Special 1

899 42 7
                                    

Jari Ayra Medina sibuk mengetik sesuatu diskrin telefonnya. Matanya tetap fokus pada skrin itu. Keningnya berkerut seribu. Hatinya berdebar-debar. Betulkah itu Imran Yusuff? Di tepi pantai bersama seorang wanita cantik?

Kepalanya digeleng laju. Tidak mungkin. Dia tidak mahu percaya gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu. Entah siapa yang ingin memporak perandakan rumah tangganya.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Imran Yusuff masih tidak pulang. Bukan Ayra Medina tidak cuba menghubungi, namun panggilan itu tidak berjawab. Semakin gusar hatinya.

Sofia dan Lily sudah ditidurkan selepas dia selesai solat terawih tadi. Lily, anak hasil dari perkahwinan mereka. Bukti cinta mereka. Tidak mungkin dia akan mengesyaki Imran Yusuff curang dengannya.

Dalam dia termenung, bunyi pintu rumah dibuka menyentak lamunannya. Wajah lesu lelaki itu menyapa pandangan.

"Assalammualaikum, sayang." bila lelaki itu menangkap figura isterinya yang sedang duduk menunggu di sofa, terus terlakar senyuman ceria diwajah.

"Waalaikumsalam." Ayra Medina menjawab, namun sedaya upaya dia mengelak dari membalas pandangan Imran Yusuff. Selagi dia tidak tahu perkara sebenar, selagi itu dia agak kekok dengan Imran Yusuff.

"Kenapa ni?" dagu Ayra Medina diangkat perlahan oleh tangan Imran Yusuff. Menjadikan kepala Ayra Medina kembali mendongak. Wajah suram isterinya itu diteliti. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran kekasih hatinya itu.

"Saya nak tanya sesuatu." tidak dapat tidak, dia harus menyelesaikan segera.

Imran yusuff mengambil tempat disebelah Ayra Medina.

"Tanya je, sayang." bahu Ayra Medina ditarik dari tepi. Menyuruh si isteri untuk bersandar sepenuhnya didadanya.

"Abang pergi mana satu hari ni? Saya call abang tak jawab?
Abang tahu tak saya ni risau?" suara Ayra Medina bergetar sedikit, pelipis matanya seperti dipenuhi dengan air. Pandangannya makin kabur. Kenapalah hatinya itu tisu sangat.

"Heii, sayang menangis ke? Ya Allah, abang tadi busy sikit. Ada kerja." jelas Imran Yusuff. Kepala Ayra Medina diusap lembut. Cuba menenangkan isterinya.

"Tapi harini abang sepatutnya cuti. Dan abang dah janji nak teman sayang pergi cari barang raya kan?" janji itu juga Imran Yusuff lupa. Itu yang membuat Ayra Medina makin sedih.

"Abang lupa. Maaf sayang, esok kita pergi ya. Harini memang off tapi ada kerja lain yang kena selesaikan." terang Imran Yusuff.

Ayra Medina hanya mengangguk lemah. Tentang gambar yang diterimanya itu, cuba dilupakan. Dan malam itu berlalu dengan masing-masing menyimpan sebuah rahsia.

Imran Yusuff memerhati gerak geri isterinya yang luar dari kebiasaan. Ayra Medina nampak seperti menjauhkan diri darinya. Dan wanita itu kerap kali memegang fokus pada telefon bimbitnya.

Lihat sekarang, Ayra Medina berada di dapur sedangkan Imran Yusuff baru sahaja bergerak dari dapur ke ruang tamu untuk mendekati isterinya.

Bila mana dirinya berada di ruang tamu, Ayra Medina segera bergerak ke dapur. Dia ada buat salah ke?

Lily yang terkedek-kedek berjalan ke arah Imran Yusuff, membuatkan Imran Yusuff tersengih sedikit. Comel benar anaknya itu. Didukung Lily kedalam dakapannya. Hampir setahun usia Lily tika ini.

"Lily, mama marah papa ke?" soalnya kepada anak gadis itu. Entah faham atau tidak namun bibir kecil itu seperti menggumam sesuatu.

Diletak Lily kembali di sebelah Sofia yang tekun menelaah buku suku kata. Rajin belajar gadis kecil itu. Lily pula sibuk cuba mencapai buku yang Sofia pegang.

Langkah kaki Imran Yusuff menuju kearah dapur. Dimana si isteri sedang mengelamun lagi dan lagi sambil memandang telefon bimbit.

Perlahan-lahan Imran Yusuff mendekati sebelum cuba mengintai apa yang ditenung isterinya.

Serta merta mukanya pucat tidak berdarah. Nampaknya rahsianya hampir diketahui. Imran Yusuff tidak jadi untuk menegur. Kakinya dibawa keluar dari dapur. Telefon bimbitnya diatas meja tamu di ambil. Nombor seseorang didail.

"Rancangan hampir gagal, kita cepatkan tarikh." tiada salam, terus sahaja Imran Yusuff memerintah. Kalau rancangannya gagal, perkara ini boleh buat gaduh besar.

Orang ditalian sebelah hanya mengiyakan.

Kereta dipandu laju menuju ke destinasi. Ayra Medina yang berada di tempat duduk penumpang diperhati sekejap. Wanita itu sibuk memandang pepohon ditepi jalan raya. Lily dan Sofia pula sudah Imran Yusuff hantar ke rumah Makyam seketika.

Isterinya kelihatan sangat ayu dengan dress labuh berwarna merah jambu lembut. Dikenakan pula dengan selendang berwarna putih, lagi menyerikan wajahnya.

"Sayang." tangan Ayra Medina dicapai oleh tangan sebelah kirinya manakala tangan sebelah kanannya memegang stereng kereta.

"Ya?" Ayra Medina mengalihkan wajah kearah suaminya.

"Cuba teka kita nak pergi mana?" soal Imran Yusuff.

"Ermm. Tak tahu." Ayra Medina seperti malas melayan. Rasa bersalah ada juga menyinggah dihati bila dia memperlakukan suaminya begitu namun dia tidak mampu mengawal. Dan dia tahu mengapa hormonnya kebelakangan ini seperti tidak stabil. Hanya perlu menunggu masa yang sesuai sahaja untuk memberitahu Imran Yusuff.

"Kita nak pergi pantai. Sayang kan suka pantai." tangan Ayra Medina yang berada di genggamannya dicium lembut.

"Pantai?" rentak jantung Ayra Medina sudah berubah. Pantai mengingatkan dirinya tentang gambar itu. Gambar yang masih tidak ditanyakan kepada Imran Yusuff.

"Yelah pantai, haa tu dah nampak dah tu pantai." Imran Yusuff kelihatan teruja manakala Ayra Medina hanya diam membatu.

Kereta berhenti di kotak parking. Kelihatan banyak pengunjung di pantai tika itu walaupun hari sudah menjelang malam. Mungkin mereka semua berbuka puasa di restoran yang berdekatan pantai. Kelihatan juga rumah-rumah penginapan yang cantik di situ.

"Sayang, jom." ajak Imran Yusuff. Dipimpin tangan isterinya menuju ke suatu tempat.

Selepas agak lama mereka berjalan kaki, Imran Yusuff berhenti disebuah rumah banglo dua tingkat yang senibinanya sangat indah dimata Ayra Medina.

Kagum Ayra Medina melihat rumah banglo itu walaupun tidak siap sepenuhnya dibeberapa bahagian.

Sejurus itu pintu pagar rumah itu dibuka dari dalam. Kali ini Ayra Medina benar-benar terkejut kerana wajah yang muncul di sebalik pintu itu ialah wajah wanita yang dilihat bersama dengan Imran Yusuff di dalam gambar.

Imran Yusuff dan wanita itu saling berbalas pandangan penuh makna manakala Ayra Medina terpinga-pinga sendiri.

"Hai, Cik Medina. Saya Insyirah bakal madu cik." tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Ayra Medina.

Medina | ✔️Where stories live. Discover now