Ayra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...
Bismillah, Assalammualaikum wbt. Sis muncul kembali dengan story baru genre dark romance. Bacaan sedikit matang. Diingatkan, sis menulis hanya untuk suka-suka. Sebarang kelewatan update harap maaf. Jangan lupa letak Aurora dalam library! So, enjoy. Aurora membuka tirai !
Warning : Mature content
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aurora. Percaya atau tidak, dia adalah anak seorang pembunuh psikopat. Dan dirinya sendiri hampir menjadi mangsa ayahnya itu. Mujur sahaja sempat di selamatkan oleh Alex, lelaki separuh abad yang menjaganya hingga kini dan menganggap dirinya sebagai anak. Lelaki itu juga adalah pemilik kelab malam terkemuka di Malaysia.
Aurora bukan hanya mempunyai rupa yang menawan, dirinya juga seorang yang bijak. Dia memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang pendidikan. Demi memegang segulung ijazah, dirinya perlu bersemuka dengan Zayn Maxwell.
Zayn Maxwell. Lelaki itu punya segalanya. Dikenali sebagai jutawan muda yang memonopoli dunia perniagaan. Sekurangnya, itu yang orang luar fikir akan dirinya. Sisi gelapnya ditutup rapi dari pengetahuan umum.
Zayn Maxwell terasa tercabar sejak berjumpa Aurora. Dia mahukan gadis itu, namun gadis itu sentiasa menolak dirinya. Terdorong dengan obsesi terhadap gadis itu, dia punya pelbagai rancangan untuk mendapatkan Aurora. Jika dia mampu menghapuskan musuhnya hanya dengan membuat satu panggiln telefon, tidak mungkin dia tidak mampu mendapatkan gadis itu.
Kata orang obsesi itu berbahaya, tapi jika obsesi bercampur dengan cinta?