Tidak senang duduk Imran Yusuff tika itu. Petang tadi, dia melihat Ayra Medina keluar dari kereta adiknya. Senyuman manis gadis itu yang dilemparkan pada adiknya masih terbayang di fikiran. Irfan pula kelihatan gembira. Mindanya asyik memikirkan kemungkinan mereka berdua suka sama suka atau sekadar bertepuk sebelah tangan. Tapi siapa yang suka siapa? Dia bingung sendiri.
"Ahh kenapa Medina, kenapa?" tidak puas hati dirinya bila gadis itu tersenyum manis dihadapan orang lain. Mengapa setiap perkara yang dilakukan gadis itu mengganggu dirinya?
Sudah seminggu berlalu semenjak peristiwa di dalam kereta itu. Dan sudah seminggu juga dia tidak bertemu dengan Ayra Medina. Kekangan kerja membuat dirinya tidak dapat bersua muka dengan gadis manis itu.
Dia sendiri tidak faham akan dirinya, setiap waktu dan setiap saat, bayangan gadis itu tidak menghilang. Fikirnya hujung minggu ini boleh lah mereka berjumpa. Namun dia dihidangkan dengan babak kemesraan adiknya dan Ayra Medina.
Malam ini, fikirannya benar-benar kusut.
Mata Imran Yusuff menangkap kelibat adiknya yang melangkah ke dapur.
Irfan seperti sedang membawa dengan berhati-hati bekas makanan di tangannya.
"Apa tu?" soal Imran Yusuff.
"Oh, ini? Medina hantar tadi, entah apa dalam ni.Along tak dengar ke dia bagi salam tadi? "
"Aik tak dengar apa pun. Lama ke dia tunggu kat luar?" Imran Yusuff cemas. Terasa peluangnya telah disia-siakan. Peluang untuk berjumpa Ayra Medina kah?
"Tak lama kot. Entah tak pasti, sebab tadi Ipan balik dia dah tercegat depan pagar."
Tak menunggu lama, Imran Yusuff bangun dari duduknya melangkah ke arah pintu utama. Dia perlu berjumpa gadis itu.
"Eh, Along! Nak pergi mana tu? Medina dah masuk rumah dah, kalau nak jumpa esok je lah." jerit Irfan, suaranya dikuatkan sedikit.
"Apa kecoh sangat malam ni?" Mak Yam muncul dari bahagian tangga.
"Ni ma, tadi Medina bagi kek ni. Katanya si Sofia tu mintak kek. Jadi dia buat sekali untuk bagi kat kita. " Terang Irfan, sambil-sambil itu matanya bergerak melihat Imran Yusuff yang kembali berjalan ke dapur.
Wajah hampa Imran Yusuff menggelikan hati Irfan. Sejak bila abangnya jadi begini?
"Kenapa Along? Muka macam orang mati kucing je?" Irfan menyoal.
Imran Yusuff hanya menjeling tajam.
"Eh you dua orang nampak tak papa kat mana?" tanya Mak Yam. Suaminya itu hilang selepas isyak tadi. Pergi mana bukannya hendak beritahu.
"Oh papa kata dekat Im tadi dia jumpa kawan lama kejap."
"Kawan lama? Kawan lama yang mana satu?"
Imran Yusuff hanya mengangkat bahu.
Bekas makanan yang berisi kek red velvet buatan Ayra Medina itu ditarik mendekat. Nampak sedap dan manis?
Namun bekas itu ditarik kembali oleh Inara, entah dari mana gadis itu muncul. Tiba-tiba sudah berada di dapur.
"Kau kenapa, rampas-rampas ni? "
"Apa rampasnya? Ina nak makan lah. Along bukan minat pun benda manis-manis macam ni." secubit kek di suap memasuki mulutnya.
"Omo ottoke... Sedap gilerrr." menjerit kecil gadis itu bila rasa enak kek itu menyentuh lidahnya.
"Ipan, nah try rasa." Inara menyuakan secubit kek kepada Irfan.
Segera sepotong kek diambil oleh Imran Yusuff lalu dia bergerak pantas menaiki tangga.
"Hei. Along! Kongsi la kek tu, tamak la ambil banyak!"
"Along buang tebiat ke? Nak mati dah ke? Sejak bila Along makan kek?! "
Kecoh ruang dapur itu dengan suara adik-adiknya. Namun dibiarkan saja mereka membebel dan mengutuk dirinya. Yang pasti, dia perlu rasa air tangan Ayra Medina.
Terpalit wajah tegang di muka Pakcik Idham. Bagaimana perkara sebegitu boleh berlaku pada keluarga kawan baiknya itu.
"Ham, sumpah Ham. Aku sayang anak aku, cuma hati aku tak boleh terima dia sanggup conteng arang pada muka aku ni." Dato Izani meluahkan rasa.
"Kau tak boleh macam tu Iz. Kau ayah kandung dia, mesti kau tahu baik buruk anak kau. Walau aku tak pernah jumpa anak kau, aku tahu dia dididik dengan baik. Kau dah cuba siasat perkara sebenar?"
Hanya gelengan yang diberikan Dato Izani bagi menjawab pertanyaan Pakcik Idham.
"Aku rasa eloklah kau cari anak kau tu. Kesian dia, kot dia teraniaya. Nak kan sokongan dari family, tapi kau buang dia pula. Walau nanti terbukti dia bersalah, buat perkara terkutuk, ingat Iz manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Macam tu juga anak kau." Bahu kawan baiknya itu ditepuk memberi semangat.
Dato Izani sudah lama menjalin hubungan persahabatan dengan Pakcik Idham, sejak mereka dibangku sekolah menengah lagi. Namun berbelas tahun yang lalu, mereka terputus hubungan kerana Dato Izham berpindah keluar negara. Baru seminggu yang lepas mereka bertemu kembali di suatu majlis.
"Tapi boleh aku tahu nama anak kau?" tanya Pakcik Idham, berharap dia dapat membantu rakannya dalam proses pencarian anak Dato Izani yang membawa diri.
"Ayra..." senyuman kecil terhias dibibir Dato Izani, sungguh sudah lama nama itu tidak meniti dibibirnya. Rasa menyesal kerana terlalu mengikut perasaan dan menghalau anak gadisnya tika itu.
"Ayra nama dia, Ayra Medina." sambung Dato Izani.
Tubuh Pakcik Idham terkaku.
a/n: olla! macam hambar kan chapter ni? takde part Medina dan Yusuff eheheh. Takpe next chapter sis buat banyak-banyk part sweet muit terlebih gula melaka! Haa vote la apa lagi, siapa tak vote dia anak Dolores Umbridge heheh.

YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...