Special 2

1K 41 4
                                    

Hampir rebah Ayra Medina dihadapan pintu pagar itu. Sempat badannya ditahan Imran Yusuff.

"Hei!" Imran Yusuff seperti ingin sahaja mengetuk kepala wanita itu. Tidak pasal-pasal nanti si Ayra Medina itu salah faham pula.

"Syirah, jangan main-main dengan Medina ya. Sekali dia bagi karate dia dekat you, baru tahu!" suara garau lelaki memberi amaran yang tiba-tiba muncul itu mengalihkan pandangan mata Ayra Medina.

Mata Ayra Medina membulat besar.

"Fahad?" apa yang sedang berlaku tika ini. Dia perlukan penjelasan.

"Hai Medina, long time no see. By the way, meet my lovely crazy fiance. Insyirah Binti Malik." Fahad memperkenalkan kembali Insyirah.

"Alah you ni sibuk je, I baru nak kacau Medina." rajuk Insyirah.

"Haa? Awak ni tunang Fahad ke bakal madu saya?" sumpah dia pening dengan situasi ini.

"Sorry, tadi saja gurau hehe. I Insyirah, tunang Fahad merangkap interior designer yang Imran upah untuk banglo ni." sekali lagi tangannya dihulur untuk bersalaman.

Ayra Medina menghembus nafas lega. Hampir gugur jantungnya tadi. Huluran tangan disambut. Senyuman dilemparkan.

"Eh jom lah masuk, you boleh tengok-tengok dalam ni sekali. Mana yang rasa tak okey, boleh complain kat I." ajak Insyirah.

Mereka semua bergerak masuk.

"Abang, Medina masih tak faham? Rumah siapa ni? Kenapa abang upah ID pulak?"

"Suprise! Terkejut tak sayang. Actually rumah ni kita punya. Abang nak tunggu siap baru tunjuk kat sayang tapi abang takut sayang salah faham tentang hubungan abang dengan Syirah." jelas Imran Yusuff.

"Abang, sebenarnya Medina ada dapat gambar dari seseorang. Gambar abang dengan Syi-" percakapan Ayra Medina tergantung bila mana Imran Yusuff tiba-tiba mendakapnya dan memeluk erat.

"Abang tahu, sebab tu abang takut sayang salah faham. Abang ternampak sayang tenung gambar tu. Sebabtu kan sayang moody je?"

"Abang tahu? Kenapa abang tak cakap apa-apa. Maafkan Medina, sebab syak abang bukan-bukan." tangannya naik memeluk pinggang Imran Yusuff. Tubir matanya hampir penuh dengan cecair yang tidak sabar-sabar mahu keluar.

"Abang tunggu masa yang sesuai. Abang mohon, kalau ada siapa-siapa atau ada apa-apa yang buat sayang ragu kat abang, sayang kena tanya pada abang sendiri. Okey? Kalau sayang senyap, abang pon tak tahu apa salah abang."

"Okey, Medina janji."

"Good girl." dahi Ayra Medina dicium penuh kasih. Lega bila masalah ini dapat ditangani segera.

"Tapi kan abang, abang agak siapa yang hantar gambar tu kat Medina?" pelukan dirungkai. Dia berfikir-fikir sendiri.

"Adalah tu peminat fanatik abang. Sayang tak tahu ke abang ni kan ramai peminat. Untung sayang dapat abang tau. Kacak, hensem, berharta, bai-" Ayra Medina segera memberikan pukulan kecil pada bahu suaminya. Kalau perasan dialah pemenangnya. Mereka berdua ketawa gembira. Si pemilik nombor tak dikenali itu diabaikan sahaja. Tidak semua yang kita lakukan, membuat orang lain gembira. Pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

"By the way kan abang, penyebab Medina moody bukan sebab tu je tau."

"Ah sudah, apa lagi kali ni." Imran Yusuff menepuk dahi.

Ayra Medina segera menarik tangan kanan Imran Yusuff, menyuruh lelaki itu membongkokkan badan supaya dia dapat berbisik di telinga lelaki itu.

Penuh gembira Ayra Medina berbisik. Mata Imran Yusuff membulat besar sebelum bibirnya tersenyum lebar dan mengucapkan kata syukur.

Dipandang wajah Ayra Medina tidak percaya.

Suara takbir raya berkumandang di televisyen. Rumah Mak Yam agak meriah pagi itu.

Yang wanita sibuk kehulu-kehilir menyiapkan persiapan raya. Yang lelaki pula sudah lama bergerak ke masjid untuk sembahyang raya.

Lily dan Sofia sudah awal-awal lagi siap dengan sepersalinan baju yang cantik. Mereka berdua memakai baju kurung sedondon berwarna maroon.

Selepas sahaja lelaki-lelaki pulang dari sembahyang raya, acara bermaaf-maafan pula dijalankan.

"Ermm, sebenarnya Im dengan Medina ada berita gembira nak bagitahu." suara Imran Yusuff itu menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua.

"Ada apa, along?" Irfan tidak sabar.

"Medina mengandung." beritahu Imran Yusuff. Inilah perkara yang membuatkan emosi Ayra Medina sentiasa tidak stabil kebelakangan ini.

Jeda. Masing-masing cuba memproses.

Buat seketika suasana kembali kecoh.

Mak Yam dan Datin Maisarah berpelukan, Pakcik Idham dan Dato Izani hanya tersenyum syukur, dalam hati bukan main teruja.

Inara sudah bertepuk tangan kuat, Lily didukungannya sedari tadi digomol.

"Habislah, Lily dah nak jadi kakak tak boleh dah nak bermanja-manja." usik Inara.

"Mana boleh! Along tak adil lah, anak aku baru nak keluar kau dah ada tiga anak dah! Ish, Jiji sayang pastikan dalam perut you tu anak kembar." Irfan memberontak kecil sebelum kepalanya dibaling bantal oleh Jiji yang meluat dengan perangai tak semegah 'bapak to be' itu.

"Hei, minta maaf balik. You baru je minta maaf tau tadi." tangan Irfan dihulur kepada Jiji sebelum mereka berdua ketawa kuat. Entah apa-apa perangai suami isteri yang satu itu. Masing-masing menggeleng kepala sambil tersenyum kecil.

Inilah keluarga besar yang sudah cukup buat Ayra Medina. Sumpah, dia sungguh bahagia dengan kehidupannya yang kini.

"Abang, Jiji... Jiji rasa anak kita dah nak keluar! Abang!" suara Jiji yang memekik itu, mencetuskan keadaan yang panik. Masing-masing kelam-kabut. Nampaknya, raya ini bakal ada penambahan orang baru di dalam keluarga mereka.

a/n: sis tak reti buat special chapter 😭 terima je okey?  dah sampai sini je hehe

Medina | ✔️Where stories live. Discover now