya." terselit kesayuan di wajah Dato Izani.

"Saya minta maaf lagi sekali, saya penyebab dia gugur." air mata lelaki Imran Yusuff jatuh di pipi. Sakitnya bila dia kehilangan anak pertamanya, namun dia pasti Ayra Medina adalah orang yang akan lebih tersakiti.

a/n: terbongkar dah semua. ayokk Medina terima ke tak Imran Yusuff? ke berpaling kat Fahad. btw mula-mula memang nak letak watak Fahad jadi jahat but rasa macam tak perlu sebab sis tak mahu ada orang ketiga hehe...

Medina | ✔️Where stories live. Discover now