Tiga belas

1K 56 6
                                    

Dijeling kereta yang cukup dikenalinya itu. Kereta Fahad. Ditahan perasaan ingin mencalarkan kereta tersebut, tujuannya hanya satu pada tika ini. Iaitu memikat hati Ayra Medina.

Salam diberi, mengharap wajah Ayra Medina segera menyapa mata. Namun sayang bila wajah gembira Datin Maisarah pula yang muncul. Senyuman tetap diberikan kepada bakal ibu mertuanya itu.

"Waalaikumsalam, Im! Sampai dah? Masuk-masuk, jangan malu-malu. Kami baru nak mula makan." jemput Datin Maisarah.

Imran Yusuff hanya mengikut langkah wanita tua itu menuju ke dapur. Terpandang kelibat perempuan manis bertudung yang masih membelakanginya. Dia pasti itu susuk tubuh Ayra Medina. Namun sekali lagi dia kecewa bila yang duduk di sebelah wanita itu bukanlah dirinya tetapi Fahad.

Riak muka cemburu dan kecewa ditutup dengan senyuman.

"Assalammualaikum, uncle. Sihat?" soal Imran Yusuff bila dia sudah menempatkan dirinya di kerusi hadapan Ayra Medina.

Ayra Medina masih menundukkan wajah. Tidak memandang muka lelaki yang saban hari bermaharaja di benak fikirannya.

"Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Kamu pon nampak makin kacak ya. Haa, jemput makan. Ayra, sendukkan nasi Im tu." suruh Dato Izani.

Fahad di sisi Ayra Medina hanya angkat kening menyapa Imran Yusuff. Sejak kes pergaduhan dirumah Hajah Kalsom, agak canggung keadaan mereka berdua.

Imran Yusuff hanya memerhati penuh minat si Ayra Medina yang menuruti perintah Dato Izani. Sedikit getaran pada tangan kecil dan halus itu dapat ditangkap oleh mata tajam Imran Yusuff.

Ayra Medina seperti menahan nafas dalam situasi itu. Sehabis baik tangannya dikawal semasa menyendukkan nasi. Perlahan-lahan pinggan itu diletakkan dihadapan Imran Yusuff. Tanpa sepatah kata, Ayra Medina menyambung makan.

Imran Yusuff masih memerhati. Seperti di ruang makan itu hanya ada mereka berdua. Dato Izani dan Fahad sibuk berbincang tentang urusan kerja manakala Datin Maisarah hanya diam turut sibuk mendengar perbualan itu.

Nasi masih tidak disentuh. Sungguh Imran Yusuff rindu akan wajah dihadapannya itu. Sejak dia sampai, mata itu masih tidak memandangnya. Sakit didada di tahan.

Api cemburu semakin meninggi bila melihat Ayra Medina mempelawa dan mengambil beberapa lauk untuk Fahad. Tanpa dia sedar, Datin Maisarah perasan akan hal itu.

"Im, tak makan?" soal Datin Maisarah, menyentak si Imran Yusuff.

"Eh, makan aunty. Cuma tiba-tiba rasa tak sedap badan pula." terang Imran Yusuff. Benar dia tidak bohong, rasa badannya agak lemah sejak dua menjak ini. Lebih lemah bila melihat Ayra Medina melayani Fahad.

"Haah ya, mama kamu ada cakap juga. Haritu pergi hospital dah dapat result ke? Risau pulak uncle, bahaya kerap pening kepala tu." Dato Izani menyampuk.

Tangan Ayra Medina berhenti dari mengambil makanan. Dia memasang telinga. Ada sedikit perasaan risau di dada. Imran Yusuff sakit terukkah?

Matanya mencuri pandang kearah Imran Yusuff. Semakin tidak stabil denyutan jantungnya bila mata mereka berdua bertemu.

"Belum tahu lagi uncle, rasanya takde apalah. Haritu pon kena paksa pergi checkup padahal sikit je." jawab Imran Yusuff tanpa mematikan pandangan. Agak lama mereka bertukar pandangan sebelum Ayra Medina sendiri yang mengalihkan matanya.

"Kamu jagalah kesihatan tu Im, kamu muda lagi. Nah, makan banyak sikit." laju tangan Datin Maisarah menyendukkan nasi ke pinggan Imran Yusuff.

Kedua-duanya hanya memerhati pemandangan langit biru yang terbentang luas. Ketika ini, Imran Yusuff dan Ayra Medina masing-masing sedang duduk di pondok di hadapan kolam ikan milik Dato Izani.

Medina | ✔️Where stories live. Discover now